Baca Berita Ini, Teringat Wajah Beberapa Orang "Bebal" yang Pandai Berkata-kata!
Tatkala membaca berita ini, tiba-tiba saya teringat beberapa wajah orang yang layak digelar "bebal" yang berkali-kali menegaskan bahawa kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 tidak mendatangkan kesan terhadap harga barangan/produk yang berkaitan dengannya.
Situasi yang sama juga berlaku tatkala saya membaca beberapa keratan akhbar tentang kenaikan pelbagai barangan/perkhidmatan kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran tahun lalu. Pada masa itu, orang-orang yang layak digelar "bebal" turut menegaskan perkara yang sama.
"Bebal" menurut Kamus Dewan bermaksud: tumpul otak, bodoh. Saya katakan "bebal" kerana orang-orang ini seolah-olah menganggap gula itu umpama rokok.
Berkaitan:
* Peniaga Minuman Dikesan Mula Naikkan Harga
KUALA TERENGGANU: Sudah ada peniaga minuman di sekitar bandar ini dikesan menaikkan harga jualan mereka dengan alasan harga gula dinaikkan baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.
"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.
Harga gula naik 20 sen sekilogram bermula 1 Januari lalu.
Abdul Ghani berkata, operasi semalam melibatkan 30 pegawai penguatkuasa dibuat di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan bandar dan akan diteruskan ke seluruh negeri.
Beliau meminta pengguna membuat aduan segera ke pejabat KPDKK jika mendapati peniaga menaikkan harga minuman. - BERNAMA
yang bebal dan bodoh sedang di atas
Comment by b.r.u.t.a.l.s.o.l.o @ Isnin, Januari 11, 2010 8:45:00 PTGlatas yang bebal dan bodoh cuba memperbodohkan orang
...............................
sapa pilih menteri menteri ni..
susah kalau dah bebal ni
Comment by b.r.u.t.a.l.s.o.l.o @ Selasa, Januari 12, 2010 12:56:00 PGsapa yang memilih mamat dan minah bebal ni