Sebab Mulut Badan Binasa
Peribahasa ada menyatakan bahawa "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Sesuailah jika maksud di balik peribahasa itu dikaitkan dengan nasib pelajar tersebut.
Biarpun mungkin ada lagi pihak yang terpengaruh oleh provokasi murahan dan jahat sesetengah pihak yang sehingga kini masih gagal dikesan, namun nasib pelajar ASWARA ini agak malang kerana "lagak hendak menunjuk hero tidak bertempat itu" akhirnya dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Islam itu agama yang mementingkan kedamaian. Janganlah cemarkannya dengan perilaku seperti itu. Jika benar ingin mempertahankan Islam, maka gunalah cara yang tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.
Nasi sudah menjadi bubur. Gurauan atau tidak, politik atau tidak, kini terserahlah pada mahkamah yang akan menghakimi hujah yang bakal dikemukakan oleh peguam pelajar tersebut.
[TMI] Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jumaat lepas tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan itu hari ini.
Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin (gambar oleh Jack Ooi), 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan.
Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.
Mohamad Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding...”
Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1,Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Jan lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin ketika memohon agar wang jaminan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed
Yusuff, dikurangkan, berkata ini adalah kerana Mohamad Tasyrif masih seorang pelajar tahun pertama semester kedua jurusan perfileman di Aswara.
Aslam membenarkan Mohamad Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Ayahnya, Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin menjelaskan jaminan itu. — Bernama
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.