Antara "Mampos" dengan "Natang"
Hangat! Cerita tentang blogger Aduka Taruna yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar yang baru mangkat beberapa hari yang lalu. Artikel pendek dengan tajuk "Dah mampos buat cara mampos la" itu mencetuskan kemarahan orang ramai kepada blogger tersebut. Ada yang mencemuh dan ada yang bersimpati terhadap nasibnya. Blognya juga menerima kunjungan dalam jumlah yang besar sejak beberapa hari ini. Popular dalam kalangan orang yang bersimpati dan orang yang berasa marah terhadapnya.
Saya tidak pernah mengikuti blognya, malah tidak pernah membaca secara langsung artikel dalam blognya. Berdasarkan pautan di blog pihak lain, memang gaya penulisan/bahasa pemuda yang mengimpikan tertubuhnya sebuah negara Islam ini kasar, keras, dan biadap. Khabarnya, blogger ini juga bersikap biadap terhadap ulama dan keluarga Rasullulah. Hmmm tepuk dada tanya selera.
Saya tidak mahu menyentuh tentang bagaimana dan mengapa dia ditangkap atau etika dan nilai moral ketika menulis kerana saya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sebagai pengajaran, saya berharap tidak akan menulis sesuatu yang melepasi batas-batas tatasusila pada masa hadapan. Mudah-mudahan!

Dalam hal ini, bagi saya, peribahasa sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa wajar dijadikan iktibar. Jika berani menulis sesuatu melampaui batasan nilai yang ditetapkan, maka seharusnya orang itu juga berani menerima risikonya.
Namun, di balik keghairahan pihak yang mahu tindakan tegas dikenakan kepada blogger ini, mereka juga wajib mempersoalkan kes menghina Sultan Terengganu merangkap Duli Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan ketika krisis pemilihan MB Terengganu sekitar tahun 2008 yang lalu. Apa sudah jadi? Bukti visual ada. Siapa yang telah didakwa? Apakah hukuman yang telah dikenakan terhadap sekelompok manusia biadap yang dikatakan ahli parti UMNO membawa kain rentang menghina Sultan Mizan?
Malah, wajar juga pihak-pihak ini melayari laman-laman sesawang serta blog milik blogger yang berpihak kepada parti pemerintah untuk melihat sendiri tulisan yang "sangat luar biasa budi bahasanya" yang tersiar dalam blog atau laman sesawang tersebut. Ada yang sanggup "memakaikan" Khalib Samad dengan pakaian paderi, ada juga yang sampai hati "menyalibkan" TG Nik Aziz.
Jika mahu "menegur" anak orang, "tegur"lah dahulu anak sendiri. Janganlah bersikap hipokrit dan mengamalkan prinsip peribahasa "kuman di seberang laut nampak, badak di depan mata tidak nampak". Yang salah tetap salah, tidak kiralah siapa orang itu!
Berkaitan:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.