Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label harga minyak naik. Papar semua catatan

Ahad, 31 Mei 2015

[PANAS] Semua Jenis Minyak Naik Mulai 1 Jun




Berkuat kuasa 12.01 tengah malam 1 Jun 2015, harga runcit bagi RON95 ialah RM 2.05 seliter, RON97 RM 2.35 sen seliter termasuk GST manakala Diesel RM 2.05 seliter. Harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK pada pukul 8.00 malam tadi.


Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mac, April & Mei 2015

Terdahulu, harga bagi RON95, RON97 dan Diesel kekal pada harga yang sama dan tidak berubah selama tiga bulan berturut, iaitu pada bulan Mac, April dan Mei 2015.
RON95: RM 1.95 Sen Seliter
RON97: RM 2.25 Sen Seliter
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

Sumber: melvister.com

P/s: Takziah 52%. Tahniah geng GST.


Khamis, 30 April 2015

Harga Minyak Kekal Tidak Berubah Bagi Mei



KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama, Khamis.

Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.

Terdahulu, kecoh di media sosial bahawa harga minyak petrol bagi RON95 akan dinaikkan sebanyak RM0.15 sen seliter bermula 12 tengah malam, 1 Mei.

Minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.95 akan dinaikkan kepada RM2.10 seliter berikutan harga minyak dunia yang kembali pulih.

Harga runcit minyak kini bergantung kepada harga minyak mentah dunia menerusi sistem apungan selepas kerajaan menghapuskan subsidi pada Disember lalu. - Mstar/30/4/15



Harga RON95 Kembali RM2.15 Mulai 1 Mei??


KUALA LUMPUR : Bermula 1 Mei (esok) harga minyak RON 95 kembali kepada harga asal berikutan harga minyak dunia sudah pulih.

Kenaikan sebanyak 20 sen menjadikan harga seliter petrol daripada RM 1.95 seliter kepada RM 2.15 seliter.

Perkara tersebut disahkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya.

Setakat ini RON 97 dan Diesel masih kekal harga sama kerana tertakluk dibawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).- Malaysian Digest/30/4/15


, , ,

Selasa, 2 Disember 2014

Ada Cukai PETROL Senyap-senyap?

[Malaysia Kini] Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh BN dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang.

Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan BN adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong.

Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.

Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent jatuh antara 27 hingga 35 peratus, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman BN menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7 peratus, RON97 hanya turun 3.5 peratus malah diesel pula naik 1 peratus.

Pemantau PKR

Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan BN di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Bagi setiap liter RON95 contohnya, BN menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, PKR mendesak supaya kerajaan persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel.

Hanya dengan ketelusan sebegini BN boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia jatuh menjunam.

Pada masa yang sama, PKR juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia.

PKR akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh kerajaan persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.

Sebelum demo 31 Dis

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2 peratus di Malaysia berbanding kejatuhan 28 hingga 35 peratus) juga menimbulkan tanda tanya sama ada BN akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Datuk Ahmad Maslan, timbalan menteri kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan Bernama secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter.

Menurut beliau, pada ketika itu kerajaan persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong.

Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong.

Mengikut kenyataan Ahmad sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.

Oleh yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak.

Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, PKR akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan BN mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sejak sebulan lalu.

RAFIZI RAMLI naib presiden, setiausaha agung PKR dan anggota Parlimen Pandan.

Jumaat, 21 November 2014

[Terkini] Putrajaya MANSUHKAN Subsidi RON95, Diesel Mulai 1 Disember 2014


[Malaysia Kini] Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal, lapor Bernama.

Katanya, tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.

Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November. -21/11/14

P/s: Takziah 52%, tahniah 48%.

,

Selasa, 3 Jun 2014

[PANAS] Minyak Bersubsidi untuk Rakyat Malaysia Berpendapatan di Bawah RM5,000?


[MK] Adakah kapasiti enjin kenderaan anda kurang daripada dua liter dan pendapatan anda di bawah RM5,000 sebulan? Jika ya, tahniah.

Menurut Sin Chew Daily, ini bermakna anda layak sepenuhnya di bawah skim baru subsidi bahan api kerajaan apabila ia bermula pada bulan September.

Akhbar itu melaporkan dalam edisi petang semalam bahawa ini dijangka menjadi kriteria untuk menentukan siapa yang layak mendapatkan petrol bersubsidi. Ia terpakai untuk kenderaan persendirian dan syarikat.

Mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan dilaporkan boleh juga mendapatkan bahan api bersubsidi itu, tetapi mungkin terhad kepada 300 liter petrol RON95 dan diesel.

Rakyat asing, dan kenderaan pendaftaran negara asing, dan mereka yang berpendapatan di atas RM10,000 mungkin tidak layak langsung, dan mungkin perlu membeli petrol pada harga pasaran, kata laporan itu lagi.

Bagaimanapun, akhbar itu memetik pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang tidak dinamakan, sebagai berkata butiran terperinci mengenainya masih belum dimuktamadkan.

Masih ada masa sebelum pelaksanaan September, sumber itu dilaporkan berkata, dan kementerian masih mengkaji maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan .

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan sistem baru untuk mengagihkan bahan api bersubsidi mulai 1 September untuk memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi dijual hanya kepada kenderaan perdagangan yang layak. -3/6/14


, , ,

Isnin, 16 September 2013

Kos Hidup Kerani di UK VS Kerani di Malaysia


Banyak kali saya tulis di FB agar kita tidak menukarkan mata wang apabila membandingkan harga minyak kerana orang di negara berkenaan menerima gaji dalam mata wang negaranya dan dia juga membayar kos kehidupannya dengan mata wang tersebut. 

Contohnya:



P/s: Harap tiada pihak yang minta TM berhijrah ke UK!!!

Cuba bandingkan dengan kos hidup di Brunei.



, ,

Sabtu, 14 September 2013

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Tambang Bas Mungkin Naik 40%


Minta Tambang Bas Sekolah Naik

[Kosmo] MELAKA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) meminta kerajaan supaya menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter sejak 2 September lalu.

Timbalan Presidennya, Amali Munif Rahmat (gambar kecil) berkata, kenaikan itu wajar dilakukan berikutan kenaikan kos operasi termasuk alat ganti kenderaan.

“Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi semakin meningkat sehingga menjejaskan pendapatan pengusaha bas sekolah di negara ini.

“Ia amat membebankan kerana diesel adalah keperluan utama kira-kira 17,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara berbanding perniagaan lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. -14/9/13



, , ,

Jumaat, 13 September 2013

[Wajib Baca] Allah yang Naikkan Harga Barang?



[DrMaza.com] Apabila artikel ‘Kenaikan Harga Barang Ketetapan Allah’ muncul di saat rakyat sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh pihak kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati. Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.

Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: ‘Kalau begitu pegawai-pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allah lah?!’ Ringkas, tapi penuh makna.


Akidah

Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan. Jabariahtidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.

Nabi s.a.w mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izinNYA. Namun, apa yang DIA izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan. DIA tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang diciptaNYA. DIA redha hamba-hambaNYA bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaanNYA. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka, DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.

Usaha

Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabiNYA dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman Allah: (maksudnya)


“(ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 23-25).

Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya.

Takdir

Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi s.a.w menyebut:

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap ‘ini semua takdir’ lalu membiarkan penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit. Sabda Nabi:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh yang menyebut:

Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri. Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. Allah telah ingatkan (maksudnya)

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum. Ulama tidak boleh bagitau mahkamah ‘jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, Allah itulah yang menghidup dan mematikan’. Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya ‘terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah’. Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan.

Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata: ‘masyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman’. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!’.

Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: ‘semua itu takdir Allah?!’. Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.


Maksud Hadis

Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata:

“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semulajadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.

Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar(hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. Inilah yang sarjana seperti Ibn al-‘Arabi sebut:


“Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).

Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa.

Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij:


“Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah. - Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin


, ,

Selasa, 10 September 2013

[Wajib Baca] PKR: Kupasan tentang Keadaan Ekonomi Negara, Kenaikan Harga Minyak & Kesannya kepada Masyarakat


Harga Minyak Naik: Dato’ Seri Najib Bebankan Rakyat Atas Kegagalan Sendiri

[RafiziRamli.com] Pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen bagi RON95 dan diesel sewajarnya ditolak oleh rakyat seperti yang banyak disuarakan di laman-laman sosial dan media. Kenaikan ini membebankan rakyat terbanyak dan dijadikan alasan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menutup kegagalannya mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Perkembangan-perkembangan terbaru ekonomi serantau dan kedudukan kewangan negara yang semakin lemah telah menimbulkan pelbagai keraguan yang negatif terhadap kemampuan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini termasuklah:

1. Laporan Fitch yang menuruntarafkan prospek ekonomi negara menjadi negatif, iaitu kali pertama ia berlaku dalam sejarah negara melihatkan kadar keberhutangan negara yang semakin tinggi tanpa ada jalan penyelesaian dari Dato’ Seri Najib Tun Razak

2. Mata wang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas

3. Pertumbuhan ekonomi yang tidak mencapai sasaran sejak 15 tahun berturut-turut

Apa yang dituntut oleh rakyat, pasaran, pelabur dan juru analisa adalah satu pelan ekonomi yang menyeluruh yang menangani tiga masalah utama ekonomi negara iaitu:

1. Keberhutangan kerajaan yang melampau sehingga menjejaskan masa depan kewangan negara

2. Keborosan kerajaan yang tidak kenal penghujung sehingga berbelanja melebihi pendapatan (belanjawan defisit) selama 15 tahun berturut-turut

3. Daya saing ekonomi negara yang semakin malap kerana dasar-dasar kerajaan yang menggalakkan rasuah, penyelewengan, kurang daya kreativiti dan tiada tambah nilai

Sebaliknya, Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya mengambil jalan pintas dengan memotong subsidi rakyat yang kesannya kepada ekonomi negara tidak seberapa berbanding dengan perbelanjaan yang lain termasuklah subsidi korporat yang lebih besar nilainya.

Fakta-fakta ekonomi membuktikan bahawa tindakan menaikkan harga minyak tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara yang kian parah di bawah pentadbiran beliau dan tidak adil kepada rakyat:

1. Belanja subsidi lain lebih besar dan subsidi korporat wajar dipotong dahulu sebelum subsidi rakyat

Seperti yang diumumkan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kenaikan harga minyak akan menjimatkan subsidi minyak tahunan sebanyak RM3.3 bilion dalam tahun 2014 ke atas. Beliau juga mengumumkan bahawa anggaran jumlah subsidi yang ditanggung tahun depan (berikutan kenaikan harga minyak ini) adalah RM24.8 bilion.

Setiap tahun, anggaran jumlah penggunaan petrol dan diesel adalah sebanyak 10 bilion liter (petrol) dan 6.5 bilion liter (diesel) . Pada kadar subsidi sebanyak 83 sen bagi seliter petrol dan RM1 bagi seliter diesel, jumlah subsidi petrol dan diesel adalah sebanyak RM14.8 bilion setiap tahun, iaitu hanya 59% dari jumlah subsidi bahan api yang dibelanjakan kerajaan.

Sejumlah RM10 bilion subsidi (atau 41% peratus) setiap tahun adalah subsidi gas dan LPG yang ditanggung oleh kerajaan. Ini tidak termasuk anggaran subsidi gas kepada penjana bebas (IPP) sebanyak sekitar RM8 bilion setiap tahun.

Ini bermakna, subsidi korporat yang diberikan melalui subsidi gas kepada industri dan penjana bebas (dianggarkan sekitar RM13 bilion setiap tahun) adalah hamper sama dengan subsidi petrol dan diesel yang diberikan kepada rakyat.

Sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa kita menentang sebarang kenaikan harga minyak selagi subsidi korporat (dalam bentuk subsidi gas kepada industri dan penjana bebas) tidak distrukturkan semula kerana adalah tidak adil menghukum rakyat kebiasaan yang sudah pun bergelut dengan kesempitan kewangan sedangkan kroni dan sektor korporat tidak disentuh langsung.

Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen adalah bersamaan memotong subsidi minyak rakyat sebanyak 22% setahun, sedangkan penjana bebas yang kaya terus menikmati subsidi korporat.

2. Rakyat golongan sederhana dan miskin paling terkesan dengan kenaikan harga minyak

Pendapatan dan perbelanjaan setiap isirumah adalah berbeza-beza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Mengikut kajian yang dibuat oleh MIER dan berdasarkan Kajiselidik Belanja Isirumah 2009/10, anggaran perbelanjaan untuk petrol dan diesel mengikut kategori pendapatan keluarga adalah seperti berikut:


Pendapatan bulanan isirumah (RM)
% belanja isirumah membiayai petrol dan diesel
<500 p="">
35
500 – 1,000
27
1,000 – 2,000
25
2,000 – 3,000
22
3,000 – 4,000
20
> 4,000
10

Ini bermakna, keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana secara puratanya membelanjakan lebih banyak pendapatan mereka setiap bulan untuk membiayai petrol dan diesel (oleh kerana pendapatan mereka lebih rendah dan bahan api adalah keperluan). Oleh itu, kenaikan harga minyak sudah tentu menekan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana kerana jumlah tanggungan tambahan setiap bulan adalah besar berbanding pendapatan bulanan mereka.

KEADILAN menganggarkan secara purata sebuah isirumah yang mempunyai sebuah kereta menggunakan sebanyak 313 liter petrol atau diesel setiap bulan . Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen sudah tentu akan menambah secara purata perbelanjaan tambahan sebanyak RM63 sebulan atau RM752 setahun.

Jumlah ini adalah besar dan benar-benar akan membebankan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

3. Bantuan BR1M tidak memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara

Janji Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa penjimatan dari kenaikan harga minyak ini akan digunakan untuk menyalurkan BR1M yang lebih tinggi adalah tidak bertanggungjawab.

Pertamanya, jumlah BR1M (kalau pun dinaikkan nilainya) tidak berpadanan dengan tanggungan belanja setiap isirumah. Selain dari belanja petrol dan diesel yang meningkat sebanyak RM752 setahun (yang nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isirumah juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhannya akibat inflasi. Jumlah tanggungan adalah jauh lebih tinggi dari nilai RM500 BR1M yang ditawarkan.

Keduanya, hanya sebahagian rakyat Malaysia yang menerima BR1M iaitu sekitar 40% isirumah, sedangkan 40% lagi golongan sederhana yang turut terkesan tidak mendapat sebarang bantuan.

Lebih membimbangkan, pendekatan mengagihkan bantuan melalui BR1M bersifat politik yang boleh mewujudkan budaya pergantungan di kalangan rakyat termiskin sedangkan yang mereka perlukan adalah subsidi yang menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik yang membebaskan mereka dari perangkap kemiskinan.

4. Harga minyak mentah secara puratanya menunjukkan pola penurunan sejak kenaikan minyak kali terakhir (Disember 2010)

Kenaikan harga petrol dan diesel pada kali ini adalah pertama kalinya dibuat pada masa harga minyak mentah secara puratanya menunjukkan pola penurunan.


Harga minyak mentah Brent (dalam USD setiap tong)

Sebelum ini, Barisan Nasional sering memberi alasan bahawa harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan oleh kerana harga minyak mentah yang meningkat membebankan negara. Namun, sejak April 2011, sebenarnya harga minyak mentah telah mencatatkan pola penurunan dalam tempoh dua tahun.

Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah ini menurun di pasaran dunia. Sepatutnya pola penurunan itu memungkin kerajaan berjimat kerana belanja subsidi petrol dan diesel stabil. Peluang itu disia-siakan dan sebaliknya akibat keborosan, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada ketika harga minyak mentah dunia menunjukkan penurunan dalam tempoh 2 tahun yang lepas.

Berdasarkan 4 fakta-fakta ekonomi di atas, KEADILAN percaya bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membelakangkan kepentingan rakyat.

Oleh kerana beliau bertanggungjawab di atas keputusan ini, maka wajarlah beliau jua meredakan kemarahan rakyat dengan mengambil tindakan-tindakan berikut:

1. Mengumumkan kepada rakyat bahawa tidak ada lagi sebarang kenaikan harga atau tariff yang lain dalam tempoh satu tahun bermula dari hari ini

2. Mengarahkan bahawa semua Menteri dan Timbalan Menteri membayar sendiri petrol dan diesel yang selama ini ditanggung oleh kerajaan dengan memansuhkan kemudahan petrol dan diesel berbayar

3. Membenarkan YB Khairy Jamaluddin berdebat dengan wakil KEADILAN mengenai isu ini kerana sudah pasti YB Khairy Jamaluddin sedia berdepan sekiranya tidak disekat oleh UMNO, sepertimana kesudian beliau dalam isu PTPTN dulu


DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

3 SEPTEMBER 2013



P/s: Bila kita dapat melihat pemimpin muda PAS membuat kajian dan pendedahan begini? 




,

Isnin, 9 September 2013

Isu Harga Rumah: Ku Nan Kata Jangan Merungut!


Ku Nan: Jangan Beli Hartanah Jika Rasa Pemaju Menipu

Putrajaya hari ini berkata, mereka yang merungut berkenaan kenaikan harga hartanah tidak perlu membelinya jika berasakan pemaju menaikkan harga hartanah sesuka hati, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, harga rumah ditentukan oleh pasaran dan orang ramai harus berhenti merungut.

"Kamu semua merungut. Semua harga naik sedih dan nak hidup yang senang … kadang-kala kita perlu bayar untuk menikmati semua ini," katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan persatuan pemaju ekoran kenaikan harga bahan api sebanyak 20 sen seliter yang dijangka memberi kesan kepada harga rumah sehingga 10 peratus. - 9 September, 2013.


P/s: Sebelum PRU13, beranikah Ku Nan bersuara begini?

Bagi yang mengharapkan Kerajaan BN mengawal harga rumah, saya ucapkan takziah. Selama ini pun harga rumah naik mencanak tanpa dapat dikawal oleh Kerajaan BN.

Bagi yang mencari rumah dan sudah menjumpainya, cepat-cepat membelinya sebelum harga rumah itu dinaikkan oleh pemaju!


,

Harga Minyak Malaysia Naik Tidak Sejajar dengan Harga Minyak Mentah


[HD] KUALA LUMPUR: Kenaikan terbaru harga minyak disifatkan tidak sejajar dengan trend kenaikan harga minyak mentah sejak dua tahun lalu sekiranya benar harga kenaikan ditentukan oleh harga pasaran.

Malah, kuota pengeluaran Pertubuhan Negera Pengeluar Minyak (OPEC) juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang mengekalkan kuota pengeluaran kepada 30 juta tong sehari dan ianya ke dilihatkal sejak dua tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ini ditambah dengan pengeluaran Shale Oil yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat yang kini mengeluarkan tujuh juta tong sehari dari simpanan Shale Oil.

"Kadar pengeluaran ini dilaporkan akan terus meningkat ke sembilan juta tong sehari dalam tempoh terdekat. Sebagai pengimpot dan pengguna minyak terbesar dunia, sudah pasti ini akan menstabilkan lagi pasaran minyak dunia lantas harga minyak pasti lebih mapan," kata beliau kepada Harakahdaily.

"Justeru, berdasarkan fakta ini, maka tidak logik Malaysia menaikkan harga minyak kerana tidak wujud suasana tekanan pasaran. Sebaliknya, tindakan kerajaan BN ini didorong bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang semakin meruncing akibat pembaziran pada pilihan raya umum lalu," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.

Malah, tambah beliau, beban hutang kerajaan yang semakin parah juga menyebabkan kerajaan bertindak menaikkan harga minyak dengan alasan rasionalisasi dan pengurangan subsidi.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter, kemudian sehari selepas itu harga RON97 dinaikkan RM0.15 seliter tanpa sebarang pengumuman awal.

Kenaikan harga minyak itu menimulkan pelbagai reaksi, khususnya yang melahirkan kebimbangan terhadap bebanan yang terpaksa dihadapi ekoran kenaikan tersebut. -8/9/13

, , , ,

Ahad, 8 September 2013

Harga Barang Naik: Fathul Bari Bela Kerajaan 48.67% Guna Hadis, Dr Maza Sindir?





..kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini..apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?!




..jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki...kerana saya berpegang dengan kata-kata ILMU bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang..




Org yg stiap bln meraih wang rakyat 15k mmegang jwtn atas ksetiaan politik mmg sedap bela & ckp 'smuanya takdir Allah'.


P/s: Ada dua jenis ulama pada akhir zaman ini!


Kemas Kini:

Respons Fathul Bari di sini.


, ,

Jumaat, 6 September 2013

[Edisi Terima kasih kepada Pengundi BN] Harga Ayam NAIK RM0.90 Sekg di Chow Kit


P/s: Penangan kenaikan harga RON95 dan diesel pada 3 September lalu. 


, , , ,

[Video] 1Malaysia Wajib Tonton





P/s: Apa macam penyokong Kerajaan 48.67%?


Berkaitan:

Nilai RM Jatuh, Harga Minyak Naik, Rakyat Makin Miskin

[Selangorku] SHAH ALAM 6 SEPT: Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan diimport khususnya makanan.

Ahli Ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, suasana ekonomi itu berlaku apabila nilai mata wang negara mengecil berbanding mata wang asing sekali gus kemampuan rakyat berbelanja terjejas.

“Rakyat mengalami masalah untuk mendapatkan barang pada harga sama sebelum kejatuhan nilai mata wang negara

“Ini menyebabkan kemampuan rakyat membeli barangan itu semakin merosot, ” kata bekas Ketua Ekonomi Bank Islam itu kepada TV Selangor, hari ini.

Nilai ringgit jatuh melebihi tujuh peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap Dollar dan ia merupakan rekod terburuk.

Kesan kenaikan harga barangan bertambah parah apabila kerajaan Umno BN bertindak menaikkan harga minyak RON 95 dan RON 97 baru-baru ini.

Azrul berkata, penurunan nilai mata wang itu juga menyebabkan barangan import seperti barangan keperluan rakyat turut mengalami peningkatan harga.

Katanya, kerajaan digesa membuat penilaian dan mencari penyebab kepada punca kejatuhan nilai mata wang dan bertindak proaktif menangani masalah itu.

“Kerajaan perlu menumpukan usaha menangani ketirisan bagi mengelakkan pertambahan hutang negara dan defisit perbelanjaan,” katanya.



,

Khamis, 5 September 2013

Prof Agus Menulis Fasal Harga Minyak Malaysia



[FB Prof Agus] Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH