Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label harga minyak mentah. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 2 Disember 2014

Ada Cukai PETROL Senyap-senyap?


[Malaysia Kini] Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh BN dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang.

Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan BN adalah terlalu ketara.

Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas mencecah USD68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar USD105 setong.

Harga purata minyak mentah Brent sepanjang bulan November 2014 ialah sekitar USD76 setong, iaitu penurunan sebanyak 27.6 peratus daripada harga sebelum kejatuhan pasaran minyak.

Harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petroleum RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.

Oleh itu, jika harga rujukan minyak mentah Brent jatuh antara 27 hingga 35 peratus, sudah tentu penurunan RON95, RON97 dan diesel juga adalah dalam lingkungan yang tidak banyak berbeza dari itu.

Malangnya, pengumuman BN menetapkan harga RON95 hanya turun 1.7 peratus, RON97 hanya turun 3.5 peratus malah diesel pula naik 1 peratus.

Pemantau PKR

Rakyat tertanya-tanya kenapa ada jurang yang begitu besar di antara harga rujukan di pasaran dunia dan harga yang ditetapkan BN di Malaysia walaupun kononnya harga itu ditetapkan mengikut harga pasaran dunia.

Keadaan ini berpunca dari kaedah penentuan harga yang tidak telus dan memasukkan formula yang menjamin keuntungan syarikat minyak seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Bagi setiap liter RON95 contohnya, BN menjamin keuntungan dan kos dibayar-balik (cost reimbursement) kepada syarikat minyak sebanyak 30 sen.

Oleh yang demikian, PKR mendesak supaya kerajaan persekutuan menyiarkan setiap minggu secara terperinci harga rujukan RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan dalam perkiraan menentukan harga pasaran Malaysia bagi RON95, RON97 dan diesel.

Hanya dengan ketelusan sebegini BN boleh mengenepikan pandangan serong rakyat bahawa ia mengambil keuntungan dengan menetapkan harga minyak yang lebih tinggi kepada rakyat walaupun harga pasaran dunia jatuh menjunam.

Pada masa yang sama, PKR juga telah menubuhkan pasukan sendiri untuk memantau harga pasaran RON95, RON97 dan diesel untuk memastikan harga pasaran di Malaysia adalah selari dengan harga pasaran dunia.

PKR akan mendedahkan secara terperinci harga pasaran rujukan MOPS serta kos-kos lain yang dijamin oleh kerajaan persekutuan pada setiap minggu untuk membolehkan rakyat mendapatkan harga minyak terbaik.

Sebelum demo 31 Dis

Perbezaan harga yang ketara ini (iaitu penurunan 2 peratus di Malaysia berbanding kejatuhan 28 hingga 35 peratus) juga menimbulkan tanda tanya sama ada BN akan mengenakan cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sepanjang bulan November 2014.

Kenyataan Datuk Ahmad Maslan, timbalan menteri kewangan pada 31 Oktober 2014 yang disiarkan Bernama secara jelas menyebut bahawa jika harga minyak mentah dunia jatuh ke harga bawah USD75 setong, harga petrol RON95 sepatutnya menjadi sekitar RM1.72 seliter.

Menurut beliau, pada ketika itu kerajaan persekutuan boleh membuat keputusan sama ada mengenakan cukai petrol untuk mengekalkan harga yang lebih tinggi.

Pada ketika ini, harga minyak mentah dunia telah pun jatuh ke paras USD68 setong.

Malah, harga rujukan purata minyak mentah bagi November 2014 dianggarkan sekitar USD76 setong.

Mengikut kenyataan Ahmad sendiri sebulan yang lepas, harga RON95 yang lebih selari dengan harga pasaran sepatutnya adalah RM1.72 seliter, bukannya RM2.26 seperti yang diumumkan semalam.

Oleh yang demikian, saya akan terus berkempen supaya harga minyak diturunkan melalui kempen #turunhargaminyak.

Sementara menunggu demonstrasi yang telah diumumkan pada 31 Disember 2014 ini, PKR akan membantu rakyat dengan mengumumkan setiap minggu harga pasaran RON95, RON97 dan diesel mengikut harga pasaran antarabangsa untuk mengelakkan BN mengambil kesempatan mencukai rakyat melalui cukai petrol secara senyap-senyap seperti yang berlaku sejak sebulan lalu.

RAFIZI RAMLI naib presiden, setiausaha agung PKR dan anggota Parlimen Pandan.

,

Isnin, 9 September 2013

Harga Minyak Malaysia Naik Tidak Sejajar dengan Harga Minyak Mentah


[HD] KUALA LUMPUR: Kenaikan terbaru harga minyak disifatkan tidak sejajar dengan trend kenaikan harga minyak mentah sejak dua tahun lalu sekiranya benar harga kenaikan ditentukan oleh harga pasaran.

Malah, kuota pengeluaran Pertubuhan Negera Pengeluar Minyak (OPEC) juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang mengekalkan kuota pengeluaran kepada 30 juta tong sehari dan ianya ke dilihatkal sejak dua tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr. Dzulkefly Ahmad berkata ini ditambah dengan pengeluaran Shale Oil yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat yang kini mengeluarkan tujuh juta tong sehari dari simpanan Shale Oil.

"Kadar pengeluaran ini dilaporkan akan terus meningkat ke sembilan juta tong sehari dalam tempoh terdekat. Sebagai pengimpot dan pengguna minyak terbesar dunia, sudah pasti ini akan menstabilkan lagi pasaran minyak dunia lantas harga minyak pasti lebih mapan," kata beliau kepada Harakahdaily.

"Justeru, berdasarkan fakta ini, maka tidak logik Malaysia menaikkan harga minyak kerana tidak wujud suasana tekanan pasaran. Sebaliknya, tindakan kerajaan BN ini didorong bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang semakin meruncing akibat pembaziran pada pilihan raya umum lalu," tegas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.

Malah, tambah beliau, beban hutang kerajaan yang semakin parah juga menyebabkan kerajaan bertindak menaikkan harga minyak dengan alasan rasionalisasi dan pengurangan subsidi.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter, kemudian sehari selepas itu harga RON97 dinaikkan RM0.15 seliter tanpa sebarang pengumuman awal.

Kenaikan harga minyak itu menimulkan pelbagai reaksi, khususnya yang melahirkan kebimbangan terhadap bebanan yang terpaksa dihadapi ekoran kenaikan tersebut. -8/9/13

, ,

Selasa, 5 Jun 2012

Minyak...Oh...Minyak...Rakyat Tertipu!


Klik untuk baca. Sumber FB.


[Blog Marhaen] Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!

Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

Sambung baca di sini.


 

,

Selasa, 9 Ogos 2011

Harga Minyak Dunia Jatuh, Harga Minyak Malaysia Bila?


Saya petik:
Harga minyak jatuh kepada RM253.38 setong

[Kosmo] SINGAPURA - Harga minyak mentah jatuh dengan berada di bawah paras AS$84 setong (RM253.38) di Asia semalam selepas agensi kewangan Standard & Poor menurunkan penarafan hutang Amerika Syarikat (AS) daripada tahap cemerlang AAA kepada AA+.

Penurunan penarafan hutang itu menjejaskan pertumbuhan ekonomi global termasuk permintaan untuk minyak mentah.

Perkembangan tersebut menyebabkan harga minyak global merudum. Para pelabur kini bimbang keputusan Standard & Poor menurunkan nilai kredit AS itu akan turut melemahkan keyakinan pengguna.

Harga minyak mentah terus menurun daripada AS$100 (RM301) setong pada bulan lalu dan hampir AS$115 (RM346) pada Mei lepas.

"Sentimen lemah pelabur menyebabkan harga minyak menjunam diikuti kebimbangan hutang negara yang meningkat di AS dan Eropah," kata firma Barclays Capital dalam laporannya. - AP 

 P/s: Apabila harga minyak dunia naik, kepekaan kerajaan memang luar biasa. Oleh itu, kita mengharapkan kepekaan dan keprihatinan kerajaan tidak hilang entah ke mana pada waktu harga minyak dunia jatuh.

,

Khamis, 16 Jun 2011

Turun RON97 RM0.10 Bukti Kerajaan Prihatin? Indonesia dan Pakistan Lagi Prihatin!



Memang benar, harga minyak Indonesia dan Pakistan lebih mahal (sekitar AS1 dolar seliter) kerana kedua-dua negara itu tidak memberikan subsidi kepada rakyatnya. Antara alasan negara-negara tersebut tidak memberikan subsidi kerana jumlah rakyat yang banyak sehingga menyebabkan negara-negara tersebut mengimport minyak. Namun jika tindakan menurunkan harga minyak itu menjadi ukuran keprihatinan kerajaan, maka Indonesia dan Pakistan sudah tentu dianggap lebih prihatin kerana kedua-dua negara telah bertindak menurunkan harga minyak hujung Mei dan awal Jun lalu seiring dengan penurunan harga minyak dunia.


, , ,

Isnin, 6 Jun 2011

Pengundi BN Katakan Yahooo, Kerajaan Mansuhkan Diesel Super Subsidi

 
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi akan menyebabkan harga barang melambung dan kenaikan inflasi, kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Abdul Rahman Yusuf.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menarik balik subsidi tersebut daripada kenderaan komersil seperti lori, kontena termasuk pengusaha bot nelayan laut dalam.

“Diesel merupakan nadi kepada sistem pengangkutan untuk lori komersil bagi membawa barangan dan produk kepada pengguna. Apabila harga diesel dinaikkan, ia akan beri kesan kepada semua jenis barangan, daripada sayur-sayuran hingga lah kepada barangan-barangan industri,”

“Apabila kerajaan memansuhkan subsidi diesel, ia akan menyebabkan harga barang pengguna naik berlipat kali ganda,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Menurut Abdul Rahman, keputusan menarik balik subsidi tersebut kepada nelayan laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan makanan laut.

“Saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat seperti di Terengganu juga tidak lagi menikmati subsidi diesel,
” ujarnya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barang danmengheret negara ke arah inflasi.

“Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku inflasi disebabkan kenaikan harga barang yang bertambah parah,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial sebanyak 32 sen kepada RM1.80 yangperlu dibayar berkuat kuasa 1 Jun.

Berikutan itu, pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.

Sementara itu, Nelayan laut juga tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter dan perlu membeli minyak pada harga pasaran sebanyak RM1.80 seliter.

Kalangan persatuan pengguna menjangka kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan berikutan pemansuhan suubsidi diesel terhadap kenderaan komersial.

Penguna Persatuan Persatuan Penguna Islam Malaysia menyatakan pengusaha lori telah lama menikmati subsidi tersebut dan langkah pemansuhan itu akan menambahkan kos yang ditanggung mereka.

Sementara itu, Gabungan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meramalkan pendapatan isi sumah yang digunakan untuk makanan naik di antara lima hingga 10 perats ekoran penghapusan subsidi tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga makanan di Malaysia naik sebanyak 30 peratus dalam masa suku pertama tahun ini.

Perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) menyatakan kesan kenaikan itu merupakan dua kali ganda harga purata makanan
dunia.

Kerajaan baru-baru ini menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, yang dilihat akan turut menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga barangan melibatkan semua industri yang menggunakan tenaga elektrik.

Ia merupakan usaha menarik subsidi yang diberi kepada rakyat ketika syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima subsidi RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

,

2 Syarikat Minyak di Indonesia Berlumba-lumba Turunkan Harga Minyak

Petikan berita KOMPAS.


Orang akan "pangkah" saya dengan mengatakan bahawa harga minyak di Indonesia masih lagi mahal berbanding dengan Malaysia. Betul!. Kalau kita lihat dalam artikel di atas, RON95 dijual sekitar Rp9.200 (bersamaan dengan AS1 dolar). Minyak di sana secara umumnya dijual tanpa subsidi kerana Indonesia terpaksa mengimport minyak untuk memenuhi kehendak tempatan. Situasi itu berbeza daripada Malaysia. Saya petik sebuah artikel menarik yang diambil dari blog Hot Powers (saya edit sedikit) yang mungkin dapat menjawab beberapa persoalan:
Di bawah ini ialah senarai harga petrol untuk 10 buah negara pengeluar minyak terpilih:

1. United Arab Emirates - $0.37/liter atau RM1.22 seliter
2.Baharin - $0.27/liter atau RM0.89 seliter
3.Qatar - $0.22/liter atau RM0.72 seliter
4.Kuwait - $0.21/liter atau RM0.69 seliter
5.Libya - $0.14/liter atau RM0.46 seliter
6. Arab Saudi - $0.12/liter atau RM0.39 seliter
7. Iran - $0.11/liter atau RM0.36 seliter
8. Nigeria - $0.10/liter atau RM0.33 seliter
9. Turkmenistan - $0.08/liter atau $M0.26 seliter
10. Venezuela - $0.05/liter atau RM0.16 seliter

Baiklah... mari kita lihat perbandingan harga mengikut mata wang negara masing2....
Sebelum itu, sebagai rujukan umum...

Nilai wang kertas terendah:
Malaysia = RM1
Indonesia = Rp1,000
Singapura = SD1
Thailand = Baht10

Jadi di bawah ini, aku akan highlightkan negara dgn harga terendah dgn mengambil kira nilai wang kertas terendah untuk setiap negara. Ingat, orang S'pura, Thai dan Indon x bayar pakai RM di negara mereka...

RON 95 per liter
Malaysia = RM 1.90
Indonesia = Rp 7,036.96 (RM 2.46)
Singapura = SGD 1.80 (RM 4.36)
Thailand = Baht 40.62 (RM 4.25)

Diesel per liter
Malaysia = RM 1.80
Indonesia = Rp 7,151.38 (RM 2.50)
Singapura = SGD 1.32 (RM 3.10)
Thailand = Baht 28.29 (RM 2.96)

LPG (gas memasak)
Malaysia = RM 1.90
Indonesia = Rp 5,721.11 (RM 2.00)
Singapura = SGD 2.67 (RM 6.42)
Thailand = Baht 18.45 (RM 1.93)

Gula

Malaysia = RM 2.10
Indonesia = Rp 10,011.84 (RM 3.50)
Singapura = SGD 1.57 (RM 3.80)
Thailand = Baht 26.76 (RM 2.80)

Harga2 di atas adalah menurut currency exchange pada hari ini (4/12/2010)...
Siapa2 yg ada keraguan. hangpa boleh semak sendiri....

TAKDE SATU PUN SENARAI BARANG2 DI ATAS YANG MENGESAHKAN HARGA DI MALAYSIA ADALAH YG TERENDAH.... HARKH THUI !!!


Tu lah pasal..... sikit sikit bezakan dengan negara jiran...
tak mau pulak buat comparison tangga gaji pekerja awam di Singapura.....
Contohnya.. polis pangkat konstable di Singapura dan Malaysia.....
Mengapa tak berani compare gaji... mengapa compare harga minyak pulak ??

Yang paling best kalau mereka buat comparison jumlah bonus yang diberikan oleh Singapura dan Malaysia.... hehehehe

Ada beranikah ???

Compare dua perkara... iaitu bonus dan tangga gaji pekerja awam...

Indonesia pengimport minyak (minyak tak cukup)
Singapura pengimport minyak (tak ada minyak tp gaji rakyat besar)

 P/s: Menarik! Di Singapura, rakyat di sana hanya membayar SD1.80 untuk seliter RON95. Macam RM1.80 sahaja di Malaysia, walhal Singapura bukanlah pengeluar Minyak Memanglah kalau ditukarkan ke nilai mata wang Malaysia jumlahnya menjadi mahal, tetapi bayangkanlah gaji yang diterima oleh rakyat di sana!


,

Khamis, 2 Jun 2011

Selepas Indonesia, Pakistan Pula Turunkan Harga Minyak, Malaysia?

Keratan berita di The Nation.


P/s: Malaysia bila?

,

Indonesia Turun Harga Petrol 2 Kali Seminggu, Malaysia Berura-ura Naikkan Harga Minyak!

Data daripada PT Pertamina Indonesia.

Hari ini kecoh fasal Indonesia  menurunkan harga bahan bakar kali kedua dalam tempoh seminggu. Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.

Saya tidak mahu mengulas lanjut fasal hal ini.

Saya cuma tertarik dengan kenyataan pemimpin PR bahawa harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama lebih 50 tahun dapat dijual dengan harga serendah RM 0.60 seliter atau pun dengan harga yang tidak setinggi sekarang.

Anda persoal kenyataan itu? Jika begitu, tolong undi PR dalam PRU 13 ini dan biar mereka membuktikan kenyataan yang telah dibuat. Boleh?

,

Selasa, 1 September 2009

HARGA MINYAK DUNIA & MALAYSIA: 1NAIK, 1TURUN

(Andai air kencing itu semahal dan seumpama petrol!)

CERITA MINYAK:
DUA BERITA, DUA SITUASI,
SATU NAIK, SATU TURUN

Dunia:
[REUTERS] 31 August - Oil prices fell nearly 4 percent to below $70 a barrel on Monday as fear of a curb in Chinese bank lending dented optimism about the pace of economic recovery and a potential rebound in global energy demand.

U.S. crude for October delivery settled down $2.78, or 3.8 percent, at $69.96 a barrel, having fallen as low as $69.13 in intraday trade. In London, Brent crude settled down $3.14 at $69.65 a barrel.

China's key stock index dived 6.74 percent on Monday to a three-month low, prompted by concern that China's government is trying to moderate economic growth and choke off some speculation in its stock market by tightening bank lending.

European equities closed lower and U.S. stocks fell after China's index fall. .EU

"The oil markets have been strongly affected by what's going on in China, where the fear is that authorities will rein in on lending and in the process curtail growth," said Phil Flynn, an analyst at PFGBest Research in Chicago...
Malaysia:
[THE MALAYSIAN INSIDER] 31 August - The government has hiked up the price of premium fuel RON97 from 1.80 to RM2.05 a litre while the new RON95 petrol replacing RON92 will be sold at RM1.80 per litre.
The prices are effective tomorrow, state news agency Bernama reported.
Although the price of Ron 97 increased substantially — by 78 sen — to become RM2.70 on June 08, the price dropped twice within six months in line with the global drop in crude oil prices to RM1.80 on December 16.
The Domestic Trade Minister Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob did announce on May 12 that the price of RON97 will rise by 20 sen to RM2.00 on Sept 1.
The price of global crude oil was in the US$125 (RM441) neighbourhood before June 2008 when the first major increase was announced last year. Today, crude oil is nestled at US$71 (RM251).

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH