Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 23 September 2011

Hebat Selangor di Bawah Pakatan Rakyat, Tidak Percaya? Baca!






Selangor terus mempamerkan pencapaian cemerlang apabila berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak 20 peratus dari RM1.59 bilion kepada RM1.77 bilion sepanjang pentadbiran di bawah Pakatan Rakyat lapor TVS.

Oleh itu PAS Selangor hari ini menerusi pesuruhjayanya, Dr Rani Osman merakamkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Banyak yang dilakukan antaranya PR berjaya mengembalikan dana sebanyak RM500 juta kepada rakyat melalui pelbagai pakej program Merakyatkan Ekonomi Selangor, membelanjakan sehingga kini RM150 juta bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

"Selangor juga di bawah PR berjaya mendaftarkan seramai 154, 700 warga emas dan OKU di bawah Skim Mesra Usia Emas serta membelanjakan sebanyak RM54 juta kepada 23,140 waris," katanya pada satu sidang media PAS yang diadakan di sini.

Menurut Rani, biarpun pada mulanya, usaha kerajaan negeri ini dipandang serong oleh Umno Barisan Nasional,namun akhirnya usaha yang berterusan ini berjaya menepis segala pandangan sinis mereka.

"Ini saya ingat lagi, ketika dibentangkan, masa itu ketua pembangkang adalah Khir Toyo dan ketika itu dia bangun dan dia bangun di dewan dan ketawa menyatakan usaha kerajaan negeri Selangor untuk 20m air ini tidak akan berjaya,” katanya.

Antara kejayaan kerajaan negeri yang lain ialah memperuntukkan RM10 juta daripada hasil perlombongan pasir bagi menjayakan program Jom Shopping Bersama YB, peruntukan RM50 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Selangor dan peruntukan RM20 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Miskin Bandar.

Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan negeri adalah contoh negeri berkebajikan apabila memperuntukkan RM30 juta daripada Pemerbadanan Menteri Besar bagi meningkatkan pendapatan keluarga, usahawan dan rakyat Selangor.

"Kerajaan negeri memperuntukkan RM7.7 juta untuk Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan untuk baiki pangsapuri kos rendah di Selangor.

"Malah kerajaan negeri juga memperuntukkan RM5.2 juta untuk mengecat semula pangsapuri kos rendah di Selangor," tambah beliau.

Selain itu, daripada peruntukan untuk membaiki pangsapuri, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM16 juta bagi Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil setakat ini jika hendak dibandingkan sewaktu Umno BN memerintah.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM13.5 juta bagi Tabung Warisan Anak Selangor dan RM5 juta bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak dan keluarga kakitangan awam kerajaan negeri.

Malah katanya, kerajaan negeri juga turut membantu rakyatnya dari segi usaha menjayakan skim pemilikan kediaman persendirian dengan hanya membayar RM1, 000 bagi mendapatkan geran tanah.

Katanya, usaha kerajaan negeri ini akhirnya berjaya mengubah taraf hidup rakyat yang selama ini berada pada takuk yang sama ketika Umno BN dahulu.

Manakala Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pula mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah selama 3 tahun ini lebih baik daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang telah memerintah puluhan tahun lamanya,” kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz seperti yang dilaporkan oleh HD.

Katanya, meskipun diserang oleh media arus perdana dan kerajaan Umno BN, kerajaan Pakatan Rakyat terus unggul dengan mencipta pelbagai kejayaan yang menguntungkan kerajaan negeri dan rakyat.

DPPWP, ujarnya percaya kejayaan itu diperolehi hasil daripada titik peluh, kesabaran, serta komitmen pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha dan berjuang demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, kejayaan itu juga membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negeri sementara ketirisan, pemborosan serta kepimpinan yang tidak amanah dan cekap merugikan kerajaan dan negara.

Selain itu, katanya pembangunan yang berteraskan kebajikan di atas dasar ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ berjaya membuktikan bahawa agenda mengutamakan kebajikan rakyat tidak merugikan negeri.

 
P/s: Hebat!! Kalau tiada kronisme, rasuah, salah guna dana awam, dan salah laku yang lain, insya-Allah Malaysia mampu maju dan bersaing dengan negara-negara lain.




  1. apa nak dihairankan..selangor mmg dah maju sejak BN perintah dulu..PKR baru 3 tahu lebih ambil alih. Apa yg boleh disenaraikan?. Buat malu punya statement!!

    Kelantan yg PAS pegang sudah lama apa cerita..?? Ulamak tak reti perintah ke?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 23, 2011 2:59:00 PTG      
  2. Anom, baca betul2, annti hang malu balik;

    " Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun."

    Apa lagi yang kau nak kata?

    gravatar Comment by Unknown @ Jumaat, September 23, 2011 3:18:00 PTG      
  3. Bodoh ko memang bodo anun tu...kelantan mu kato xmembangun lagi?serah royalti ko negeri kami bvaru mu buleh tengok membangun x negeri kami...Kami membangun bersama Islam!Takbirrrr...Allahuakhbar.

    gravatar Comment by TaTJ @ Jumaat, September 23, 2011 4:04:00 PTG      
  4. Daulat Tuanku... tahniah kepada DYMM Baginda Sultan Selangor kerana mempunyai sebuah kerajaan pentadbir yg cekap, amanah dan berkebajikan... semoga sokongan dan dokongan yg padu dari kebawah Duli Tuanku akan terus memberi semangat dan impak yg baik kepada prestasi kerajaan Pakatan Negeri Selangor... dan hamba rakyat amat berbesar hati atas padunya sokongan Tuanku kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Tuanku. Daulat Tuanku.

    gravatar Comment by otaklunyai @ Jumaat, September 23, 2011 4:49:00 PTG      
  5. Buat Tayadih Maysia dan TATJ...

    Bila PKR berjaya sedikit mesti nak tunjuklah pada BN dan rakyat. Perangai macam BN jugalah, buat projek, derma 10 juta sikit bagitau kat rakyat.

    Awalx perintah mmg baik dah lamax perintah nanti jadi mcm perangai menteri BN juga.

    Kerajaan PAS kasihan sbb duit royalti dpt kat rakyat terus. Kalau bagi kat TGNA urus, sah selamat sampai pada yg betulx memerlukan.

    Jika bukan TGNA uruskan, pak lebai lain belum tentu lagi. Duit byk tu boleh gelap mata.

    Kawan aku kena tipu pasal projek kat Kelantan oleh 2 orang EXCO PAS KELANTAN yg masih berkhidmat.Lapur pada TGNA, tiada tindakan.

    TGNA hanya berkata...nanti saya nasihatkan si..Kasihan TGNA mcm ni.

    wslm

    MasyaAllah...

    gravatar Comment by adik ipar Najib @ Sabtu, September 24, 2011 4:25:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH