Hebat Selangor di Bawah Pakatan Rakyat, Tidak Percaya? Baca!
Selangor terus mempamerkan pencapaian cemerlang apabila berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak 20 peratus dari RM1.59 bilion kepada RM1.77 bilion sepanjang pentadbiran di bawah Pakatan Rakyat lapor TVS.
Oleh itu PAS Selangor hari ini menerusi pesuruhjayanya, Dr Rani Osman merakamkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Banyak yang dilakukan antaranya PR berjaya mengembalikan dana sebanyak RM500 juta kepada rakyat melalui pelbagai pakej program Merakyatkan Ekonomi Selangor, membelanjakan sehingga kini RM150 juta bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor.
"Selangor juga di bawah PR berjaya mendaftarkan seramai 154, 700 warga emas dan OKU di bawah Skim Mesra Usia Emas serta membelanjakan sebanyak RM54 juta kepada 23,140 waris," katanya pada satu sidang media PAS yang diadakan di sini.
Menurut Rani, biarpun pada mulanya, usaha kerajaan negeri ini dipandang serong oleh Umno Barisan Nasional,namun akhirnya usaha yang berterusan ini berjaya menepis segala pandangan sinis mereka.
"Ini saya ingat lagi, ketika dibentangkan, masa itu ketua pembangkang adalah Khir Toyo dan ketika itu dia bangun dan dia bangun di dewan dan ketawa menyatakan usaha kerajaan negeri Selangor untuk 20m air ini tidak akan berjaya,” katanya.
Antara kejayaan kerajaan negeri yang lain ialah memperuntukkan RM10 juta daripada hasil perlombongan pasir bagi menjayakan program Jom Shopping Bersama YB, peruntukan RM50 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Selangor dan peruntukan RM20 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Miskin Bandar.
Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan negeri adalah contoh negeri berkebajikan apabila memperuntukkan RM30 juta daripada Pemerbadanan Menteri Besar bagi meningkatkan pendapatan keluarga, usahawan dan rakyat Selangor.
"Kerajaan negeri memperuntukkan RM7.7 juta untuk Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan untuk baiki pangsapuri kos rendah di Selangor.
"Malah kerajaan negeri juga memperuntukkan RM5.2 juta untuk mengecat semula pangsapuri kos rendah di Selangor," tambah beliau.
Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM13.5 juta bagi Tabung Warisan Anak Selangor dan RM5 juta bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak dan keluarga kakitangan awam kerajaan negeri.
Malah katanya, kerajaan negeri juga turut membantu rakyatnya dari segi usaha menjayakan skim pemilikan kediaman persendirian dengan hanya membayar RM1, 000 bagi mendapatkan geran tanah.
Katanya, usaha kerajaan negeri ini akhirnya berjaya mengubah taraf hidup rakyat yang selama ini berada pada takuk yang sama ketika Umno BN dahulu.
Manakala Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pula mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.
apa nak dihairankan..selangor mmg dah maju sejak BN perintah dulu..PKR baru 3 tahu lebih ambil alih. Apa yg boleh disenaraikan?. Buat malu punya statement!!
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, September 23, 2011 2:59:00 PTGKelantan yg PAS pegang sudah lama apa cerita..?? Ulamak tak reti perintah ke?
Anom, baca betul2, annti hang malu balik;
Comment by Unknown @ Jumaat, September 23, 2011 3:18:00 PTG" Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun."
Apa lagi yang kau nak kata?
Bodoh ko memang bodo anun tu...kelantan mu kato xmembangun lagi?serah royalti ko negeri kami bvaru mu buleh tengok membangun x negeri kami...Kami membangun bersama Islam!Takbirrrr...Allahuakhbar.
Comment by TaTJ @ Jumaat, September 23, 2011 4:04:00 PTGDaulat Tuanku... tahniah kepada DYMM Baginda Sultan Selangor kerana mempunyai sebuah kerajaan pentadbir yg cekap, amanah dan berkebajikan... semoga sokongan dan dokongan yg padu dari kebawah Duli Tuanku akan terus memberi semangat dan impak yg baik kepada prestasi kerajaan Pakatan Negeri Selangor... dan hamba rakyat amat berbesar hati atas padunya sokongan Tuanku kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Tuanku. Daulat Tuanku.
Comment by otaklunyai @ Jumaat, September 23, 2011 4:49:00 PTGBuat Tayadih Maysia dan TATJ...
Comment by adik ipar Najib @ Sabtu, September 24, 2011 4:25:00 PTGBila PKR berjaya sedikit mesti nak tunjuklah pada BN dan rakyat. Perangai macam BN jugalah, buat projek, derma 10 juta sikit bagitau kat rakyat.
Awalx perintah mmg baik dah lamax perintah nanti jadi mcm perangai menteri BN juga.
Kerajaan PAS kasihan sbb duit royalti dpt kat rakyat terus. Kalau bagi kat TGNA urus, sah selamat sampai pada yg betulx memerlukan.
Jika bukan TGNA uruskan, pak lebai lain belum tentu lagi. Duit byk tu boleh gelap mata.
Kawan aku kena tipu pasal projek kat Kelantan oleh 2 orang EXCO PAS KELANTAN yg masih berkhidmat.Lapur pada TGNA, tiada tindakan.
TGNA hanya berkata...nanti saya nasihatkan si..Kasihan TGNA mcm ni.
wslm
MasyaAllah...