Dia terlalu muda dan kecil untuk melakukan kerja berat dan menggunakan peralatan di bengkel pakciknya. Namun, hal itu tidak menghalang Wang Junjie, 10 tahun, dari Daerah Guizhou dipaksa bekerja setelah dibuang sekolah kerana prestasi buruknya dalam pelajaran.
Kini, kanak-kanak ini bekerja sepenuh masa di bengkel pak ciknya. Daripada membuka skru tayar kenderaan berat sehinggalah menampal tiub dan melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh mekanik. Yang menyedihkan apabila khidmat kanak-kanak ini tidak dibayar SESEN pun oleh pak ciknya. Dia bekerja secara percuma.
Menurut Wang, dia pernah bersekolah sebelum ini, namun tidak dibenarkan mendaftar ke sekolah tahun lalu kerana rekod akademiknya yang buruk. Walaupun prestasi akademiknya lemah, namun Wang mengakui bahawa dirinya berkelakuan baik dan tidak melakukan pelanggaran disiplin.
"Saya tidak pernah bergaduh. Saya diam di kelas. Saya tidak tahu sebab guru tidak suka akan saya."
Tambahnya, "Guru mengarahkan saya duduk di barisan belakang. Namun, saya tidak dapat melihat dengan jelas apa-apa yang ditulis di papan hitam kerana murid-murid di depan saya tinggi-tinggi belaka."
Menurut Wang, dia mahu kembali ke sekolah, tetapi tidak pasti sama ada harapan itu dapat menjadi kenyataan.
"Saya mahu ke sekolah. Saya mahu mendaftar di sekolah lain, tetapi tidak pasti jika saya dapat mencari sekolah yang mahu menerima saya." - DCM
.
|
Bekerja keras tanpa apa-apa bayaran. |
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.