Jari Tengah daripada Pekerja Pusat Permainan Video Bertudung
Kalau diterjemahkan kepada percakapan, mungkin tindakan ini mahu disamakan dengan makian "F*** you". Apa lagi yang mahu dimaksudkan oleh pekerja sebuah pusat permainan video yang menunjukkan jari tengahnya kepada pelanggan?
Berdasarkan laporan MyNewsHub, cerita yang disebarkan pelanggan terbabit menerusi laman sosial bermula apabila seorang rakannya meminta token ganti kerana token yang dibeli pelanggan itu telah digunakan pada salah satu mesin yang rosak. Walau bagaimanapun, pekerja di situ memintanya supaya membeli token baharu.
Rakannya menolak untuk membeli token baharu kerana hal itu bukan berpunca daripada salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan rakannya itu bermain satu permainan secara percuma dan hal ini dipersetujui oleh mereka.
Namun tidak lama kemudian dua pekerja seperti dalam gambar di atas dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan kata-kata mengejek.
Berasa panas hati dengan keadaan itu, pelanggan terbabit mengambil gambar untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan dan salah satu gambar yang diambil menunjukkan pekerja itu menunjukkan jari tengahnya kepada mereka.
Tanpa menggunakan akal dan beradap, maka perbuatan pekerja itu kini tersebar meluas di laman sosial. Bukan sekadar dianggap mencemar imej tudung, pekerja ini turut dimaki hamun oleh pengguna laman sosial.
Jadi, siapa yang malu dan mungkin dikenakan tindakan disiplin oleh majikan? -DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.