[Kantoi] Pesta Bogel Teluk Bahang: Chalet yang Digunakan Diwarta Hanya untuk Pegawai Awam
[Harakah Daily] KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.
"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.
Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.
Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.
Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.
"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.
"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.
Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.
Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka. - HARAKAHDAILY 6/8/2014
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.