Pelawak Maidin Meninggal Dunia dalam Solat
[Mstar] PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.
Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.
“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat Zohor kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.
Mohd Saiful berkata, isteri Allahyarham iaitu Habirah Rahim, 59, yang hendak ke bilik menemui Allahyarham telah rebah sebelum disahkan meninggal dunia.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai, Gurun selepas solat Isyak pada Rabu.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak iaitu seorang lelaki dan empat perempuan berusia antara 32 hingga 45 tahun dan 13 orang cucu.
Maidin berasal dari Bagan Lalang Butterworth dan kini menetap di Gurun.
Pada tahun 2009 Allahyarham pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghadapi masalah jantung.
Dalam dunia lakonan, Maidin banyak berlakon drama-drama komedi termasuklah filem antaranya Anak Mami The Movie, Nana Tanjung dan Mami Jarum Junior.
Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin (2001) anjuran TV3 untuk drama Pinang Durian.
Sementara itu Bernama melaporkan, Habirah memberitahu suaminya itu sudah lama menghidap penyakit jantung namun tidak menyangka arwah akan meninggalkannya dalam masa terdekat.
"Arwah berhajat mahu makan nasi kandar di sebuah restoran kegemarannya di Sungai Petani, dan kami baru sahaja pulang dari sana kira-kira 1.30 tengah hari tadi," katanya kepada pemberita di rumahnya, pada Rabu. - 13/8/14
P/s: Takziah.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.