Khalid Ibrahim Dakwa Lebih Satu Nama Untuk Calon MB Selepas PRU13, Apa Kata SU Sultan?
[Milo Suam] SEMALAM Sultan Selangor dilaporkan meminta 6 nama calon² Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat untuk dipersembahkan kepada baginda bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, KEADILAN dan DAP dilaporkan hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor. Ini kerana Dr Wan Azizah telahmendapat sokongan majoriti daripada 30 ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Selangor.
Sebelum ini, Sultan Selangor telah meminta 4 nama calon-calon Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat pada 7 Mei 2013 dua hari selepas kemenangan gabungan PAS KEADILAN dan DAP itu menang di Selangor pada PRU13 — Surat Sultan
Namun Pakatan Rakyat pada waktu itu hanya menghantar satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon Menteri Besar kerana beliau telah mendapat sokongan majoriti pada waktu itu.
Namun Tan Sri Khalid dilaporkan telah menafikan dakwaan itu. Menurut beliau bukan hanya nama beliau dihantar kepada Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU13 tahun lalu. Khalid seolah-olah cuba membayangkan Pakatan Rakyat berbohong.
Hasil tinjauan di portal Sinar Harian, satu laporan berita bertajuk "Sultan Selangor beri tiga sebab lantik Khalid Ibrahim sebagai MB" jelas menunjukkan salah satu sebab Sultan lantik Khalid pada waktu itu ialah kerana hanya nama Khalid Ibrahim seorang yang dihantar oleh Pakatan Rakyat — Sinar Harian
P/s: Siapa yang berbohong?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.