Pulau Pinang Tidak Pernah Benar atau Lulus ‘Aktiviti Bogel’
[Roketkini.com] GEORGE TOWN, 5 OGOS: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak akan membenarkan atau meluluskan sebarang program dan aktiviti ‘salah’ seperti ‘Sukaneka Bogel’.
Guan Eng mengulas rungutan dan aduan orang ramai berikutan tersebarnya video sekumpulan individu yang dilihat tidak berpakaian dalam satu sukaneka, dikatakan di Taman Negara Hutan Simpan, Teluk Bahang.
“Kerajaan negeri sendiri tidak pernah meluluskan sebarang kasino. Jadi bagaimana kami boleh meluluskan aktiviti yang salah seperti itu?,” tegasnya dalam sidang media di Komtar, hari ini.
Guan Eng berkata, beliau tidak pernah tahu mengenai wujudnya aktiviti sedemikian dan memberi jaminan kerajaan negeri tidak pernah memberi kelulusan penganjurannya.
Beliau menyatakan akan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara itu.
“Jika mereka ini orang Islam, kami akan serahkan kepada Jabatan Agama (Islam), dan jika bukan Muslim, polis akan bertindak,” ujarnya, seperti dilapor Malaysiakini.
Kiriman video berdurasi kira-kira lima minit di laman video Vimeo kini tersebar di laman media sosial Facebook dan Twiiter menayangkan sekumpulan individu lelaki dan perempuan dirakam dalam keadaan berbogel.
Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki dan perempuan yang tidak berpakaian, berjalan di tepi pantai dan melukis imej tertentu di tubuh mereka.
Video berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dari mana peserta berasal, namun majoriti mereka kelihatan seperti warga Asia dan difahamkan acara tersebut dianjurkan kira-kira dua bulan lalu – 5/8/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.