Tidak Perlu UNDI Tidak Percaya di DUN, Sekadar Mohon Mengadap Sultan dan ...
[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.
Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.
"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid
"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.
"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI. - Irwan Muhammad Zain/11/8/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.