Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 21 September 2011

Drama Liwat II: Pakar DNA Anggap Pendakwa Kelirukan Mahkamah



Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang dalam perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat peguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden cuba menimbulkan keraguan terhadap kepakaran Dr Brian.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini.

9.20 pagi: Mahkamah masih belum mula bersidang. Kelihatan banyak lagi tempat kosong di galeri awam.

9.33 pagi: Anwar di luar mahkamah berbaju kot coklat berbual-bual dengan peguamnya: Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy.

9.41 pagi
: Anwar dan peguamnya masuk ke mahkamah dan mengambil tempat masing-masing.

9.47 pagi: Turut kelihatan di galeri awam adalah Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’ atau pengekstrakan.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusof.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya bahawa beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana telor (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: “Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusof.

“Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.

10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukn sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses pengekstrakan.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan. Yusof mendakwa Brian mengelirukan mahkamah, tetapi dibantah peguam, Sankara Nair.

10:40am:
McDonald berkata, seseorang itu perlu melakukan slaid untuk menyediakan proses penjelasan yang bermakna.

10:41am: Sekarang, McDonald menuduh Yusof mengelirukan mahkamah. “Anda perlu mengambil slaid pada proses yang berbeza.”

10.43 pagi: Pengarah Biro Undang-undang KEADILAN, Latheefah Koya tiba di mahkamah.

10.52 pagi: Yusof bertanya soalan-soalan teknikal kepada Dr Brian tetapi Yusof hanya mahukan jawapan-jawapan ringkas dari Dr Brian yang menyokongnya.

“Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan awak sahaja,” kata Yusof.

11.01 pagi: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?” tanya Yusof.

“DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas,” kata Dr Brian.

11.05 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit.

11.41 pagi: Mahkamah kembali bersidang dengan Dr Brian kembali disoal balas Yusof.

Yusof bertanya kepada Dr Brian tentang akreditasi makmal DNA Jabatan Kimia.

11.48 pagi: Dr Brian memberitahu yang beliau sebelum ini mengatakan makmal DNA Jabatan Kimia tidak diakreditasi kerana mereka tiada sijil akreditasi ISO 17025.

Ia sebaliknya hanya diakreditasi oleh ASCLAD di bawah Legacy Programme.

12.14 tengahari: Mahkamah berehat untuk makan tengahari dan akan bersambung semula jam 2.15 petang.

2.20 petang: Mahkamah kembali bersidang dan Yusof menyambung sesi soal balas.

2.33 petang: Yusof mendakwa Dr Brian gagal menunjukkan bukti dari transkrip mahkamah Dr Seah yang beliau pernah mendakwa makmal forensik Jabatan Kimia mempunyai akreditasi ISO 17025.

2.34 petang: Yusof mencadangkan kepada Dr Brian bahawa makmal forensik tidak memerlukan akreditasi ISO17025. Dr Brian tidak bersetuju.

2.40 petang: Yusof kembali bertanya kepada Dr Brian tentang analisa DNA Dr Seah.

2.45 petang: Yusof menyoal Dr Brian tentang kemerosotan DNA sel sperma yang berlaku dalam analisa DNA Dr Seah.

3.21 petang: Ram Karpal bangkit membantah beberapa soalan Yusof kerana menurutnya Dr Brian ditanyakan soalan-soalan tentang perkara yang jawapan asalnya datang daripada Dr Seah.

3.40 petang: Yusof bertanya jika Dr Brian bersetuju kemerosotan (degradation) tidak penting selgi mana DNA boleh dilihat. Dr Brian tidak bersetuju.

3.50 petang: Dr Brian berkata DNA tidak akan merosot jika ia dianalisa dalm masa 10 minit selepas diambil dari dubur.

3.54 petang: Yusof selesai menyoal balas.

3.55 petang: Mahkamah ditangguhkan ke esok jam 9 pagi.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH