Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kemerdekaan. Papar semua catatan

, , , ,

Isnin, 16 September 2013

“Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan” - Bekas Ketua Pengarang Utusan



[TMI] Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar).

Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.

"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.

"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.

"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.



,

Khamis, 27 Oktober 2011

Sami Tibet BAKAR Diri

Sekadar hiasan.
Menurut sebuah kumpulan hak asasi British, seorang lagi sami Buddha Tibet membakar dirinya sebagai protes terhadap pemerintahan China di wilayah Himalaya. Kejadian ini merupakan kesepuluh melibatkan sami Buddha di wilayah itu. 

Kumpulan Bebaskan Tibet yang berpangkalan di London menyatakan bahawa sami Buddha itu membakar dirinya di luar sebuah tokong di daerah Sichuan Selasa lalu. 

Lanjut, sila baca di sini.





, , ,

Rabu, 21 September 2011

Isu Mat Indera/Bukit Kepong: Mat Sabu Yakin MENANG, Peguam Anggap Kes KARUT


Saya petik:
[HD] BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

 P/s: Banyak sangat jadi tidak SIUMAN sejak Mat Sabu bongkar sejarah silam!


, ,

Ahad, 18 September 2011

Waris Dol Said/Tuk Janggut/Mat Kilau Dakwa Datuk/Moyang Mereka TIDAK Diberi Penghargaan, Logiklah Kalau Ikut Situasi Sekarang



Selepas kisah Mat Indera menghangatkan suasana dan menghangitkan sejarah negara, timbul aduan waris mata-mata di Bukit Kepong tidak menerima pencen dan bantuan. Bayangkan kerajaan dan UMCO berkokok membela mata-mata ini, namun tidak pernah memperdulikan kehidupan waris mereka. Kalau anda rajin berfikir, sudah tentu anda dapat mengagak wayang yang ditayangkan oleh puak ini. Lagi hebat, seminggu selepas mengadu di surat khabar, isu pencen berjaya diselesaikan. Berpuluh tahun mengadu dan mengharap, masalah yang ditimbulkan hasil kontroversi ceramah Mat Sabu berjaya diselesaikan dalam masa SEMINGGU.

Kini timbul pula dakwaan waris Datuk Dol Said bahawa  kerabat Naning itu tidak pernah menerima pengiktirafan selepas Inggeris memansuhkan Naning pada 1832. Abu Hussin Datuk Mangun Ibrahim, 70, yang juga oneng-oneng (generasi ke-5) Dol Said berkata, Naning pernah berjasa mempertahankan tanah air pada masa dulu, justeru pihak berkenaan wajar memberi sedikit imbuhan kepada kerabat Naning yang masih ada seperti yang dilaporkan di HM.

Menurutnya, kekuatan Naning ketika itu diakui pihak Belanda yang pernah berperang dengan Naning selama 10 tahun. Beliau berkata, ketika Inggeris mahu menyerang Naning, Belanda memaklumkan kepada Inggeris bahawa Naning kuat dan bukan sembarangan orang walaupun hanya menggunakan senjata keris, pedang, tombak dan batu yang dilontar menggunakan tali.

“Bagaimanapun, Inggeris pada masa itu tidak percaya dan yakin boleh mengalahkan Naning dalam tempoh satu hari kerana memiliki senjata lebih canggih seperti senapang dan meriam.

“Pada 1829, Inggeris menghantar 40 askarnya dari Melaka ke rumah Dol Said bertujuan membawanya ke Melaka untuk berbincang, namun beliau enggan menuruti. Ketika itu Dol Said berada di atas rumah dan askar Inggeris memanggilnya turun, tetapi beliau enggan.

“Ini membuatkan askar Inggeris naik ke rumah Dol Said untuk memaksanya turun serta mengikuti mereka. Bagaimanapun, Dol Said bertempur dan menewaskan semua askar Inggeris,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah, di sini.

Dalam akhbar yang sama turut dilaporkan tentang Mat Kilau dan Tuk Janggut.  Cicit saudara pejuang kemerdekaan (UMCO akui fakta ini?), Tok Janggut kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Darang Buaya, Gaal, kerana penyakit akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu tanpa mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Selain menderita sakit lumpuh separuh badan, Sulaiman Ismail, 80, dihimpit kemiskinan dan perlu memakai lampin pakai buang selepas isterinya, Halimah Muda, 74, semakin uzur untuk menguruskannya.

Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dua anak saudara yang dipelihara sejak kecil, Wan Yusof Wan Ahmad, 24, dan Noriza Mamat, 39, membantu Halimah dalam menguruskan Sulaiman.
Selain Sulaiman, abangnya, Hassan, 85, kini terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal.

Sulaiman berkata, dia dan Hassan tidak mahu dilabelkan sebagai ‘penumpang populariti’ datuk saudara mereka kerana arwah ayah mereka, Ismail, antara cucu saudara paling disayangi Tok Janggut. Katanya, sepanjang hayat ayahnya, ramai individu, pengkaji sejarah termasuk pihak muzium datang berkunjung ke rumahnya bagi mengkaji perihal kehidupan Tok Janggut, selain turut menjanjikan pelbagai bantuan.

“Namun sehingga kini tiada bantuan dihulurkan, menyebabkan hidup kami berdua ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Manakala waris Mat Kilau pula mendakwa rumah peninggalan pejuang Pahang, Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohamad Rasu Abdul Salam di Kampung Batu Lima Jalan Gambang, di sini, terlalu usang dan banyak tiang serta papan dinding dimakan anai-anai.

Cucu Mat Kilau, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 45, berkata Allahyarham datuknya hanya meninggalkan sebilah keris yang digunakan untuk menentang Inggeris, sebuah rumah dan beberapa peralatan kecil lain.

“Pengorbanan dan semangat perjuangan tulen pada diri datuk saya harus dikenang. Beliau contoh rakyat yang sayang dan cintakan bangsa, negara dan agama.

“Jika insan seperti Allahyarham serta beberapa tokoh lain tidak dihargai, kita sebenarnya tergolong dalam kategori manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur,” katanya.

DCM tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh warisMat Kilau, iaitu setiap kali mendengar ada penyanyi atau pelakon atau tokoh sukan diberikan bintang kebesaran walaupun selepas meninggal dunia, sedikit sebanyak timbul juga rasa terkilan di hatinya kerana belum pernah ada ‘gelaran’ diberi kepada Mat Kilau begitu juga pejuang kemerdekaan yang lain walaupun jasa mereka tidak mungkin dapat dibalas oleh mana-mana pihak sekalipun.

Mengapa pengorbanan mereka TIDAK DIPANDANG oleh kerajaan? Kalau ikut kepada situasi sekarang, logiklah mereka TERPINGGIR atau DIPINGGIRKAN kerana semua pejuang yang kita anggap WIRA ini telah MEMBUNUH askar penaung/pelindung Tanah Melayu (menurut prof kang kung). Lagi teruk mereka MEMBUNUH askar pihak yang DIJEMPUT oleh sultan-sultan Melayu (menurut Che Det). Pejuang-pejuang yang mengangkat senjata ini juga telah membunuh salah orang, jika menurut pemahaman penyokong UMCO, British TIDAK PERNAH menjajah Tanah Melayu. Sudah tentu, membunuh askar/tali barut/pekerja BRITISH merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima!!!

Bayangkan betapa teruknya Mat Indera DIHINA/DIFITNAH oleh penyokong tegar UMCO sebagai pengkhianat dan komunis hanya kerana menyerang rumah pasung milik British semasa Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada tahun 1950, tujuh tahun sebelum negara "Merdeka". Beranikah penyokong tegar UMCO yang terdiri daripada prof kang kung, pemimpin melabelkan Mat Kilau, Tuk Janggut, dan Dol Said sebagai bukan pejuang kemerdekaan negara?- DCM


P/s: Berdasarkan buku teks Sejarah, pejuang kemerdekaan seperti Tuk Janggut, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela dan sebagainya dilabelkan sebagai pejuang yang menentang PENJAJAH British, tiba-tiba Mat Indera yang membuat perkara yang sama dilabel pengkhianat. Walhal Tuk Janggut dan pejuang kemerdekaan yang lain pun ada membunuh mata-mata British berketurunan Melayu!

UMCO..UMCO...lawak sungguh gelagat kamu semua!



,

Rabu, 14 September 2011

[Wajib Baca] "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya" - Pak Majid


Saya petik:

[Pas Perak/BGM] IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". 
"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".
 
Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.
Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung,
Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.
Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.
Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.
"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.
Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.
Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.
"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.
Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.
"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.
"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.
Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.
Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

P/s: Terburai lagi tembelang dan temberang UMCO dan konco-konconya!!!


* Saya terima komen, mungkin daripada pemilik artikel (mungkin orang yang ada kaitan dengan artikel) ini yang mengingatkan fasal kredit. Saya lewat meletakkan kredit kerana mencari sumber asal. Namun artikel ini tidak dikreditkan atas nama DCM. Saya ada sertakan frasa "SAYA PETIK". Sudah menjadi polisi DCM meletakkan sumber berita walaupun berita itu diambil dari akhbar luar negara. DCM jarang-jarang terlupa meletakkan sumber artikel. Sila lihat arkib.



, ,

Isnin, 12 September 2011

Perjanjian Pangkor dan Kesannya kepada PENJAJAHAN BRITISH dalam Pentadbiran di Tanah Melayu


Saya petik dari Wikipedia. Fakta yang ditulis di sini dikutip dari tulisan sejarah, teks sekolah, dan sumber lain. Poinnya adalah untuk menunjukkan bagaimana besarnya "penjajahan British" dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada waktu itu yang cuba diputarbelitkan sekarang.

Cuba perhatikan:

Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh Pihak British dengan Sultan Abdullah, Sultan Perak.
  • Perjanjian Larut memberikan pengiktirafan kepada Raja Abdullah sebagai Sultan Perak, bagi menggantikan Sultan Ismail.
  • Sultan Ismail yang dilucutkan gelaran Sultan diberikan gelaran Sultan Muda dan diberikan pencen bulanan $1,000 dan diberikan satu kawasan jajahan baginya.
  • Ngah Ibrahim kekal menjadi Orang Kaya Menteri Paduka Tuan dan berkuasa ke atas Jajahan Larut, tetapi kuasanya disekat dan tidak bebas seperti sebelumnya. Pihak British akan melantik Penolong Residen untuk membantu beliau mentadbir jajahan Larut.
  • Pihak British akan melantik seorang Residen untuk menasihati Sultan dalam semua aspek pentadbiran negeri kecuali perihal agama Islam dan adat resam Melayu. 
  • Bayaran gaji Residen akan dibiayai oleh Sultan Perak, dan nasihat Residen mesti diperolehi dan diikuti oleh Sultan dalam semua perkara pentadbiran negeri kecuali perihal agama Islam dan adat resam Melayu. Sultan akan menyediakan sebuah tempat tinggal kepada Residen.
  • Kutipan Cukai tidak lagi boleh dibuat oleh pembesar-pembesar Melayu tempatan. Residen British akan bertanggungjawab untuk mengutip dan mengawal semua kutipan cukai dan perbelanjaan wang cukai - that the collection and control of all resources and the general administration of the state should be regulated under the advice of the Resident. (W. G. Maxwell and W. S. Gibson, Treaties and Engagement Affecting the Malay States and Borneo (London, 1924)
  • Oleh kerana pembesar-pembesar Melayu tidak lagi boleh membuat kutipan cukai, mereka akan diberikan pencen bulanan oleh kerajaan negeri.
  • Wilayah Dinding diserahkan kepada pentadbiran oleh pihak British dan menjadi wilayah takluk Negeri-negeri Selat. Dinding diambil alih oleh pihak British kerana mahu menyelesaikan masalah lanun yang mengambil perlindungan di dalam hutan bakau dan gua-gua di sekitar kawasan Dinding.

Kesan Perjanjian Pangkor

Pembesar-pembesar Melayu sebenarnya terperangkap dengan Perjanjian Pangkor. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan mengikuti terma yang dituntut oleh pihak British ke atas Sultan Perak (dan ke atas pembesar-pembesar Melayu). Sultan Perak dan pembesar-pembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah salah faham mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada Sultan dan bahawa boleh Sultan mengetepikan nasihat yang diberikan oleh Residen. Punca salah faham adalah dalam penterjemahan 

Artikel VI Perjanjian di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Article VI (Bahasa Inggeris)
That the Sultan receive and provide a suitable residence for a British Officer to be called Resident, who shall be accredited to his Court and whose advice must be asked and acted upon on all questions other than those touching Malay Religion and Custom.

Artikel VI (mengikut fahaman Sultan Abdullah)
Sultan akan menerima dan menyediakan satu tempat tinggal yang bersesuaian untuk seorang Pegawai … yang diberikan gelaran Residen British. Sultan Perak diperlukan merujuk kepada beliau di dalam semua perkara dan pentadbiran negeri Perak dan dia (Residen British) tidak boleh masuk campur dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

Walaupun pada asalnya Sultan Abdullah berfahaman bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat sahaja kepada Sultan, tanggapan itu nyata salah apabila Residen British menjadi pentadbir sebentar negeri Perak. (Khong Kim Hoong, Merdeka! British Rule and the Struggle for Independence in Malaya 1945-1957, SIRD, 1984)

Sultan Ismail tidak menerima syarat-syarat Perjanjian Pangkor, khususnya perlantikan beliau sebagai Sultan Muda dengan berikan pencen dan kawasan kecil sebagai jajahan warisan keluarganya. Perjanjian ini juga mengikiskan kuasa autonomi yang diberikan kepada Ngah Ibrahim sebagai Menteri Larut dengan perlantikan 

Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen khusus untuk Larut.

Sir Andrew Clarke dilihat sebagai melebihi mandat kuasa yang diberikan kepadanya. Sir Peter Benson Maxwell mengkritik tindakan British dalam tulisannya Our Malayan Conquest. Sir Andrew mempertahankan tindakannya dengan alasan Ia perlu dilakukan untuk menjamin keamanan di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan British. Sir Andrew juga mendapat sokongan padu daripada kerajaan British di London dan juga daripada kumpulan pedagang-pedagang di Negeri-Negeri Selat.

Kepentingan Perjanjian Pangkor

Perjanjian Pangkor membuka jalan untuk campur tangan British di Tanah Melayu dengan menggunakan Sistem Residen bagi membolehkan pemerintahan British. Sistem Residen memberikan gambaran bahawa pembesar-pembesar Melayu masih memegang kuasa pemerintahan, pada hal kuasa pemerintahan sebenarnya berpindah kepada Residen.

Sistem Residen sebenarnya adalah sistem pemerintahan secara tidak langsung yang membolehkan British bertapak di Negeri-Negeri Tanah Melayu. Walaupun Sultan masih menjadi ketua negeri, dia tidak lagi menjadi ketua kerajaan. Kini kuasanya dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan agama dan adat resam Melayu sahaja. Sultan wajib menerima nasihat di dalam semua perkara pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dan dengan itu nasihat yang diberikan sebenarnya adalah arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan berkenaan.

Sistem Residen yang dilaksanakan adalah halus tetapi berkesan. Ia digunakan sebagai model untuk membolehkan campur tangan British di negeri-negeri Melayu terutamanya di Selangor, Negri Sembilan dan Pahang.

 Profesor sejarah, tokoh sejarah, atau anda masih mahu berbicara SOAL TEKNIKAL dalam isu PENJAJAHAN British di Tanah Melayu? Anda masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Tanah Melayu dijajah oleh British? Silakan!

Melalui Perjanjian Pangkor, Inggeris jelas memperbodohkan orang Melayu dan merampas kuasa sultan Melayu melalui putar belit mereka. Hari ini sekutu mereka terus memutar belit fakta untuk memperbodohkan orang Melayu! - DCM
  

P/s: Soalan cepu emas, semasa penjajahan British, kuasa sultan dihadkan kepada urusan agama dan adat, maaf cakap, cuba perhatikan situasinya hari ini! Apakah peranan sultan pada hari ini? 


* Komen/ulasan spontan ini berdasarkan pemahaman sejarah yang diajarkan selama ini.






Dari Arkib Negara: Artikel tentang Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu JELAS Menyatakan British PENJAJAH

Sumber: Arkib Negara Malaysia (ANM)
Baru-baru ini Prof Emeritius Khoo Kay Kim membangkitkan soal teknikal apabila mengatakan hanya Pulau Pinang dan Melaka sebagai koloni British dan negeri-negeri lain hanya negeri naungan British. Kenyataan itu disangkal oleh Prof Aziz Bari: [KD] ...Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.

“Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.

“Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir,” kata beliau.

“Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang,” katanya lagi. 

Saya sependapat dengan Prof Aziz, cuba perhatikan peranan residen Inggeris di negeri-negeri Melayu selepas Perjanjian Pangkor. Mereka begitu berkuasa walaupun hanya dilantik sebagai penasihat. Kuasa sultan dan raja pada waktu itu "dirampas" oleh pegawai British melalui manipulasi butiran perjanjian tersebut. Semua urusan pentadbiran negeri di bawah seliaan dan pemantauan British, sultan hanya berperanan dalam soal agama dan adat sahaja. Saya ulang, sultan hanya berperanan dalam soal agama dan adat sahaja. Hal ini antara lain telah  mendorong berlakunya pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak. Antara punca pembunuhan residen Inggeris ini dibunuh mengambil alih peranan pembesar/kuasa raja dalam isu cukai. Mengapa hal itu berlaku? Semuanya gara-gara Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.

Cuba baca sumber ANM di bawah ini:
PERJANJIAN KEMERDEKAAN PESEKUTUAN TANAH MELAYU DITANDATANGANI 
 
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak baginda Queen Elizabeth II pada 5 Ogos 1957.  Upacara  bersejarah yang berlangsung di King’s House, Kuala Lumpur ini menyaksikan seramai 15 orang penandatangan utama yang terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, lapan orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan lima orang Pembesar yang berkuasa dari Negeri Sembilan (selain daripada Yang di-Pertuan Besar) serta saksi-saksi kepada penandatangan-penandatangan telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 salinan dalam Bahasa Melayu dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan pena khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957.  Menurut Artikel 3 perjanjian ini, menyatakan bahawa mulai 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat akan ditubuhkan menjadi satu Persekutuan Melayu baru yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu atau dalam Bahasa Inggerisnya, The Federation of Malaya. Perjanjian ini mula berkuatkuasa ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 apabila Duke of Gloucester dengan rasminya mengugurkan kuasa dan wibawa PENJAJAH British.
 Perhatikan frasa...menggugurkan seluruh kuasa dan wibawa PENJAJAH BRITISH di seluruh Persekutuan Tanah Melayu...Perjanjian di atas juga melibatkan raja-raja Melayu. Logik mudahnya, adakah kita tidak dijajah walhal urusan pentadbiran negeri dipantau atau diselia dan ditentukan oleh British melalui pegawai dan residennya? - DCM

* Komen/ulasan spontan ini berdasarkan pemahaman sejarah yang diajarkan selama ini.

, ,

Ucapan Tunku, Che Det, Pak Lah, dan Najib BUKTI Malaysia Pernah DIJAJAH!

Upacara menurunkan Union Jack di Melaka.

Saya petik:

[Pulakdah!] Ucapan Tunku Abd Rahman ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britain; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...” (Thus today a new chapter opens in our relationship with Britain; our colonial status has given place to full equality)

Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada tahun 1982, setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”


Dalam Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia juga termasuk sebagai negara Komanwel. Apakah maksud Komanwel?. Menurut maklumat yang diperolehi dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, “menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung." Laman itu juga menyebut, “reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awal abad ke-20.”

Malah Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga ada menyebut soal British dan penjajahan, “sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri-negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.”

“Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.


“Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana kemelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali,” kata bekas perdana menteru keempat ini.

Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, “di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem kerajaan di Britain, `’King’ atau ‘Queen’ mereka mesti menerima nasihat kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru-baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.”

Perkara yang sama ditekankan dalam perutusan Hari Kebangsaan 2000. Kata Dr Mahathir, “berbanding dengan tempoh kita dijajah, kemerdekaan kita bukanlah lama. Empat puluh tiga tahun adalah amat pendek berbanding dengan lebih kurang 450 tahun kita dijajah. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita dijajah oleh Belanda, British, Jepun dan juga Siam. Inilah sejarah kita yang terhina dan memalukan.”

Malah katanya, “bagi anak watan nasib mereka adalah lebih buruk. Penjajah mengetepikan mereka dengan memilih jalan mudah membawa masuk orang luar untuk bekerja dan berniaga di Negeri-negeri Melayu. Dengan itu anak watan menjadi rakyat yang termiskin, rakyat kelas dua di negeri-negeri sendiri. Pada suatu masa bilangan mereka kurang daripada kaum pendatang.”(menurut dokumen rahsia kerajaan Britian pada 1948, ketika itu kaum Melayu seramai 2,200,000 kurang berbanding kaum Cina seramai 2,600,000. Kaum India pula seramai 600,000)


“Walaupun British berhak hanya menasihati Raja-raja Melayu, tetapi mereka mengambil alih sepenuhnya kuasa pentadbiran. Demikianlah apabila kita meminta pertolongan orang asing, kita hilang hak sama sekali. Segala urusan yang penting dibolot oleh orang asing sehingga orang Melayu hilang kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri. Mereka tidak pernah secara serius dan terancang mencuba untuk membebaskan negeri-negeri mereka.”

Ucapan dasar Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung Umno 2001 berkata, “penubuhan Umno sebagai parti politik pada tahun 1946 menandakan tamatnya hampir 450 tahun bangsa Melayu dan negeri-negeri Melayu dijajah. Sebelum ini siapa sahaja boleh menjajah orang Melayu. Mereka tunduk kepada sesiapa sahaja. Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam pun semuanya diterima dan dihormati oleh orang Melayu sebagai tuan kepada mereka.

“Orang Melayu di zaman penjajah tidak bermaruah dan tidak bersemangat. Mereka anggap diri mereka sebagai manusia kelas dua dan mereka sedia menyerah apa sahaja kepada orang lain yang mereka percaya lebih berkebolehan daripada mereka. Pentadbiran negara, perniagaan dan perusahaan, kerja biasa pun semuanya diserah kepada orang asing.”

Dalam ucapan terakhir sebagai presiden Umno pada 2003, Dr Mahathir berkata, “kita telah dijajah oleh tiga kaum Eropah. Selama 450 tahun, kita telah berada di bawah pemerintahan penjajah. Sekarang kita dan negara-negara Asia yang lain berhadapan dengan kemungkinan dijajah sekali oleh mereka.”

Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”

Dalam ucapan dasar Perhimpunan Umno 2007, kata beliau, “rasa bimbang, rasa takut dan rasa terancam dalam minda Melayu berlaku apabila orang Melayu tidak mempunyai persediaan yang cukup. Selagi orang Melayu berfikiran kecil, selagi itulah orang Melayu berasa gentar kepada perkataan meritokrasi. Merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya, adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu, bermula dari era penjajahan.”

Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.”

“Pascakemerdekaan kemudiannya menyaksikan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan arah tuju tanah air yang satu ketika dahulu berada di dalam genggaman penjajah telah beralih ke tangan anak watan,” kata beliau. 



, ,

Ahad, 11 September 2011

Susulan Kenyataan "Malaysia Tidak Pernah Dijajah": Profesor Keliru, Kemudian Kelirukan Orang Lain


Selama lebih 50 tahun, seluruh negara menyambut Hari Kebangsaan/Merdeka pada 31 Ogos untuk apa? Saja-saja, berlakon? BINGAI!!!

Saya petik:
[MK] Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.
Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...-Prof Dr Aziz Bari


P/s: Hujah paling BANGANG abad ini! Orang tamat sekolah rendah pun boleh membidas idea ini berdasarkan logik akal. Bukan setakat keliru, mereka sanggup menjadi bingai dan menjatuhkan kredibiliti semata-mata mahu mempertahankan UMCO!


Berkaitan:
[MK] Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar “ada bahaya dari gunung” merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta'rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

, ,

Sabtu, 10 September 2011

FAKTA Kemerdekaan yang Cuba Disembunyikan


Saya petik:

[TukarTiub] British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH