Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Aziz Bari. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 18 September 2014

Perjanjian Air yang Ditandatangani TSKI Boleh Dipertikai Kerana...




[Harian Metro] Shah Alam: Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari mendakwa segala keputusan atau perjanjian yang ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang beliau hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dipertikaikan.

Menurutnya, ia termasuk perjanjian air yang baru ditandatanganinya 12 September lalu kerana selepas Abdul Khalid kehilangan sokongan majoriti, beliau sudah tidak boleh membuat sebarang keputusan berkaitan pentadbiran negeri.

“Mengikut peraturan, sebaik saja beliau (Abdul Khalid) kehilangan sokongan majoriti itu, beliau wajib meletakkan jawatannya dan tiada sesiapa boleh memberikan arahan supaya beliau meneruskan tugasnya kerana sokongan majoriti sudah tiada.

“Jadi, apa saja keputusan yang dibuat beliau sama ada perjanjian air, atau apa saja walau dalam mesyuarat EXCO sekalipun, akan ada komplikasi terhadap keputusan itu kerana ada yang anggap beliau mentadbir Selangor secara haram (tanpa sokongan majoriti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam program sebuah wacana berjudul Kerusi Panas MB Selangor di sini, semalam.

Turut hadir sebagai ahli panel, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Dr Abdul Aziz, status Abdul Khalid patut dipersoalkan kerana jelas beliau kehilangan sokongan majoriti yang bermakna DUN hilang kepercayaan terhadapnya.

Terdahulu, Abdul Aziz ketika menjawab soalan moderator wacana itu Dr Maszlee Malik berkenaan sejauh mana kuasa raja dalam menentukan kerusi menteri besar, beliau berkata, jika mengikut undang-undang perihal menukar kerajaan adalah perihal parti dan ia adalah hak DUN dan bukannya hak istana. -Na’imah Mohamed/18/9/14


,

Selasa, 9 September 2014

Tidak Salah Ingkari Titah Sultan - Aziz Bari



[Mstar] KUALA LUMPUR: Mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis berpanjangan membabitkan perlantikan menteri besar yang baharu bukan perbuatan jenayah.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang.

"Derhaka bukan satu kesalahan. Tak seperti di Thailand kerana mereka ada satu akta, sesiapa yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum.

"Itu undang-undang mereka, tapi di Malaysia tidak ada. Jadi itu hak pihak yang berkenaan untuk menderhaka (menghukukm) sesiapa supaya menjadi 'katak' atau apa sahaja," katanya di sini.


Kenyataannya itu dilihat merujuk kepada perkembangan terbaharu politik di Selangor apabila Sultan Sharafuddin menzahirkan kedukaan baginda terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum terbuka bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam.

Abdul Aziz menjawab kepada soalan penonton yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor mengikut Perlembagaan dalam melantik seorang menteri besar.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi, tidak wujud istilah 'kuasa mutlak' oleh seseorang raja atau sultan.

"No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.

"Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?" soalnya yang dilihat merujuk kepada kuasa budi bicara Sultan Selangor dalam perlantikan menteri besar.

Sebelum ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda supaya setiap parti Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon adalah benar mengikut Perlembagaan.

Menurut Mohamad Munir ia selaras dengan diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyebut Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun Abdul Aziz ternyata tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor berhubung permintaan supaya mengemukakan lebih banyak nama calon berbanding hanya satu calon tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.

Katanya, pihak istana seharusnya tidak mencampuri urusan parti politik termasuk dalam perlantikan dan proses penggantian ketua eksekutif negeri mahupun Persekutuan.

"Di selangor sudah ada 30 orang Adun (menyokong Dr Wan Azizah) dengan SD (Akuan Bersumpah). Apa lagi (yang diperlukan)? Pertama kali dalam sejarah Malaysia orang menyatakan sokongan majoriti dengan SD.

"Bila tuanku mengeluarkan perintah mahukan nama lain, pada saya ini tidak ada...ini salah dari segi Perlembagaan. Yang mutlak hanya Allah. Manusia biasa tak kira sesiapa boleh buat salah, dan pada saya mintak nama (lain) setelah Dr Wan Azizah ada 30 majoriti itu salah.

"Sekarang di Selangor, (sultan) perlu mendengar parti (yang mempunyai) majoriti kerana (proses) menentukan kerajaan adalah kerja parti," katanya. - ARIFFUDDIN ISHAK/9/9/14



,

Isnin, 8 September 2014

Kelayakan MB Hanya Sokongan MAJORITI - Aziz Bari


[Malaysia Kini] Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).


“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya.

Malah, Aziz berkata, syarat bahawa menteri besar harus seorang Melayu dan Islam juga boleh diketepikan bagi memilih calon mendapat sokongan majoriti.

Aziz mengulas kenyataan istana yang menyebut sultan akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan Rakyat sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. -8/9/14

P/s: Apa pandangan Faekah, SU TSKI?


Pandangan Lain:

,

Sultan Selangor Terikat Deklarasi 1992, Perlu Lantik Wan Azizah - Aziz Bari


Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri mengatakan baginda perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam melantik menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2014.

[The Malaysian Insider] Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan Selangor perlu melantik calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) kerana terikat dengan deklarasi pada 1992.

Kata Aziz, menurut Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri, baginda perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam melantik MB.

"Kandungan tersebut mengikat baginda hingga hari ini. Tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut, tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya.

"Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi, (membelakangi) perlembagaan itu sendiri," katanya.

Deklarasi tersebut ditandatangani sebelum ini bersama enam Sultan lain.

Minggu lepas, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta lebih daripada dua nama sebagai calon MB baru.

Menurut setiausaha sulit Sultan Selangor, peruntukan mengikut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan MB bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dua nama daripada parti-parti PR sebagai calon MB bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak."

Pakatan mengemukakan nama Dr Wan Azizah ke istana walaupun PAS, salah satu parti komponen, memilih menghantar lebih dari satu nama calon MB.

Sehingga kini Dr Wan Azizah masih menunggu untuk diperkenan menghadap Sultan.

Adun Kajang itu mendapat sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat dalam DUN untuk memegang jawatan tertinggi di negeri terkaya di negara ini. – JENNIFER GOMEZ/1 September, 2014.

Pandangan Lain:

, , ,

Khamis, 3 Mei 2012

Dr Aziz Bari Ceritakan Pengalamannya Ditangkap, Dimaki Polis Semasa BERSIH 3.0


Saya ditahan sekitar jam 3:50 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ.

Penguat kuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasukan polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini. -Dr Aziz Bari

, , , ,

Khamis, 12 Januari 2012

[PANAS] Aziz Bari SAMAN Zul Kulim dan Utusan Malaysia

 
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Jan — Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari telah memfailkan saman hasutan ke atas Ahli Parlimen dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Abdul Aziz menamakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifili Noordin, yang merupakan seorang peguam dan Ketua Editor Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, dan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Messrs Mohamed Hanipa & Associates kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 22 Disember tahun lalu.

Salinan laporan tersebut hanya dikemukakan kepada media hari ini.

Peguam Abdul Aziz (gambar), Azhana Mohd Khairudin, memberitahu pemberita, timbalan pendaftar mahkamah, Norhatini Abdul Hamid telah menetapkan 10 Febuari untuk pengurusan kes selepas pertemuan hari ini.

Plaintif mendakwa, pada 17 Oktober 2011, Zulkifli telah mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadapnya yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia keesokan harinya.

Abdul Aziz mendakwa perkataan tersebut merujuk dengan jelas kepadanya kerana namanya disebut di dalam artikel berkenaan.

Katanya, maksud perkataan tersebut adalah dia merupakan antara profesor undang-undang dan individu yang biadap dan tidak layak menjadi pensyarah undang-undang.

Aziz menuntut kerugian am, tauladan, dan ganti rugi teruk yang menuntut permohonan maaf serta penarikan balik kenyataan tersebut daripada defendan.



P/s: Terkucil dalam seluor le Yop kaki gebang!




,

Isnin, 2 Januari 2012

Ezam TUDUH, Aziz Bari JAWAB Tuduhan Melulu Ezam



Tuduhan melulu dan bermotif politik Raja Sesumpah itu boleh ditonton di bawah ini:




Respons dan Penafian Dr Aziz Bari di bawah ini:

[AntaraPos] SHAH ALAM, 2 JAN : Pakar Undang- undang, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menafikan segala tuduhan yang dibuat Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor kononnya beliau adalah pengkhianat agama dan bangsa.

Aziz juga berkata, beliau enggan terjebak dalam pertikaman lidah dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu, yang padanya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuduhnya berbuat sedemikian.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga membidas Ezam yang menuduhnya mendapat tajaan daripada sebuah yayasan di Jerman untuk menghasilkan buku- buku perundangannya.


"Yayasan Jerman apa? Dia kena spesifik dan jelas macamana saya buat buku dan sebagainya. Tetapi saya malas nak layan dia, terpulang pada dia.
"Tak betul fakta itu, dia kena periksa balik. Dia jangan main tuduh saja," tegas Aziz.

Ezam semalam mendakwa Aziz mendapat wang royalti hasil penulisannya terlebih dahulu biarpun buku- bukunya belum dijual dipasaran.

Ezam juga mendakwa Aziz mendapat tajaan daripada sebuah yayasan dari Jerman untuk membiayai kajian dan penyelidikannya sehingga berjaya menerbitkan karya perundangannya.

Yayasan tersebut katanya bertanggungjawab menghimpunkan para intelektual dari seluruh dunia untuk membuat satu ketetapan untuk menyamakan semua agama.

"Dia ada bukti bawalah. Buat apa dia nak lawan saya sebab saya tak nak lawan dia. Itu suka hati dia. Saya taknak layan dia," katanya.

Ezam yang berucap di Perhimpunan Penerangan Perdana di Shah Alam semalam bertindak menyerang Aziz yang kurang 48 jam mengumumkan hasrat beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 akan datang.

Aziz juga enggan melatah apabila Ezam menuduhnya menyerang Sultan Selangor yang menyokong pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara, Ogos lepas.

"Suka hati dialah (Ezam Mohd Nor). Kalau dia faham apa dia cakap atau tak faham suka hati dia. Saya tak mahu layan dia. Dia boleh cakap apa yang dia suka," katanya.

Ezam sebaliknya mempertahankan tindakan Umno mengkritik institusi istana kononnya kerana mahu mempertahankan imej institusi itu.

Ketika ditanya AntaraPos.com, Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyaman Ezam jika tuduhan terhadapnya terlalu tersasar dari kenyataan sebenar.

Minggu lalu, Aziz mengesahkan beliau berbesar hati untuk bertanding pada PRU akan datang namun enggan berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti.

Beliau sebaliknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen semata- mata.


P/s: Mengarut!!!

, ,

Jumaat, 30 Disember 2011

[Kemas Kini] Prof Dr Aziz Bari: Saya Ditawarkan Bertanding BUKAN Tawar Diri Sebagai CALON Pakatan Rakyat dalam PRU 13

Saya petik:

[Antarapos] SHAH ALAM, 30 DIS : Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari hari ini membayangkan beliau akan menerima perlawaan parti komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu menegaskan beliau tidak mahu berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti, sebaiknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen.

Aziz berkata beliau bersedia membantu memartabatkan sistem dua parti di negara ini, khususnya dalam proses penggubalan dan perbahasan undang-undang di Dewan Rakyat.

" Saya nak sebut, saya hendak masuk (menjadi calon) apabila sudah hampir Pilihan Raya Umum. Saya bukan masuk politik sebab nak jadi Ketua Cabang, Ketua Bahagian atau Ketua Kawasan, saya bukan hendak masuk politik dalam konteks itu.

" Saya kalau hendak masuk (politik) pun, saya hendak bertanding sahaja dan itu tidak semestinya (dengan menjadi) orang parti. Cuma kalau parti terima saya dan mereka mempromosikan saya sebagai seorang calon, saya sanggup.

" (Saya masuk) dalam konteks untuk mencari perubahan, tapi bukan dalam konteks untuk menjadi laksamana. Jadi, bahasa masuk politik itu kena faham lah. Bukan maksud saya hendak berebut macam orang parti, hendak tubuh cawangan, bawa pengundi hantu, bukan macam itu,"tegas beliau.

Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik beliau sebagai menawarkan diri bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat.

" Saya tidak tawar diri, saya ditawarkan," jelas Aziz kepada antarapos.com.

" Kalau menawarkan, saya pun tidak mahu. Kalau bergaduh untuk dapatkan kerusi, buat apa. Tak ada kerja," ujarnya.

Aziz berkata beliau mendokong perjuangan Pakatan Rakyat tetapi menegaskan beliau tidak mahu terjebak dalam politik dalaman mana-mana parti.

Pemuda Pas sebelum ini mengundang Aziz secara terbuka untuk menyertai parti itu dan kenyataan beliau hari ini mengesahkan dirinya juga dipancing oleh Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

" Saya komited kepada idea untuk memperkasakan sistem dua parti dan yang keduanya, saya setuju dengan komitmen Pakatan Rakyat kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kepada apa yang mereka tawarkan dalam Buku Jingga," kata beliau.

Laporan di blog-blog menyebut Aziz kini aktif "berkempen" di kawasan Sabak Bernam, Selangor.

Ditanya mengenai kesahihan berita itu, Aziz berkata,"saya percaya kepada politik dan di dalam politik, kita kena balik ke akar umbi, jadi lebih baik kembali ke kawasan asal kita,"katanya.  Beliau berasal daripada kawasan itu.

Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan sekali lagi bertanding kerusi itu pada pilihanraya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin daripada PKR  yang mendapat 10,720 undi.

Aziz mencetus kontroversi apabila mengulas tindakan Sultan Selangor bersabit  pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang sering muncul di pentas pembangkang digantung tugas sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum  mengambil keputusan untuk meletak jawatan yang berkuat kuasa esok.

Aziz berkata persekitaran kampus dan keadaan politik semasa mengekang beliau untuk sebagai pensyarah dalam memberikan pandangan secara bebas dan berilmiah mengenai isu-isu penting.

Pengkritik beliau, menyifatkan Aziz sebagai menaruh cita-cita politik dan lantang menggesa beliau supaya terus menjadi ahli politik sepenuh masa.


* Artikel asal saya petik daripada Mstar dengan tajuk Aziz Bari Tawar Diri Jadi Calon PR. Berdasarkan kenyataan Dr Aziz, artikel di atas lebih tepat.


P/s: Pilihan yang tepat!



Jumaat, 9 Disember 2011

Aziz Bari TINGGALKAN UIA


Saya petik:
[SH] DUNGUN – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.

Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.

Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.

“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,
” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.

Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.


P/s: Kerana tekanan politik, UIA kehilangan "aset" yang berharga.

,

Sabtu, 22 Oktober 2011

Rektor UIA Didakwa Berbohong tentang Penggantungan Dr Aziz Bari


Saya petik:

[MK] Peguam yang mewakili Prof Abdul Aziz Bari berkata kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkaitan penggantungan perkhidmatan pensyarah undang-undang itu selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIAM adalah tidak tepat.

Sebaliknya, kata peguam Dr Zulqarnain Lukman, berdasar surat tunjuk sebab dari UIA, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatan Prof Aziz Baru adalah berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari.

Dr Zulqarnain berkata, beliau telah mendapat arahan daripada anakguamnya untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan yang diberikan oleh rektor UIA itu yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama.

Menurutnya, tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIAM.
"Begitu juga bahawa adalah jelas anakguam tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIAM melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-Undang.

"Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anakguam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini.'

"Akhirnya, anakguam memohon pihak UIAM tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam," katanya.



,

Persatuan Kakitangan Akademik UIA SOKONG Aziz Bari

 
Berikut kenyataan penuh PKA UIAM

[HD] Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur’an: Surah al-Anbiya’ (21:7): “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”.

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini Ini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur’an dalam Surah al-Baqarah (2:111):

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini.

Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.

Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara.

Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam “Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel” yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: “the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education”.

PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia.

Sekian. Terima kasih.

, ,

Jumaat, 21 Oktober 2011

[Gambar] Demo SOKONG Aziz Bari di UIA










Sumber Gambar: MK dan Pelbagai



Demo Sokong Aziz Bari Tegang



[MK] Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.
uia student demosupporting aziz bari"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.



Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

uia student protest in support of aziz bariMereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

uia student protest in support of aziz bariBeliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.





P/s: Soalan cepu emas, berapa anak muda bangkit menyokong temberang profesor kangkung?





,

Khamis, 20 Oktober 2011

AZIZ BARI: Digantung Tugas, Diberi Surat Tunjuk Sebab, Dilarang Masuk UIA, Dilarang Berhubung dengan Pihak yang Ada Kaitan dengan UIA...


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu.

Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.

Aziz (gambar) ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu.

“Saya serahkan kepada peguam saya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu.

“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA.

Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti.

“Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab,” kata Dzulkarnain lagi.

Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA.

“Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak,” kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam.

Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam.

“Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat,” kata beliau lagi.

Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu.

Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama.

Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz.

Aziz sebelum ini dipetik berkata tindakan Sultan Selangor campur tangan dalam isu pemeriksaan gereja terbabit pada 3 Ogos lalu bukan tindakan lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Tidak puas hati dengan kenyataan itu, Ezam dan beberapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan tampil membuat laporan serentak dengan mendakwa Aziz berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Sultan Selangor sebelum itu bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan hasil siasatan Jais tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Ditanya sama ada syarat-syarat yang dikenakan ke atas Aziz terlalu keras, Dzulkarnain berkata, “ya, saya rasa syarat-syarat seperti ini tidak perlu. Beliau tidak mengganggu sesiapa.. ini bukan kes gangguan seksual.”

“Lagi pun beliau ada pelajar-pelajar yang hendak diselia, ada kuliah, ada kelas untuk disampaikan,” katanya lagi.


P/s: DCM sokong Aziz Bari!!!



, , , , ,

Isnin, 17 Oktober 2011

Selain Utusex, Dr Aziz Bari SAMAN Che Det dan Raja Sesumpah


Saya sudah pautkan berita tentang hal ini pagi tadi. Sebagai kemas kini, saya salin dan tampal perenggan yang berkenaan sahaja:

Mahathir, Ezam juga disaman
[MK] ....Sementara itu, Aziz Bari juga berkata akan turut menyaman Dr Mahathir dan bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor berhubung kenyataan mereka yang menyelarnya dalam isu titah Sultan Selangor.

Aziz berkata, perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan peguamnya Hanipa Maidin.

"Berdasarkan pendapat peguam saya, saya rasa kita perlu masukkan Mahathir sekali, berdasarkan apa yang dikatakannya dan dilaporkan di muka depan Utusan (Malaysia) hari ini.

Aziz berkata, notis tuntutan akan dihantar kepada Dr Mahathir dan Ezam pada bila-bila masa pada minggu ini.

Aziz semalam hanya memutuskan menyaman Utusan kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.



P/s: Selain jualan semakin merosot, saya rasa Utusex akan bankrap kerana terpaksa keluar banyak duit untuk bayar saman!

, ,

Aziz Bari SAMAN Pihak Tertentu & JAWAB Awang Selamat/Utusan


Saya petik:

[MK] Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.

Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.

Bagaimanapun apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam memerlukan respon segera supaya pembaca khususnya dan umat Islam amnya tidak terkeliru. Saya berpendapat pembaca berhak untuk mengetahui fakta yang sebenar.

Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.

Dalam makalah ini saya huraikan ruang lingkup Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, khususnya kes Jamaluddin Othman yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada 1989, sebuah kes yang begitu menyulitkan umat Islam.

Tafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.

Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.
Buku-buku

Tentang kedudukan dan peranan Raja-Raja sebagai ketua agama kenyataannya ialah setakat yang saya tahu hanya ada satu huraian mengenai perkara tersebut dan ia adalah tulisan saya sendiri yang dimasukkan dalam buku saya yang berjudul Islam dalam Perlembagaan yang terbit pada 2005.

Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.

Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002.

Saya fikir tulisan-tulisan itu, bersama dengan sekian banyak tulisan dalam buku-buku saya yang lain, sudah cukup untuk memahamkan masyarakat tentang sikap saya kepada kedudukan Islam dan Raja-Raja dalam perlembagaan.

Mereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun (1996-1998) . 

Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum  2008.

Kegilaan Utusan
Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.

Saya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.

Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya.

Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.
Sikap tak konsisten

Ini kerana sewaktu saya terlibat dalam usaha memerangi murtad sekitar 2005 Utusan tidak menunjukkan sikap itu. Dan semenangnya Umno - pemilik akhbar itu pun - tidak mempunyai sikap yang konsisten.

Hatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.

Dalam kes Lina Joy itu pun kelibat Umno dan Utusan tidak kelihatan. Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kata Utusan?

Sikap saya jelas. Bagaimanapun saya juga menjunjung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ini saya tegaskan dalam wawancara saya dengan Mingguan pada akhir 2010, tidak lama selepas bekas exco Perak Ngar Kor Ming dibelasah oleh Utusan - seperti saya sekarang - kerana dikatakan membangkitkan soal peruntukan untuk masjid dan hak orang bukan Islam.

Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara.




Aziz Bari Saman UtuSex

[MK] Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam laporan berkaitan kenyataannya terhadap titah diraja dan isu agama.

"Sebab utamanya kerana Utusan memutarbelit dan pusing kenyataan saya.

"Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kepada Malaysiakini hari ini.

Aziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

"Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya," katanya - ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.

"Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya....




, ,

Aziz Bari: "Siapa Kurang Ajar kepada Raja?"


Saya petik:

[MK] Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.

“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?

“Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 19993,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk “Ehhh....look who's talking?” menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.

Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

“Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.

“Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya),” katanya.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

“Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.

Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.

“Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).

“Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK).”

Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.

Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu,  pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya  memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.




, ,

Ahad, 11 September 2011

Susulan Kenyataan "Malaysia Tidak Pernah Dijajah": Profesor Keliru, Kemudian Kelirukan Orang Lain


Selama lebih 50 tahun, seluruh negara menyambut Hari Kebangsaan/Merdeka pada 31 Ogos untuk apa? Saja-saja, berlakon? BINGAI!!!

Saya petik:
[MK] Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.
Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...-Prof Dr Aziz Bari


P/s: Hujah paling BANGANG abad ini! Orang tamat sekolah rendah pun boleh membidas idea ini berdasarkan logik akal. Bukan setakat keliru, mereka sanggup menjadi bingai dan menjatuhkan kredibiliti semata-mata mahu mempertahankan UMCO!


Berkaitan:
[MK] Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar “ada bahaya dari gunung” merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta'rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

, ,

Khamis, 28 Julai 2011

Pakar Perlembagaan Dakwa SPR BERBOHONG, Ada Kuasa Laksana Tuntutan BERSIH 2.0


 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.

“Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws),” kata Aziz.

Menurut Aziz, tugas SPR sebagai badan mengurus pilihan raya seperti dinyatakan dalam perlembagaan, mempunyai makna luas dan merangkumi semua aspek.

“Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang,” kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.

“Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’,” jelas Aziz.

Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.

“Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada ‘pemain’. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

“(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

“Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil,” tegas Aziz.

Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah, katanya, SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

“Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang.

“Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain.


,

Khamis, 11 Februari 2010

Implikasi "Pagi SELASA yang GELAP"

Boleh Singkir PM Tanpa Undi Tidak Percaya

Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan keputusan mahkamah persekutuan mengenai isu siapa Menteri Besar yang berpihak kepada UMNO Barisan Nasional, membangkitkan persoalan mengenai kedudukan kerajaan dalam sistem demokrasi dari sisi perundangan.

Professor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa itu berkata perkara ini serius kerana Menteri Besar sepatutnya hanya boleh disingkir melalui Dewan Undangan Negeri.

“Pada hakikatnya kalau di negeri Perak itu Sultan boleh menyingkirkan Menteri Besar tanpa melalui undi tidak percaya dalam dewan secara formal, maka di peringkat pusat juga peringkat persekutuan boleh menyingkirkan perdana menteri tanpa melalui undi tidak percaya,"katanya.

Aziz berkata demikian ketika ditemubual TVSelangor.com

Beliau percaya kepada amalan yang dipraktik selama ini iaitu melalui undi tidak percaya secara formal di Dewan Undangan Negeri bagi menentukan siapa Menteri Besar.

“Jadi, itu yang menyebabkan timbulnya perspepsi ataupun tanggapan bahawa apa yang berlaku itu boleh memberi kesan kepada perlembagaan dan ini semakin boleh mengkompromikan sistem Raja itu sendiri,”katanya.

Kes ini akan menjadi rujukan tetapi malangnya ia perkembangan yang tidak sihat kerana undang-undang pada masa ini boleh menyingkirkan pemimpin dengan mudah, tanpa mematuhi prosedur yang betul.

“Dengan keputusan yang terbaru itu, mengatakan bahawa Menteri Besar ataupun Perdana Menteri boleh disingkir tanpa melalui undi tidak percaya, ini merupakan kesan langsung, dengan kata lain undang-undang yang dihuraikan yang diputuskan mahkamah semalam adalah perkembangan yang tidak sihat pada kes-kes akan datang,” katanya.

Sumber: TV SELANGOR

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH