RSS Comments RSS

DUNIACACAMARBA (DCM) -

  • Laman Utama

Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Maysia Tayadih | Create Your Badge
Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

  • Manifesto Pakatan Rakyat Tumpu Empat Teras Utama
    Manifesto Pakatan Rakyat Manifes...
  • Wanita Ini Mengayuh Basikal Sejauh 70 KM Sehari untuk Menghantar Surat
    Luo menyusun surat khabar sebelum menghantarnya ke kampung. Kadang kala dia perlu berjalan kaki ke sesuatu destinasi yang terpencil. ...
  • Lelaki Ikat Anak dengan Tali Rafia Sebelum Merogolnya Kena 20 Tahun Penjara
    Saya petik: Buruh mengaku salah laku perbuatan keji, ikat mangsa dipenjara 20 tahun [BH] TELUK INTAN: Seorang buruh dijatuhkan hukuman ...
  • PAS Tidak Mahu Kuasa, Hanya Nasihat BN, Apa Respon MP Amanah?
    BN tak makan nasihat, apa lagi dari PAS, kata Raja Bahrin Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak yakin ...
  • Husam: PAS Bakal Kalah di Kelantan, Hilang Semua Kerusi Selangor
    PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata PAS “tentu akan jatuh” di Kelantan sementara di Selangor, kesemua 15 kerusi negeri yang disanda...
  • Kenyataan Media TERBAHARU Migrant CARE tentang Kes Rogol Robengah. Datuk Seri, Bila Mahu Saman Migrant Care/Pihak Terlibat?
    Saya petik: SIARAN MEDIA MIGRAN CARE Menyikapi Perkembangan Kasus Dugaan Perkosaan terhadap PRT Migran oleh Menteri di Malaysia Pada tahu...
  • Sham Kamikaze, Isteri Disahkan Bercerai Setahun Lalu
    [Mstar] SHAH ALAM: Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai...
  • "Cili Kasi Taruk": Jurublog Mesra UMCO dengan Gelas Berisi ARAK!
    Sumber Gambar: Topeng Perak   Waktu isu penjualan arak di Selangor, jurublog ini berkokok menghentam Kerajaan Selangor. Sekarang segala-...
  • Kami Akan Kembali Nanti!!!
    Kami akan kembali aktif sedikit masa lagi.  Selamat Membaca!!!! - Tayadih Maysia
  • 'Kenapa Haron Din, Hadi tak minta Najib cuti?'
    Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan presiden parti itu Datuk ...

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label komunisme. Papar semua catatan

komunisme, Korea Utara, Piala Dunia

Ahad, 13 Julai 2014

[Video] Media Korea Utara Siar Berita Umum Skuad Kebangsaannya Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia




[Mstar] SEBUAH video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.

Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.

Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.


Bagaimanapun, sudah tentu perlawanan akhir Piala Dunia yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, adalah antara Jerman dan Argentina.

Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama. - metro.co.uk/13/7/14



Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Chin Peng, komunisme, Muhammad Muhd Taib, penjajahan

Rabu, 25 September 2013

Mat Taib: Jangan Guna Media Putar Belit Isu Chin Peng


[TMI] Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.

“Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun.

“Jangan gunakan Utusan dan TV3 untuk seleweng fakta menakut-nakutkan rakyat dengan memutar-belit serangan komunis yang dipimpin Chin Peng. Ini tidak betul. Jangan selewengkan fakta,” katanya Muhammad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam, Selangor semalam.

Bekas Naib Presiden Umno itu turut mengecam pemimpin BN yang memberi tanggapan negatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi pada masa sama menjalin hubungan dengan China yang menyalurkan dana kepada PKM.

“Mereka hormat dan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Parti Komunis dari China yang beri duit pada Chin Peng. Kerajaan tidak beri pendedahan sebenar kepada masyarakat.

“Datuk Seri Najib Razak sendiri pun pergi ke China berpelukan dengan pemimpin di sana. Mereka berbincang dan adakan hubungan persefahaman.

“Saya nasihatkan masyarakat jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis," katanya.

Beliau berkata, kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang.

Muhammad berkata, kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat dijalankan kerana dasar kerajaan ‘talam dua muka’ mengaku anti komunis tetapi mengadakan hubungan diplomasi dengan negara China yang terbukti sejak pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein dengan menjalin hubungan diplomasi bersama Mao Zedong dan Zhou En Lai dari China.

“Pada pandangan saya Chin Peng tetap dianggap musuh kerana banyak mengorbankan anggota keselamatan negara tetapi hakikatnya ialah askar Jepun yang lebih banyak membunuh orang Melayu,” katanya.

Muhammad atau terkenal dengan nama timangan Mat Taib menyertai PAS dua hari selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya 2013 lalu.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital Antarabangsa Bunrungad, Thailand setelah lama bertarung melawan penyakit barah.

Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924.

Hujung minggu lalu bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu sebuah stesen radio tempatan Malaysia akan jadi bahan tertawa sekiranya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu masuk ke dalam negara. - 25 September, 2013.



Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Chin Peng, kemerdekaan, komunisme, Said Zahari, sejarah

Isnin, 16 September 2013

“Iktiraf Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan” - Bekas Ketua Pengarang Utusan


[TMI] Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar).

Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.

"Mereka ini sebenarnya yang menentang British, namun kerana politik, kerana British mahu menguasai negara ini maka mereka melabelkan Chin Peng ini sebagai musuh negara," kata Said ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.

"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.

"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.

Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.

Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.



Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

Chin Peng, komunisme

Chin Peng Meninggal Dunia pada Sambutan Hari Malaysia Ke-50



[AA] BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post.

Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.

Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.



Berkaitan:

'Chin Peng mahu abu mayat dibawa pulang'

[MK] Seorang bekas anggota Parti Komunis Malaya berkata pemimpinnya Chin Peng yang meninggal dunia hari ini hari ini berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu.

"Pada kamli terakhir saya bertemunya adalah setahun lalu di Bangkok.

"Dia beritahu saya perkara sama: Dia mahu pulang ketika masih hidup. Jika tidak, dia mahu abu mayatnya dibawa pulang.

"Dia tidak dapat pulang semasa hayatnya. Inilah kekesalannya yang paling besar," kata Fang, 75 yang pernah menjadi pemimpin propaganda PKM.

Fang berkata beliau akan pergi ke Bangkok untuk bertemu anggota keluarga Chin Peng yang akan memutuskan sama ada akan membawa pulang abu mayat berkenaan.

Katanya, beliau percaya bahawa bahawa rakan-rakan bekas anggota PKM, berjumlah sekitar 300 orang, juga mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang/

Seramai kira-kira 340 orang bekas anggota KPM dibenarkan pulang ke Malaysia dan ditempatkan semula ke pelbagai kawasan di negara ini.

Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau meninggal dunia pada jam 6.20 pagi ini di Bangkok. -16/9/13



P/s: Walaupun dilabel pemberontak/pengkhianat, Chin Peng juga pejuang (bukan perunding) yang mengangkat senjata menentang penjajah British. Atas nama kemanusiaan, takziah kepada keluarga Chin Peng.

Sekali lagi, sejarah ditulis oleh pihak yang menang, pihak yang memihak kepada sebelah pihak. Oleh itu, galilah sejarah dari pelbagai arah untuk mengetahui sejarah sebenar!


Kemas Kini:

Keluarga Chin Peng Nafi Tipu Tarikh Mati

[Mstar] BANGKOK: Keluarga mendiang Chin Peng menafikan khabar angin yang mendakwa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu dimanipulasikan bagi menyamakan dengan sambutan Hari Malaysia.

Lee Suvit, 62, menegaskan bahawa Chin Peng disahkan mati pada 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September.

Lee, yang dikenali sebagai anak saudara pemimpin komunis itu berkata, kakak kandungnya sendiri berada di sisi Chin Peng apabila dia menghembuskan nafas terakhir.

"Kami tidak berminat untuk menjawab penipuan dakwaan itu, tapi saya boleh katakan kepada anda dengan yakin bahawa pakcik saya (Chin Peng) meninggal dunia pada pagi 16 September," kata Lee kepada The Star di sini. -23/9/13




Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, pencacai BN, syiah, UMNO

Selasa, 6 Ogos 2013

MCA Mahu Belajar daripada KOMUNIS China, TS Muhyiddin Yasin Raikan Presiden SYIAH Iran, Bayangkan Jika...

Sekadar hiasan.

MCA Mahu Belajar daripada Parti Komunis China

[MK] MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.

"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.

Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.

"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.

Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.


TPM di Tehran Hadiri Pelantikan Presiden Baharu Iran

[Bernama] Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tehran pada Ahad untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan presiden baharu Iran.

Beliau dijadual menyertai beberapa presiden, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta speaker parlimen pada majlis pelantikan imam beraliran sederhana Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran yang ketujuh di Bangunan Parlimen di Tehran lewat hari ini.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad di sini kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas hampir lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur.

Ketibaan beliau yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan beberapa pegawai, disambut Duta Malaysia ke Iran Mohamad Sadik Kethergany dan pegawai kanan Iran.

Muhyiddin juga dijadual menghadiri majlis berbuka puasa di Saadabad Palace malam ini.

Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rouhani, 64, menang pilihan raya presiden yang berlangsung pada 14 Jun lepas setelah meraih 50.7 peratus atau 18.6 juta undi daripada jumlah keseluruhan 36.7 juta undi.

Pesaing terdekatnya Datuk Bandar Tehran Mohammad Baqer Qalibaf pula jauh ketinggalan apabila sekadar menerima 16.55 peratus undi iaitu jumlah kedua terbanyak. Calon-calon lain juga tidak mencatat prestasi memberangsangkan.

Rouhani menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.

Pemantau berharap pentadbiran presiden baharu ini akan menghasilkan penyelesaian diplomatik berhubung isu nuklear yang mencetuskan ketegangan antara Iran dan Barat selain peningkatan ekonomi negara serta penyelesaian pelbagai isu sosial yang membelenggu Iran.



P/s: Bayangkan yang mahu belajar daripada komunis itu DAP atau PKR, bayangkan juga yang ke Iran itu Anwar Ibrahim atau Haji Hadi Awang!




Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, UMNO

Isnin, 23 Julai 2012

[Kemas Kini] UMNO Tiada Hubungan dengan Komunis? Cuba Klik Pautan Ini



Pak menteri yang mengeluarkan kenyataan ini mahu "menggebang" siapa? Orang kampung dan Felda pun sudah celik maklumat.

UMNO tiada hubungan dengan komunis?

Cuba klik sini, sini, sini, sini.

Kemas Kini:










 
 
 

Comments (1)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

fitnah, komunisme, Mat Indera, Mat Sabu, saman, Utusan Malaysia

Isnin, 25 Jun 2012

Bukit Kepong & Komunis: Mat Sabu Maafkan Visvanathan, BUKAN Utusan Malaysia


[HD] NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.

Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Ujar beliau, kemaafan dibuat berdasarkan kepada keinsafan Visva Nathan yang beberapa kali memandangnya dengan tangan dirapatkan seolah-olah sedar bahawa beliau bersalah kerana melemparkan fitnah dengan membuat satu laporan polis pada 27 Ogos lalu berpandukan laporan Utusan Malaysia.

"Tak apalah saya maafkan Visva Nathan kerana beliau jadi boneka dan hanya berpandukan kepada Utusan Malaysia yang melaporkan kononnya saya menghina pasukan polis dan Yang di-Pertuan Agong kerana menyanjung Mat Indera yang disifatkan oleh penjajah sebagai pengkhianat. Saya hanya maafkan dia bukan Utusan Malaysia," katanya ketika ditanya sejurus berucap di Perhimpunan Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh, Nibung Tebal petang semalam.

Bukan sahaja Visva Nathan memohon maaf bahkan turut mencadangkan kepada pihak polis agar tidak mengambil tindakan kepada Mohamad.

Mungkin kata Mohamad, setelah peguam Hanipa Maidin memberikannya keratan akhbar Utusan Malaysia dan teks ucapan pada majlis di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora yang jelas tidak langsung menyebut perkataan 'komunis'.

"Lepas ni kayalah saya dapat duit saman Utusan Malaysia. Rugilah kalau tuan- tuan dan puan-puan tidak berkawan dengan saya," katanya secara berjenaka.

Turun berucap di majlis bertemakan 'Perhimpunan Hijau Tawan Dun Sungai Acheh' ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusuf dan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abdul Rahman Ramjan. 


P/s: Banyak betul duit Utusan untuk membayar saman FITNAH!

 

Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, Mat Indera, Mat Sabu

Isnin, 11 Jun 2012

Mengejutkan, Pengadu Kes Fitnah Polis Bukit Kepong Minta Maaf daripada Mat Sabu dan Mohon Beliau Dibebaskan



[HD] PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.

Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.

Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.

Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.

Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.

Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.

S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.

S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.

S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.

S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.

S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.

S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.

Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.

Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan  beliau dan meminta maaf sekali lagi.

Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.

Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.

Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP, iaitu saudara Francis.



Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, Mat Indera, Mat Sabu, Najib Tun Razak

Isnin, 24 Oktober 2011

Menafikan Pengorbanan Polis pada Zaman Inggeris adalah Dosa yang Tidak Dapat DIAMPUN? Biar Betul PM Najib?


Ingatkan kontroversi yang berkait dengan isu Mat Indera, Mat Sabu, dan komunis sudah selesai, rupa-rupanya masih belum lagi. Najib dalam Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengeluarkan "fatwa" bahawa "...menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan." 

 WOW!!!!

Baca...

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Perbuatan mana-mana pihak yang cuba menafikan pengorbanan anggota polis terutama di waktu keganasan komunis dulu dianggap satu dosa yang tidak boleh diampunkan kerana ia umpama mengkhianati perjuangan dan jasa perwira negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau berasa hairan dan pelik apabila ada orang cuba mengagungkan kumpulan komunis sebagai pejuang nasionalis serta menidakkan jasa polis dan tentera yang berjuang bermati-matian bagi memastikan keamanan negara terjaga.

“Menyalah tafsirkan sejarah dan menidakkan jasa perwira negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Ia satu dosa yang kita tidak boleh ampunkan.

“Polis sebenarnya mempunyai bukti kukuh Mat Indera ialah pengganas komunis berdasarkan satu rakaman temubual malah menerusi rakaman itu, dia mengaku terbabit merancang dan menembak mati anggota polis dalam serangan di Bukit Kepong.

“Dalam buku bertajuk Dialogues with Chin Peng: New light on the Malayan Communist Party juga memuatkan pengakuan Chin Peng bahawa Mat Indera ialah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi ada pihak yang mengagungkan mereka.

“Walau apapun muslihat pihak terbabit, kerajaan tetap akan mempertahankan jasa perwira negara sampai bila-bila,”
katanya dalam ucapan pada Perhimpunan Perdana bersama Perdana Menteri dengan Pesara/Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam....

Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana isu ini sudah hangat sebelum ini dan beberapa pandangan spontan tentang isu ini turut disiarkan dalam blog ini. 

Cuma fikirkan: Adakah pahlawan Melayu, komunis menentang Inggeris termasuk polis upahan (sebelum 31 Ogos 1957) Inggeris itu satu dosa, pengkhianatan?

Fikirkan!

Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.

Polis upahan British ini juga bertanggungjawab menangkap dan menjalankan hukuman terhadap pahlawan Melayu yang lain seperti Tuk Janggut dan sebagainya.

Siapa pengkhianat, siapa pejuang?

P/s: Kini, 1Malaysia sedang menunggu bukti temu bual pengakuan Mat Indera bahawa beliau ialah ahli PKM.




Comments (2)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

kemerdekaan, komunisme, Mat Indera, Mat Sabu

Rabu, 21 September 2011

Isu Mat Indera/Bukit Kepong: Mat Sabu Yakin MENANG, Peguam Anggap Kes KARUT


Saya petik:
[HD] BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun  mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

 P/s: Banyak sangat jadi tidak SIUMAN sejak Mat Sabu bongkar sejarah silam!


Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, UMNO

Rabu, 14 September 2011

[Video] Jangan Keliru!!! Malaysia ada Hubungan Diplomatik dengan China, UMCO juga ada MoU/Kerjasama dengan Parti Komunis China, BUKTINYA...


Saya sudah siarkan video ini dalam kiriman yang lalu. Video ini juga beredar di FB. Anda jangan keliru apabila pemerintah menafikan hubungan dengan Parti Komunis China. Mereka mendakwa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan China. 

Betul!!! 

Yang mengelirukan ialah UMCO, atas nama parti juga mengadakan MoU dan kerjasama dengan Parti Komunis China. Maknanya, UMCO sebagai parti politik menjalinkan kerjasama dalam pelbagai perkara dengan Parti Komunis China. Anda jangan keliru dengan kelentong media perdana. Ada beza antara hubungan negara dengan hubungan antara parti.

Tidak percaya, sila dengar penjelasan SU Agong UMCO. Butiran MoU dan kerjasama ada dinyatakan dalam video di bawah ini - DCM


Masih tidak percaya? Masih keliru? UMCO-Komunis!!!


Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, Mat Indera, Mat Sabu

Selasa, 13 September 2011

[Gambar] Karikatur "Kekejaman Komunis" di Utusan, Sejauh Mana KEBENARANNYA?


Saya petik:

[MK] Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak... Warga emas dan kanak-kanak dicampak ke dalam api yang sedang marak....

Ia antara enam karikatur kontroversi oleh pelukis Hamzah Mohd Amin yang memaparkan kekejaman komunis ke atas orang ramai.

Karikatur itu disiarkan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. Menurut edisi cetak dan juga online - akhbar itu melaporkan Hamzah, 71, datang ke pejabat Utusan semalam bahi menyerahkan sendiri karikatur yang dilukisnya itu.

NONE"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada akhbar itu.

Sangat geram

Antara lukisan yang dianggap paling kontroversial ialah paparan beberapa lelaki yang bermata sepet dan memakai uniform keperangan mengacukan pistol serta memaksa tok imam dan bilal surau memakan babi panggang.

NONE
Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.

Utusan juga memetik Hamzah berkata lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya dipetik akhbar milik Umno itu lagi.

Hamzah pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis dan beliau pernah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.


P/s: Yang disebut oleh Mat Sabu dalam ceramahnya ialah Mat Indera. Tidak ada perkataan "komunis" dalam ceramahnya. Yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan ialah kerajaan Johor melalui agensinya. Hal ini dibukukan - Pengukir Nama Johor. Hal ini diakui oleh profesor dan sejarawan negara. Bukan Mat Sabu yang saja-saja melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan!

Persoalannya, sejauh mana kebenaran karikatur di atas? Adakah pelukis melihat sendiri kekejaman komunis atau pun dia juga mendengar cakap-cakap orang dan membaca teks sejarah yang ada sekarang? Lukisan ini pun baru dihasilkan beberapa minggu lalu. Bukanlah kita mahu mempertahankan komunis, tetapi bimbang lukisan itu hanya bayangan/imaginasi melampau si pelukis ( misalnya, mayat dijadikan baja - Rejim Pol Pot pun tidak diberitakan berbuat begitu. Walhal rejim ini terbukti sebagai rejim paling kejam di rantau Asia) yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menutup tembelang dan temberang UMCO dalam sejarah kemerdekaan negara.

Jangan lupa kekejaman British yang jelas dan nyata terhadap orang Melayu dan raja Melayu. 

Kekejaman British ini bukanlah gambaran/karikatur. Anda boleh lihat dengan jelas bagaimana jenazah Tuk Janggut dihina oleh British dan mata-matanya!

Ingat semula, dalam peristiwa Bukit Kepong, dua pihak yang terlibat: mata-mata British dan pihak penentang termasuk Mat Indera. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 ketika bendera Union Jack megah berkibar di Tanah Melayu! Siapa yang mahu kita sokong?




Comments (9)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, Mat Indera, UMNO

Jumaat, 9 September 2011

[Tembelang PECAH] Anak Yusof Rono Akui Mat Indera SELAMATKAN Nyawa Ayahnya & Kajian Dapati Mat Indera Bukan Berfahaman Komunis

 
Saya petik:

[KD] MELAKA: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu diselamatkan Mat Indera selepas serangan itu berlaku.

Nazir Yusoff, 54, berkata, bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkannya ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Menurut Nazir, Mat Indera mengenali bapanya yang pernah bersama bekerja sebagai buruh di pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis.

Nazir yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka berkata, selepas serangan pada 23 Febuari 1950 itu, bapanya antara empat yang terselamat.

“Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat-mayat. ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka mendapati bapa saya masih hidup.

“Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat terjun ke dalam sungai,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut Nazir, bapanya cedera dalam serangan itu selepas ditarik dari kubu bawah tanah, sementara tangan kiri serta matanya turut cedera terkena serpihan bom.

“Ketika itu lah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata ‘yang sudah tu sudah lah’ kepada anggota komunis berkenaan,” kata Nazir.

Nazir membuat pendedahan itu susulan kenyataan adik Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65 yang mendakwa abangnya itu telah menyelamatkan Yusoff.

Allahyarham Yusoff meninggal dunia di Melaka pada 14 April 2005 ketika berusia 82 tahun.

Sementara, Malaysiakini malaporkan terdapat satu kajian pada tahun 1973 yang menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Kajian tersebut yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim merupakan latihan ilmiah untuk keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.

Tujuan tulisan itu untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata menentang penjajah, dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat langsung dengan peristiwa tersebut, termasuklah Nawi Idrus, ketua pengawal kampung (home guard) dan rakan-rakan Mat Indera (kiri) yang menyertainya masuk ke hutan.

Dalam kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:

“Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”

P/s: Terburai tembelang UMCO dan geng!



Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, UMNO

Rabu, 7 September 2011

[Video] Perjanjian Damai 1989 Malaysia-PKM Boleh Ditafsir IKTIRAF Komunis


Sebelum ini disiarkan UMCO jemput wakil Parti Komunis Cina sebagai tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), diberitakan juga fasal  perjanjian kerjasama antara UMCO dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.  Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan. Malah, KDN didakwa memberikan permit kepada harian rasmi Parti Komunis China untuk  diterbit, dicetak, dan diedarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2005.

WOW!!!

UMCO-Komunis!




Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

“Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.

“Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.

“Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka,” kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.

Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.

Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir ketika itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub.

Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan.

“Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif,” kata beliau.

Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.

“Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.

“Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir,” kata beliau.

“Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang,” katanya lagi.

Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan kekayaan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan.

“MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua ‘diMalayakan’,” katanya.

Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme

Selasa, 6 September 2011

KDN Pernah Luluskan Suara Rasmi Parti Komunis China di Malaysia???


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 6 Sept: “Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).
 
Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

“Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

P/s: Siapa yang sokong komunis? DAP atau UMCO? Terburai lagi!!!!

Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, UMNO

Isnin, 5 September 2011

Hipokrisi UMCO: Sain MoU dan Jemput Delegasi Parti Komunis ke Perhimpunan UMCO

Saya petik:
[TVS] Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

“Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?,” soalnya. 

P/s: UMCO meludah ke muka sendiri!

Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

komunisme, UMNO

Ahad, 3 Julai 2011

[Wajib Baca] UMCO dan Komunis

Saya petik:

Komentar RoketKini
 

[Roket Kini] "29 JUN – Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar semalam “Komunis resapi Bersih” dengan dakyah ciptaannya: “Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan”.

“Pada tahap membimbangkan” kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?

Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.

Polis pula, selain menahan anggota PSM bersama Ahli Parlimennya Dr Michael Jeyakumar, turut merampas t-shirt berwarna merah dan risalah-risalah parti; dan kemudian menuduh mereka yang ditahan dengan dakwaan cuba “memerangi Yang di-Pertuan Agong” dan “menghidupkan semula fahaman komunis”.

Sikap hipokrit yang berselindung di sebalik amalan kuku besi ini lah yang memperlihatkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah komunis zalim sebagaimana yang biasa dilakukan oleh regim-regim komunis pada era Perang Dingin dahulu.

Pemerintahan zalim ala Joseph Stalin, Mao Zedong dan Fidel Castro itu kini menjadi amalan UMNO-BN, terutamanya sejak pengumuman dibuat untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan di seluruh negara, kebanyakannya kerana memakai t-shirt kuning yang mempunyai tulisan Bersih 2.0.

UMNO rakan seperjuangan Parti Komunis China



Mungkinkah amalan zalim dan kejam ini dipelajari oleh UMNO melalui hubungan akrabnya dengan Parti Komunis China yang dikatakan kagum dengan corak pemerintahan UMNO?

Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.

Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.

Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.

“Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” kata Tengku Adnan.

Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.

Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?

Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.

Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi

Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.

Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang “hilang”.

Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.

Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.

Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.

Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO

Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.

Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.

Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.

Apakah yang UMNO pelajari dari regim-regim komunis itu? Apakah UMNO telah diresapi komunis dan ejen-ejen asing?

Dan jika yang dipelajari itu baik, apakah ia sudah membuka hati UMNO dan kerajaan BN untuk menghormati hak asasi rakyat, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak menuntut pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan bersih?

Perang Dingin global sudah lama berakhir. Komunisme telah ditolak oleh warga dunia. Yang ada pun hanya cebisan sejarah lampau.

Momok komunisme hanya propaganda basi UMNO. Yang pemimpinnya amat bimbang sekarang ialah suara rakyat Malaysia yang sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan politik kotor, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan api perkauman.

P/s: Siapa yang berkawan dengan komunis?

Comments (0)
StumpleUpon DiggIt! Del.icio.us Blinklist Yahoo Furl Technorati Simpy Spurl Reddit Google Twitter FaceBook

BAGASI KIRIMAN TERKINI

Recent Posts with Thumbnails for BloggerPowered By Blogger Widgets

BAGASI KIRIMAN

  • ▼ 2017 (1)
    • ▼ Ogos (1)
      • Kami Akan Kembali Nanti!!!
  • ► 2016 (141)
    • ► Julai (6)
    • ► Jun (14)
    • ► Mei (22)
    • ► April (14)
    • ► Mac (23)
    • ► Februari (9)
    • ► Januari (53)
  • ► 2015 (1016)
    • ► Disember (44)
    • ► November (91)
    • ► Oktober (111)
    • ► September (99)
    • ► Ogos (100)
    • ► Julai (113)
    • ► Jun (110)
    • ► Mei (145)
    • ► April (103)
    • ► Mac (46)
    • ► Februari (35)
    • ► Januari (19)
  • ► 2014 (1080)
    • ► Disember (36)
    • ► November (65)
    • ► Oktober (65)
    • ► September (123)
    • ► Ogos (93)
    • ► Julai (93)
    • ► Jun (79)
    • ► Mei (90)
    • ► April (90)
    • ► Mac (150)
    • ► Februari (85)
    • ► Januari (111)
  • ► 2013 (1634)
    • ► Disember (119)
    • ► November (142)
    • ► Oktober (129)
    • ► September (184)
    • ► Ogos (123)
    • ► Julai (125)
    • ► Jun (147)
    • ► Mei (163)
    • ► April (157)
    • ► Mac (129)
    • ► Februari (125)
    • ► Januari (91)
  • ► 2012 (1781)
    • ► Disember (42)
    • ► November (46)
    • ► Oktober (86)
    • ► September (85)
    • ► Ogos (95)
    • ► Julai (122)
    • ► Jun (122)
    • ► Mei (192)
    • ► April (276)
    • ► Mac (234)
    • ► Februari (236)
    • ► Januari (245)
  • ► 2011 (2405)
    • ► Disember (158)
    • ► November (142)
    • ► Oktober (172)
    • ► September (163)
    • ► Ogos (195)
    • ► Julai (258)
    • ► Jun (248)
    • ► Mei (205)
    • ► April (264)
    • ► Mac (222)
    • ► Februari (153)
    • ► Januari (225)
  • ► 2010 (1380)
    • ► Disember (201)
    • ► November (189)
    • ► Oktober (205)
    • ► September (108)
    • ► Ogos (173)
    • ► Julai (95)
    • ► Jun (88)
    • ► Mei (84)
    • ► April (66)
    • ► Mac (69)
    • ► Februari (52)
    • ► Januari (50)
  • ► 2009 (372)
    • ► Disember (42)
    • ► November (32)
    • ► Oktober (31)
    • ► September (45)
    • ► Ogos (72)
    • ► Julai (58)
    • ► Jun (40)
    • ► Mei (30)
    • ► April (5)
    • ► Mac (12)
    • ► Februari (4)
    • ► Januari (1)

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TENTANG EMPUNYA

Lihat profil lengkap saya

TERIMA KASIH

www.e-referrer.com

KONGSI INFO

tayadihmaysia
@yahoo.com

Langgan

Catatan
Atom
Catatan
Semua Ulasan
Atom
Semua Ulasan

Sponsored Ads

Sponsored Ads

Sponsored Ads

Sponsored Ads

SENARAI BLOG

  • KERENGGA
    Wanita hilang sampai malam ditemukan bergayut atas pokok - KOSMOTangkap layar video menunjukkan wanita itu bergayut pada dahan pokok pada waktu malam semalam. - Instagram JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di M...
    13 jam yang lalu
  • MSO
    Darjah kebesaran Rais Yatim ditarik - *SUSUPAN SORE* YANG di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir telah menarik balik dua darjah kebesaran dikurniakan kepada bekas Mente...
    Sehari yang lalu
  • Lim Kit Siang
    Regardless of race, religion, class or culture, let us be Dr. Chen on Augst 1 and vote for a Malaysian Dream - This speech is dedicated to one of the greatest sons of Seremban and Negri Sembilan, Dr. Chen Man Hin. Before his involvement in the founding of the DAP, D...
    2 hari yang lalu
  • SAKMONGKOL AK47
    The e fishery scam . Part 2. The contrarian series #2. - 1. As usual the UMNO brown shirts on the internet are quick to apportion blame to the PM2. The Stupids are dumbing us down . We are going to be suckered in...
    6 hari yang lalu
  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    NGETEH -
    2 minggu yang lalu
  • Cipan, Tapir & Tenuk (C++)
    Simpan Sini Buat Kenangan.... Hahahaha - Bhai/DeeDee semua...Simpan Sini Buat Kenangan...
    2 minggu yang lalu
  • Bloglist Malaysia
    Undang seret Kerajaan N9 ke mahkamah - Pertikaian takhta yang berlarutan di Negeri Sembilan kini memasuki fasa perundangan apabila empat pembesar adat membawa kerajaan negeri ke mahkamah. Menur...
    2 bulan yang lalu
  • Helen Ang
    Umno today, Umdap tomorrow - Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The experience on the platform so far in my first fortnight since I created an account the...
    7 bulan yang lalu
  • EkELEH.COM
    Ragnar Oratmangoen: Bintang Indonesia yang Bersinar di Belgian Pro League - Profil Lengkap Ragnar Oratmangoen Ragnar Oratmangoen lahir pada 21 Januari 1998 di Oss, Belanda, dan saat ini berusia 27 tahun. Ia merupakan pemain sepak b...
    8 bulan yang lalu
  • Sozcyili
    CUBAAN MEMBAWA MASUK 6 WARGANEGARA INDONESIA (KES COUNTER SETTING) - * 🛑 LAPORAN KEJADIAN: CUBAAN MEMBAWA MASUK 6 WARGANEGARA INDONESIA (KES COUNTER SETTING)* Gambar Hiasan Tarikh Kejadian: 15 Oktober 2025 Masa: ± 3.00 p...
    9 bulan yang lalu
  • Malaysia Today
    Peguam Negara kalah pusingan pertama kes titah adendum Najib diteruskan. - (FMT) – Berpuluh-puluh penyokong menyambut Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman kira-kira jam 8.30 pagi hari ini, sambil melaungkan ‘Bebaskan Bossku...
    11 bulan yang lalu
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
    2 tahun yang lalu
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS
    3 tahun yang lalu
  • SEDAKA Sejahtera™
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...
    4 tahun yang lalu
  • Mahathir Mohamad
    APA PADA NAMA - 1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di peringkat permul...
    4 tahun yang lalu
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK. -
    4 tahun yang lalu
  • MiLo SuaM
    Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...
    5 tahun yang lalu
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...
    6 tahun yang lalu
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...
    6 tahun yang lalu
  • Sistem-Dunia
    Merapatkan Jurang - *SELASA, 19 November 2019* *Oleh: ZULKIFLI SALLEH* Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat pada 11 Oktober la...
    6 tahun yang lalu
  • Shahbudin dot com
    PENGUMUMAN - Sebagaimana yang telah dimaklumkan, bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini telah berpindah sepenuhnya ke alamat baru - shahbudindotcom.net. ...
    7 tahun yang lalu
  • pen buruk online ™
    Ambo tak bohong, ambo nafi ja ... - Ramai bertanya kepada saya, latar belakang audio YB Nik Mohamad Abduh (UNA) menerima duit UMNO. Tentu sahaja orang yang hadir sahaja yang tahu latar belaka...
    7 tahun yang lalu
  • Dr. Dzul's Blog
    Selamat Tahun Baru 2019 - Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri agar ...
    7 tahun yang lalu
  • Khalid Samad
    Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com
    7 tahun yang lalu
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya.. - untuk makluman kami sudah berpindah ke rumah baru.. sila bookmark link kami yang baru di : http://KedahLaniie.blogspot.my [image: https://blogger.google...
    8 tahun yang lalu
  • al-Husseyn
    Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
    8 tahun yang lalu
  • Cananglahnie
    Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI - EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah syarikat ...
    8 tahun yang lalu
  • RAKYAT MARHAEN
    NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...
    8 tahun yang lalu
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
    8 tahun yang lalu
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...
    8 tahun yang lalu
  • YONG SUKA KUNING
    LAGU ANAK RUSA NANI SEMPENA 31 OGOS 2017 - *MERDEKA!* Anak rusa nani, lalu kembang ekor, Apa dosa kami, lalu tidak tegur. Anak rusa nani, lalu tepi perigi, Apa dosa kami, lalu dapat 1MDB. Anak r...
    8 tahun yang lalu
  • ASPAN ALIAS
    BSKL patut gantung dagangan saham FGV buat sementara - Issue Felda dan FGV sudah berlarutan begitu lama. Hanya ianya tidak begitu dihebohkan sebelum ini kerana negara sedang berhadapan dengan isu-isu yang terl...
    9 tahun yang lalu
  • Ameno World
    Makluman : Amenoworld Bertukar Domain Kerana Diblock SKMM. - Inila yang aku marah sangat neh. Sikit-sikit guna stail ugutan. Sikit-sikit guna stail samseng. Punyala bersepah blog-blog bangang update benda-benda banga...
    9 tahun yang lalu
  • DUNIACACAMARBA (DCM)
    Shafie Apdal Umum Keluar Umno - Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu. Beliau yang juga adalah ahli parlime...
    10 tahun yang lalu
  • Kerajaan Rakyat
    Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota - *Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota* Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada seorang wanita ‪‎Melayu‬ rakyat Malaysia, b...
    10 tahun yang lalu
  • Omak Kau!!!!
    PKR SAHKAN SEORANG KETUA CABANG PKR YANG JUGA BEKAS AHLI PARLIMEN DITAHAN PIHAK SPRM BERKAITAN KES RASUAH. - *Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu.* *Naib Presiden PKR, Tia...
    10 tahun yang lalu
  • Manjung Mari
    Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...
    10 tahun yang lalu
  • CATATAN - Latiff Mohidin
    Unsur Puisi - Unsur puisi, unsur emosi, unsur imaginasi - ketga-tiga unsur ini tidak dapat dipisahceraikan; sudah lumrah, sebati, sejati. Mengikut yang ahli, puisi itu s...
    10 tahun yang lalu
  • Era Pasca
    - testing..
    10 tahun yang lalu
  • Mat Indera Sipejuang
    Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah - Apasal ya beb... semenjak dua menjak ni asalkan saja Ketua Penerang PAS tak kira sama ada Ketua Penerangan PAS Peringkat Kawasan mahu pun Negeri dan leb...
    11 tahun yang lalu
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan - Sumber: KiniTV Kah kah kah....
    11 tahun yang lalu
  • Addin
    Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi.. - *Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..* Ahli perniagaan Low Taek Jho mempertahankan dirinya daripada sebarang salah laku berkaitan 1Malaysia Devel...
    11 tahun yang lalu
  • MRM™
    -
  • Demi Rakyat
    -

BERITA ALTERNATIF

  • ANTARAPOS
  • BULETIN ONLINE
  • DETIK DAILY
  • FREE MALAYSIATODAY
  • HARAKAHDAILY
  • KEADILAN DAILY
  • KL POS
  • KL-TODAY
  • MALAYSIA CHRONICLE
  • MALAYSIA DIGEST
  • MALAYSIA KINI
  • MALAYSIAGAZZETTE
  • MALAYSIAN MIRROR
  • MERDEKA REVIEW
  • Malaysia Dateline
  • MyNewsHub
  • NEWS KINI
  • NUT GRAPH
  • PENANG INSIGHT
  • ROKET KINI
  • SABAH DAILY
  • SABAHKINI
  • SELATAN ONLINE
  • SIASAH
  • THE MALAYSIAN INSIDER
  • TRANUNGKITE
  • TVSELANGOR
  • UTARA ONLINE

BERITA DUNIA

  • ABC
  • Agence France-Presse
  • AlJAZEERA
  • ANTARA NEWS
  • ARRAHMAH
  • ASIAN NEWS NETWORK
  • ASIAONE
  • BANJARMASINPOST
  • BBC
  • CBS
  • CHINA DAILY
  • CNN
  • CyBerita
  • DAILY MAIL UK
  • DAILY YOMIURI
  • DAYTONDAILYNEWS
  • DETIKHOT
  • DIGITAL SPY
  • EMIRATES247
  • ERA MUSLIM
  • GAWKER
  • GUARDIAN UK
  • INDEPENDENT UK
  • INILAH
  • INQUIRER
  • ISLAMIC-WORLD
  • ISLAMONLINE
  • JAWA POS
  • KAVKAZCENTER
  • KOMPAS
  • KUENSE ONLINE
  • METRO UK
  • MIRROR UK
  • PRESS TV IR
  • PRIMAIRONLINE
  • Republika
  • REUTERS
  • SCIENTIFIC AMERICAN
  • STRAITSTIMES
  • SUNDAY ISLAND
  • TELEGRAPH
  • TEMPOINTERACTIVE
  • THE BRUNEI TIMES
  • THE DAILY STAR
  • THE JAKARTA GLOBE
  • THE JAKARTA POST
  • THE KATHMANDU POST
  • THE KOREAN HERALD
  • THE NATION
  • THE NATION PK
  • THE STATESMAN
  • THE SUN SCOTTISH
  • THE SUN UK
  • TIMES UK
  • TODAY ONLINE
  • TRIBUNNEWS
  • VIENTIANE TIMES
  • VIETNAM NEWS
  • VILLAGE VOICE
  • VIVANEWS
  • WORLD NEWS
  • WORLDPRESS
  • WSBTV

BERITA ARUS PERDANA

  • AstroAwani
  • THE EDGE MALAYSIA
  • THE DAILY CHILLI
  • HARIAN METRO
  • THE STAR
  • SIN CHEW
  • BERITA HARIAN
  • BERNAMA
  • KOSMO
  • MALAY MAIL
  • MSTAR
  • SINAR HARIAN
  • THE BORNEO POST
  • THE NEW STRAITS TIMES
  • UTUSAN MALAYSIA

SEJAK MEI 2009

DUNIACACAMARBA (DCM) by noonnoo.com. Converted by Wordpress To Blogger for WP Blogger Themes. Powered by Blogger.
Blogger Template | Blogger Templates | Distributed by Blogger