Chin Peng Meninggal Dunia pada Sambutan Hari Malaysia Ke-50
[AA] BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post.
Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.
Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.
Berkaitan:
'Chin Peng mahu abu mayat dibawa pulang'
[MK] Seorang bekas anggota Parti Komunis Malaya berkata pemimpinnya Chin Peng yang meninggal dunia hari ini hari ini berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.
Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu.
"Pada kamli terakhir saya bertemunya adalah setahun lalu di Bangkok.
"Dia beritahu saya perkara sama: Dia mahu pulang ketika masih hidup. Jika tidak, dia mahu abu mayatnya dibawa pulang.
"Dia tidak dapat pulang semasa hayatnya. Inilah kekesalannya yang paling besar," kata Fang, 75 yang pernah menjadi pemimpin propaganda PKM.
Fang berkata beliau akan pergi ke Bangkok untuk bertemu anggota keluarga Chin Peng yang akan memutuskan sama ada akan membawa pulang abu mayat berkenaan.
Katanya, beliau percaya bahawa bahawa rakan-rakan bekas anggota PKM, berjumlah sekitar 300 orang, juga mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang/
Seramai kira-kira 340 orang bekas anggota KPM dibenarkan pulang ke Malaysia dan ditempatkan semula ke pelbagai kawasan di negara ini.
Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau meninggal dunia pada jam 6.20 pagi ini di Bangkok. -16/9/13
P/s: Walaupun dilabel pemberontak/pengkhianat, Chin Peng juga pejuang (bukan perunding) yang mengangkat senjata menentang penjajah British. Atas nama kemanusiaan, takziah kepada keluarga Chin Peng.
Sekali lagi, sejarah ditulis oleh pihak yang menang, pihak yang memihak kepada sebelah pihak. Oleh itu, galilah sejarah dari pelbagai arah untuk mengetahui sejarah sebenar!
Kemas Kini:
Keluarga Chin Peng Nafi Tipu Tarikh Mati
[Mstar] BANGKOK: Keluarga mendiang Chin Peng menafikan khabar angin yang mendakwa tarikh kematian bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu dimanipulasikan bagi menyamakan dengan sambutan Hari Malaysia.
Lee Suvit, 62, menegaskan bahawa Chin Peng disahkan mati pada 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September.
Lee, yang dikenali sebagai anak saudara pemimpin komunis itu berkata, kakak kandungnya sendiri berada di sisi Chin Peng apabila dia menghembuskan nafas terakhir.
"Kami tidak berminat untuk menjawab penipuan dakwaan itu, tapi saya boleh katakan kepada anda dengan yakin bahawa pakcik saya (Chin Peng) meninggal dunia pada pagi 16 September," kata Lee kepada The Star di sini. -23/9/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.