Komen Anwar Ibrahim terhadap Chin Peng
'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah'
[MK] Kerajaan Persekutuan tetap bertegas agar mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia, namun ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza.
Mengulas mengenai pendirian kerajan itu, Anwar sewaktu bercakap kepada kira-kira 300 orang di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam berkata: "Yang sudah itu, sudahlah."
"Adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak. Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak. Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak," katanya.
"Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju.
"Kenapa mereka (kerajaan BN) ini dengan apa-apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN) setuju tandatangan perjanjian?
"Ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," kata Anwar. -17/9/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.