Antara PUNCA UTAMA Orang Cina TIDAK Fasih Bertutur dalam Bahasa Kebangsaan
Pemuda MCA Mahu BM di SJKC Kekal 210 minit
[Bernama] Pemuda MCA meminta Kementerian Pendidikan menimbang untuk mengurangkan masa pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK) (C) kepada 210 minit seminggu daripada 240 minit seminggu yang ditetapkan di bawah rangka tindakan pendidikan nasional.
Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata walaupun Pemuda MCA gembira dengan penambahbaikan yang dibuat dalam rangka tindakan itu berbanding laporan awalnya, namun mereka berpendapat 210 minit seminggu sudah mencukupi bagi pembelajaran bahasa itu kerana ia seimbang dengan jumlah masa bagi pembelajaran bahasa Inggeris.
"Menggunakan masa yang lebih panjang untuk mempelajari bahasa itu bukan satu-satunya faktor yang boleh meningkatkan kecekapan. Ada perkara lain seperti kurikulum dan metodologi, yang patut juga diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sayap itu semalam.
Selain Pemuda MCA, beberapa NGO Cina mencadangkan agar Bahasa Malaysia diajar selama 210 minit seminggu, sama seperti bahasa Inggeris.
Silibus sedia ada bagi bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan memerlukan 180 minit seminggu. - 14/9/13
Muhyiddin Tak Bercakap Benar, Kata NGO Cina
[MK] Tiga kumpulan pendesak Cina secara terbuka menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sekolah vernakular bersetuju dengan masa tambahan untuk pembelajaran bahasa Melayu.
Jiao Zong, Hua Zong and Kesatuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan berkata kenyataan menteri pelajaran itu, bahawa tiga kumpulan tersebut menerima cadangan untuk menambah masa pembelajaran Bahasa Melayu dari 180 minit kepada 240 minit seminggu, adalah tidak benar.
“Kami terkejut dan amat kecewa dan kenyataan timbalan perdana menteri, ia tidak benar sana sekali," kenyataan badan tersebut dipetik.
Menurut kenyataan bersama itu lagi, mereka hanya mencadangkan agar mata pelajaran Bahasa Melayu diajar dalam tempoh 210 minit seminggu.
Badan tersebut turut menegaskan bahawa pendirian tersebut dinyatakan dengan jelas dalam satu pertemuan dengan Muhyiddin pada Selasa lalu.
Dalam pertemuan itu, Jiao Zong turut mengemukakan satu memorandum yang ditandatangani oleh 732 sekolah rendah Cina.
"Ia ditandatangani bersama oleh 1,604 anggota lembaga pengarah, persatua ibu bapa dan guru serta persatuan alumni dari 732 sekolah, yang meminta kementerian menghormati kehendak mereka," kenyataan itu dipetik. -6/9/13
P/s: Isu yang dihangatkan oleh parti politik dan NGO Cina adalah berkaitan dengan peningkatan 30 minit pengajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan - daripada 180 minit kepada 210 minit kepada 240 minit seminggu. Perlulkah dibantah sampai begitu sekali sedangkan NGO dan pemimpin parti politik sedar tahap penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan orang Cina yang amat menyedihkan di negara ini.
Bagi TM, selain sikap enggan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan, punca utama kegagalan orang bukan Melayu menguasai bahasa Malaysia ialah sistem pendidikan vernakular. Berhujahlah, bertekaklah, bantahlah, namun hakikatnya kegagalan orang bukan Melayu menguasai bahasa kebangsaan berpunca daripada sistem pendidikan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan. Selain bahasa, sistem pendidikan ini menjarakkan lagi jurang polarisasi masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Oleh sebab isu sekolah vernakular ini menjadi modal politik penting baik di pihak BN mahupun PR, maka sudah tentu kewujudannya akan terus diperkasa dari semasa ke semasa walaupun sekolah jenis itu memberikan pelbagai impak kepada masyarakat Malaysia. Jika tolaransi sistem pendidikan negara sudah sebegitu tinggi, maka usahlah dipertikaikan peningkatan jumlah 30 minit itu kerana sudah tentu masa tambahan itu memberikan manfaat kepada anak-anak di SJK menguasai bahasa kebangsaan negara sendiri.
Renungkan: sampai bila murid sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan perlu menggunakan dua jenis buku teks yang berlainan tahap, peperiksaan BM UPSR yang berlainan tahap? Sampai bila murid bukan Melayu perlu mengikuti kelas peralihan? Sampai bila orang bukan Melayu gagal menguasai bahasa kebangsaan sedangkan negara sudah merdeka lebih 56 tahun? Dari satu segi, orang bukan Melayu di negara ini wajar berasa malu terhadap orang asing yang bekerja di sini kerana mereka dapat menguasai bahasa Melayu dalam masa yang singkat berbanding dengan mereka yang mungkin sudah hidup di bumi Malaysia ini sejak 15, 20, 30, 45, atau 60 tahun!
Dalam memperkatakan isu ini, TM agak kesal kerana sebilangan orang bukan Melayu sanggup berhabis masa dan wang ringgit untuk menguasai bahasa Inggeris namun meminggirkan bahasa kebangsaan yang sepatutnya diutamakan kerana bahasa ini melambangkan jati diri mereka sebagai warga Malaysia.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.