Pelajar IPTS Jumpa Teman lelaki di Hotel Bajet, Berakhir Dirogol Polis Palsu
ABDUL Rahim (tengah) menyoal suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol. |
[HM] Gombak: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bertemu dengan teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Rawang mengundang padah apabila dia menjadi mangsa samun dan rogol dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.
Malah, teman lelakinya 20-an turut menyerahkan RM500 dan telefon bimbit sebagai syarat mereka berdua tidak dibawa ke balai polis selepas diperdaya dua lelaki terbabit.
Dalam kejadian jam 6 petang, Sabtu lalu, remaja perempuan terbabit yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Rawang mengharungi detik hitam selepas dirogol bergilir-gilir oleh suspek yang mendakwa mereka anggota polis.
Bagaimanapun, perbuatan jijik suspek masing-masing berusia 25 dan 37 tahun itu tidak bertahan lama apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diketuai Asisten Superintendan Syed Azam Mohd menahan suspek di pondok pengawal tapak projek Lebuhraya Serendah Taman Setia, Batu 16 Rawang jam 2.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian itu, suspek datang ke bilik hotel mangsa dan mengaku mereka anggota polis serta menuduh mangsa melakukan perbuatan maksiat. -17/9/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.