Fitnah Kencing Bendera: Pengendali FB Filem Tanda Putera Akui Kesilapan
Lepas Setahun, Pengendali FB Tanda Putera Akui Silap
[MK] Lebih setahun selepas filem 'Tanda Putera' terpalit kontroversi apabila laman sosial Facebooknya mendakwa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kencing di satu tiang bendera, akhirnya ia mengakui itu adalah satu kesilapan.
Dalam entri terbarunya semalam, laman sosial filem yang memaparkan tragedi 13 Mei 1969 meletakkan kesilapan itu kepada seorang pengendali muda media sosial filem tersebut.
"Admin (pengendali) masa itu, kawan kita gak (juga) terima link (pautan) dari pengunjung yang hantar gambar Lim Kit Siang dan kapsyen salah.
"Admin (pengendali) muda kita pun bukan sengaja, dia ingat benda itu betul, dia upload (muatnaik)," kata masukan FB terbaru itu.
Kapsyen gambar pada masa itu mendakwa Lim kencing pada tiang bendera di luar rumah menteri besar Selangor pada masa itu, Datuk Harun Idris.
Dalam kenyataan dalam laman sosial filem itu, gambar itu telah dibuang setelah menyedari kesilapan dan pengendali serta penerbit telah memohon minta maaf tanpa mengkhususkan kepada siapa.
"Tapi kami diminta buat ucapan mohon maaf itu dalam facebook. Tak ada masalah, kami akan lakukan. Gambar serta caption (kapsyen) tersebut bukan ciptaan kami tapi dihantar kepada kami," kenyataan itu dipetik.
P/s: Harap Lim Kit Siang akan meneruskan tindakan saman terhadap pihak yang memfitnahnya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.