Mengapa PKM Memberontak Selepas Rundingan Baling?
Chin Peng 'Tak Pernah Kesal'
[MK] Anas Abdullah ketika menyusuri semula kenangannya ke atas Chin Peng berkata, pemimpin Parti Komunis Malaya itu tidak menyesali tindakannya.
"Dia tidak pernah rasa kecewa. Apa yang dilakukannya adalah betul. Menentang penjajah tidak salah,” kata Anas yang mengenali Chin Peng sejak 56 tahun lalu.
“Dia terpaksa meneruskan pemberontakan selepas Rundingan Baling kerana Tunku (Abdul Rahman Putra) tidak membenarkan kami bebas.
"Anggota PKM perlu melapor diri ke balai polis, seolah-olah kami penjenayah. Ia tidak boleh diterima,” kata Anas, 56.
Anak kepada Abdullah Sudin, pemimpin Rejimen ke-10 itu berkata, Chin Peng tidak bercakap mengenai kekesalan, ketika beliau mengunjungi pemimpinnya itu di hospital pada minggu lalu.
"Chin Peng bersemangat dan optimis, walau dengan satu tiub terpasang di rongga hidung, dia menegur saya. Dia kenal saya dan nampak gembira,” katanya yang memanggil Chin Peng dengan timangan 'Pak Cik'.
Perbualan itu singkat sahaja dan Chin Peng pada masa itu nampak keletihan, kata Anas.
Namun, walau terbaring menunggu ajal, Chin Peng tidak pernah menunjukkan bahawa beliau akan mengambil tindakan yang berbeza daripada apa yang telah berlaku.
Beliau mengingati Chin Peng sebagai individu yang mudah didekati dan gemar bermain harmonica.
Katanya, beliau bergegas dari Kampung Sukhirin, di Selatan Thailand, sebaik menerima khabar bahawa Chin Peng meninggal dunia, pada 16 September lalu. - 21/9/13
P/s: Banyak orang tahu dan menerima fakta bahawa PKM merupakan salah satu pihak yang mengangkat senjata menentang penjajah Jepun dan British. Mereka bukan perunding kemerdekaan, mereka pejuang kemerdekaan. Namun, banyak orang yang tidak tahu sebab sebenar mereka meneruskan pemberontakan selepas Rundingan Baling pada tahun 1955.
Berita di atas memberikan sedikit pencerahan. Galilah sejarah untuk mengetahui lebih banyak perkara yang tidak dinyatakan dalam buku teks sekolah.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.