Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label PKM. Papar semua catatan

,

Sabtu, 21 September 2013

Mengapa PKM Memberontak Selepas Rundingan Baling?



Chin Peng 'Tak Pernah Kesal'

[MK] Anas Abdullah ketika menyusuri semula kenangannya ke atas Chin Peng berkata, pemimpin Parti Komunis Malaya itu tidak menyesali tindakannya.

"Dia tidak pernah rasa kecewa. Apa yang dilakukannya adalah betul. Menentang penjajah tidak salah,” kata Anas yang mengenali Chin Peng sejak 56 tahun lalu.

“Dia terpaksa meneruskan pemberontakan selepas Rundingan Baling kerana Tunku (Abdul Rahman Putra) tidak membenarkan kami bebas.

"Anggota PKM perlu melapor diri ke balai polis, seolah-olah kami penjenayah. Ia tidak boleh diterima,” kata Anas, 56.

Anak kepada Abdullah Sudin, pemimpin Rejimen ke-10 itu berkata, Chin Peng tidak bercakap mengenai kekesalan, ketika beliau mengunjungi pemimpinnya itu di hospital pada minggu lalu.

"Chin Peng bersemangat dan optimis, walau dengan satu tiub terpasang di rongga hidung, dia menegur saya. Dia kenal saya dan nampak gembira,” katanya yang memanggil Chin Peng dengan timangan 'Pak Cik'.

Perbualan itu singkat sahaja dan Chin Peng pada masa itu nampak keletihan, kata Anas.

Namun, walau terbaring menunggu ajal, Chin Peng tidak pernah menunjukkan bahawa beliau akan mengambil tindakan yang berbeza daripada apa yang telah berlaku.

Beliau mengingati Chin Peng sebagai individu yang mudah didekati dan gemar bermain harmonica.

Katanya, beliau bergegas dari Kampung Sukhirin, di Selatan Thailand, sebaik menerima khabar bahawa Chin Peng meninggal dunia, pada 16 September lalu. - 21/9/13


Chin Peng pernah menerima pingat Order of the British Empire. 

P/s: Banyak orang tahu dan menerima fakta bahawa PKM merupakan salah satu pihak yang mengangkat senjata menentang penjajah Jepun dan British. Mereka bukan perunding kemerdekaan, mereka pejuang kemerdekaan. Namun, banyak orang yang tidak tahu sebab sebenar mereka meneruskan pemberontakan selepas Rundingan Baling pada tahun 1955.

Berita di atas memberikan sedikit pencerahan. Galilah sejarah untuk mengetahui lebih banyak perkara yang tidak dinyatakan dalam buku teks sekolah.


, , ,

Ahad, 1 September 2013

Said Zahari: "Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan..."


Bagi Said Zahari, peristiwa 13 Mei akibat daripada golongan yang tidak senang melihat keharmonian bangsa di negara ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 1 September 2013.

[TMI] Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina.

Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu.

"13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56.

"Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor.

Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah.

"Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura.

Katanya British sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat.

Mengulas cadangan Lim Kit Siang yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan politik dari seorang ahli politik.

"Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said.

Bekas ketua pengarang Utusan itu mengatakan Umno tidak mampu bertahan lama sekiranya parti nasionalis itu tidak keluar dari kepompong kemelayuannya.

Said yang pernah memimpin akhbar itu sebelum diambil alih Umno pada tahun tahun 1961 berkata parti Melayu itu kini sudah semakin lemah dan perjuangannya boleh dianggap lesu.

"Umno itu sekiranya masih sama tidak keluar dari kepompong kemelayuannya maka ia cuma menunggu masa rebah, sekiranya masih wujud, ia hanyalah tinggal pada nama dan isinya kosong tiada perjuangan hanya kepentingan," katanya.

Pada 1961, Said memimpin wartawan Utusan mogok kerana membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar itu.

Bagi lelaki berumur 85 tahun itu, Utusan harus kekal bebas dari penguasaan mana-mana parti politik selari dengan prinsip kewartawanan yang baik.

Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya pada ketika itu oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang juga Menteri Dalam Negeri.

Said yang kini sedang menyiarkan memoir ketiganya berjudul "Menggegam Segumpal Harapan" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 17 tahun oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.

"Ramai yang tidak tahu penentang penjajah ialah mereka dari Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan.

Kerana mereka ini lantang dan bersifat radikal tidak seperti pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan namun didepan penjajah tunduk pada kuasa asing itu PKM digambarkan sebagai pemberontak cuba menghancurkan negara walhal kenyataannya bukan begitu," katanya mengulas mengenai peristiwa di ambang kemerdekaan sebelum 31 Ogos, 1957. – 1 September, 2013.




, , ,

Sabtu, 24 September 2011

“Filem Bukit Kepung patut diharamkan.” - Abdullah C.D.


Saya petik:
[Kini dan Silam] Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – “Filem Bukit Kepung patut diharamkan”, demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10.
Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai “pengganas”.
 
Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950.
 
Ditanya tentang Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, Pak Abdullah berkata, “Mat Sabu berkata benar. Dia tau sejarah dan dia berani membongkarnya.
 
“Mat Indra melawan British. Dia benci penjajah, mana boleh jadi pengganas?”
 
Seterusnya pejuang kemerdekaan ini menceritakan tentang riwayat Mat Indera sebagai guru agama dan ketua kesatuan buruh.
 
“Dia aktif dalam gerakan buruh dan dalam PKMM. Setelah darurat, dia pimpin pasukan Rejimen Ke-10 bahagian Johor.”
 
Menyebut tentang Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula, beliau telah menyingkap satu lipatan dalam sejarah yang tidak pernah terdapat dalam mana-mana buku teks.
 
“Setelah penjajah British menolak perlembagaan rakyat dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu, saya, Doktor dan Boestamam telah adakan pertemuan sulit di Kuala Lumpur. Kami bincang tentang soal perjuangan kemerdekaan ketika itu. Keputusannya, saya dan Boestamam akan ambil jalan bersenjata, dan Doktor bergerak di luar” .


Pak Abdullah pernah menjadi Setiausaha KMM Cawangan Lambor. Setelah KMM diharamkan Jepun, beliau menyertai PKM dan memimpin pasukan lasykar rakyat di kawasan Lambor dan sekitar Sungai Perak.
 
Apabila PKMM didirikan pada tahun 1945, beliau terpilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat. Dalam masa sama, beliau memimpin Jabatan Kerja Melayu. Hingga dalam usianya yang sudah lanjut, Abdullah C.D. terus bermustautin bersama-sama dengan rakan seperjuangannya di Kampung Perdamaian Sukhirin di Selatan Thailand.

 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH