Dr Dzul: Benarkan Chin Peng Dikebumikan di Malaysia
[MK] Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.
Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.
Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM.
“Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.
“Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen,” katanya.
Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand.
Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan berkata Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini.
Berkaitan:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.