Tukang Rumah Didakwa Rogol Anak Saudara
[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas enam pertuduhan merogol anak saudaranya yang ketika itu baru berusia 8 tahun.
Bagaimanapun, tertuduh, 45, yang bekerja sebagai tukang rumah, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang ketika itu berusia 8 tahun di sebuah rumah di Kampung Jerong Tuan, Marang, antara jam 4 hingga 5 petang, 8 April 2012.
Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat dan waktu sama, masing-masing pada 9 April dan 11 April 2012.Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap mangsa sama, sebanyak tiga kali di alamat dan waktu sama masing-masing pada 15 April; 16 April dan 18 April 2012.
Bagi setiap pertuduhan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sejurus pengakuan tidak bersalah direkodkan, Aslam menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh. - 26/9/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.