[PANAS] Polis Awasi Sempadan SEKAT Mayat Chin Peng Diseludup Masuk
Polis Awasi Sempadan, Sekat Mayat Chin Peng
[MK] Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk.
“Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.
Khalid dalam interaksi dengan pengguna Twitter juga mempertahankan tindakan tersebut kerana menurutnya Chin Peng bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat.
Beliau antara lainnya mengulas kenyataan MP Segambut Lim Lip Eng.
Lim membangkitkan bahawa penceroboh Sulu dari Filipina yang membunuh sembilan orang anggota keselamatan Malaysia awal tahun lalu ini di Sabah, dikebumikan di negeri tersebut.
Khalid berkata, kerajaan akan menggali semula kubur berkenaan apabila timbul tuntutan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menegaskan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dikebumikan di Malaysia.
Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan dilaporkan berkata, Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dikebumikan di kampung kelahirannya di Setiawan, Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, abu mayat itu juga tidak akan dibenarkan masuk ke bumi Malaysia. -17/6/13
P/s: Sampai begitu sekali??
Dalam hal Chin Peng, TM bersetuju dengan pandangan Dr Dzul (PAS). Kata beliau seperti dipetik oleh MK: “Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula.
Anda bayangkan berapa lama British menjajah Tanah Melayu, berapa banyak rakyat Tanah Melayu dibunuh dengan kejam oleh British? Berapa banyak hasil mahsul bumi Malaysia ini dikebas penjajah itu? Berapa lama pula Jepun mengganas di Tanah Melayu? Berapa banyak wanita diperkosa dan dibunuh oleh Jepun? Selepas merdeka, kita menjalinkan hubungan diplomatik dan kekejaman yang berlaku dibiarkan tercatat dalam sejarah. Walhal dalam kes PKM, Malaysia sudah pun berdamai dengan parti itu dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Baca kandungan perjanjian di sini.
Kata Dr Dzul, Malaysia sepatutnya membenarkan mayat Chin Peng disemadikan di sini. Dalam Rundingan Damai Haadyai 1989 seperti dipetik daripada Wiki, Chin Peng dilaporkan selaku wakil PKM berikrar taat setia kepada Yang Dipertuan Agong dan ahli PKM pula akan mematuhi undang-undang negara Malaysia. Oleh itu, tidak bolehkah Malaysia menerima jasad Chin Peng walaupun atas dasar kemanusiaan?
Bagi TM, pihak polis sepatutnya mengetatkan kawalan sempadan daripada aktiviti jenayah dan penyeludupan senjata api atau dadah, tambahan pula dikatakan senjata api banyak diseludup masuk dari negara jiran. Atas nama maruah, keluarga Chin Peng di Thailand tidak tergamak melakukan perkara yang terbayang dalam fikiran polis Malaysia.
Berkaitan:
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.