Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , , ,

Selasa, 17 September 2013

PAS (Tidak) Tolak Program Pemerkasaan Bumiputera



[TMI] PAS tidak bersetuju terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada Sabtu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak ekoran insentif itu hanya diberikan kepada satu kaum dengan meminggirkan kaum minoriti di Malaysia, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya Presiden PAS itu, mereka lebih mengutamakan kerajaan berkebajikan yang tidak hanya memfokuskan kepada kaum Bumiputera sahaja.

"Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan.


"Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP.

Katanya, kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan undi majoriti rakyat perlu diberi perhatian kerana menurutnya Pakatan Rakyat (PR) berada pada kedudukan selesa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan pada PRU13 apabila Selangor berjaya menambah tiga kerusi daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum 2008.

"Kemerosotan BN semasa pilihan raya umum lalu melihatkan parti itu meraba-raba 'mencari kawan'. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Umno kini sudah uzur dan bakal mati," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam.

Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar. – 17 September, 2013.

Berkaitan:


Hadi: Tak Betul Jika Abai Hak Kaum Lain

[MK] Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata langkah menyalurkan bantuan kepada golongan bumiputera sahaja adalah satu tindakan tidak betul.

Katanya, PAS menganjurkan dasar negara berkebajikan dan bantuan seperti itu perlu diagihkan sama rata kepada semua kaum.

"Tak betul (dasar bantuan) atas nama hak bumiputera tapi abaikan hak orang lain,” katanya lagi.

Katanya, isu bahawa masyarakat bumiputera lebih banyak ketinggalan dari segi ekonomi sememangnya difahami.

Namun, konsep tersebut harus adil kepada semua, tegasnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Beliau turut diminta menyatakan pandangan berhubung kenyataan bahawa langkah kerajaan untuk membantu bumiputera itu dibuat mengikut perlembagaan.

Mengulas perkara itu, Hadi berkata hak rakyat Malaysia juga penting. - 17/9/13



P/s: Pada ruang komen artikel ini di TMI, seorang pembaca berketurunan Cina memberikan komen yang berikut:

Liew Lean Kut: Bekas Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia perlu melatih orang Melayu supaya jadi "Towering Malays" , saya setujuh, tetapi cara Umno menjalankan itu salah! Bagaimana Malaysia boleh mengeluarkan towering malays dengan menyuap mereka setiap hari! Malaysia telah di perintah oleh Barisan selama 50 tahun tetapi orang melayu masih ada ramai miskin (kata kerajaan), bagaimana keadaan ini berlaku?

Saya setuju! Siapa mahu jawab persoalan ini? Saya tambah, siapa tibai RM52 bilion saham untuk bumiputera seperti yang diberitakan? Lapor berita yang sama, hanya RM2 bilion di tangan bumiputera. Siapa nak jawab?


Kemas Kini:

PAS Tidak Tolak Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

[TMI] PAS Selangor mempertikaikan laporan yang mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menolak program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad, berkata Presiden PAS itu bukan bermaksud menolak tetapi hanya mempersoalkan keberkesanan pelan tersebut kepada golongan Bumiputera.

"Apa yang dilaporkan itu tidak betul kerana saya yakin maksud Presiden PAS ialah beliau hanya mempersoalkan relevan pelan tersebut pada masa kini dengan Bumiputera.

"Bukan bermaksud pelan itu tidak bagus, ia bagus sekiranya memang benar golongan yang memerlukan bantuan mendapat manfaat. Namun selama 40 tahun dijalankan kami cuma lihat pendekatan pelan itu masih gagal," katanya pada sidang media PAS Selangor di Shah Alam hari ini. – 18 September, 2013.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH