Polis Tahan Perogol Gila Seks
[Mstar] BATU GAJAH: Polis menahan seorang lelaki 'gila seks' berhampiran Taman Batu Gajah Perdana, berikutan empat laporan kes rogol dan cubaan rogol di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Assisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, lelaki berusia 28 tahun, yang merupakan seorang bekas mekanik bengkel tayar ditahan di rumahnya pada kira-kira pukul 3.45 petang Sabtu.
Shaharon Anuar berkata, lelaki itu didakwa cuba untuk merogol tiga remaja dan seorang wanita, antara 11 dan 27 September.
"Lelaki itu telah meliwat seorang remaja berumur 13 tahun dekat Kota Baru, Gopeng pada 21 September dan seorang lagi berusia 16 tahun di tanah perkuburan Mendiling pada 25 September," katanya. -30/9/13
Berkaitan:
Mekanik gila seks diberkas
SHAHARON ANUAR menunjukkan motosikal dengan sebahagian nombor pendaftarannya dibuang untuk mengelak dikesan di Batu Gajah semalam.
[Kosmo] BATU GAJAH – Seorang mekanik yang menggunakan helah membantu mangsa kemalangan dan menyamar polis sebagai modus operandi untuk merogol memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini kelmarin.
Perogol bersiri berusia 27 tahun yang masih bujang itu diberkas pada pukul 3.45 petang bagi membantu siasatan berhubung dua kes rogol dan dua kes cubaan merogol yang dilaporkan berlaku di sekitar pekan itu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dua gadis berusia 17 tahun telah diperkosa oleh suspek manakala seorang gadis bawah umur dan wanita berusia 30 tahun nyaris menjadi mangsanya.
Perogol Bersiri Masuk Jerat
[HM] Batu Gajah: Seorang perogol bersiri dikesan menyamar sebagai anggota polis dan mekanik sebelum memperdayakan mangsanya dalam empat kejadian rogol dari 11 hingga 28 September lalu.
Bagaimanapun, kegiatan jijik suspek berusia 27 tahun itu berakhir apabila polis menahannya di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana, di sini, jam 3.45 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek membuat pelbagai tipu helah untuk memperdayakan mangsa selain menyasarkan remaja perempuan bagi tujuan melampiaskan nafsunya.
Menurutnya, dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa yang berusia 30 tahun menaiki kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Ipoh dan suspek yang lalu di tempat kejadian menawarkan bantuan untuk membawa kenderaan berkenaan ke bengkel berhampiran.
“Suspek mengambil RM100 daripada lelaki yang melanggar mangsa dan memberitahu dia akan membawa ke bengkel bagi memperbaiki kenderaan itu. Pada jam 8 pagi keesokan harinya, mangsa menemui suspek di bengkel berhampiran sebuah sekolah memandu di Jalan Lahat-Simpang Pulai dan ketika itu premis berkenaan belum dibuka.
“Kemudian, suspek mengajak mangsa ke tempat kerjanya untuk menghantar kunci sebelum membawanya ke Jalan Kubur Mandailing sebelum memberhentikan enjin kenderaan dan cuba merogol mangsa,” katanya.
Shaharon berkata, mangsa yang ketakutan keluar dari kereta itu sebelum suspek menerkamnya sebelum berlaku pergelutan.
“Suspek yang tidak mengedahkan rayuan mangsa bertindak merogolnya sebelum menghantar mangsa ke bengkel berkenaan.
“Mangsa yang membuat laporan polis turut mengalami kecederaan di beberapa anggota badan seperti di kaki serta tangan lebam dan calar akibat pergelutan itu,” katanya.
Dalam kejadian Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan lima bersama rakan lelakinya menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat sebelum suspek menahan motosikal mereka berhampiran sebuah kilang kawasan perumahan itu.
“Suspek kemudian memberitahu dia adalah seorang anggota polis dengan menunjukkan vest polis dan mendakwa mereka menunggang motosikal melebihi had laju.
“Suspek kemudian bertindak mengugut mangsa mengikutnya ke Balai Polis Simpang Pulai jika tidak mahu dimasukkan ke dalam lokap dan menyuruh rakan lelaki mangsa pulang. Mangsa yang ketakutan terus mengikut suspek yang kemudiannya bertindak membawanya ke hutan Jalan Mandailing di sini dan memperkosanya,” katanya.
Menurutnya, Shaharon dalam kejadian pada 21 September, seorang remaja berusia 13 tahun diperdaya untuk ke tempat sunyi di Kota Bharu, Gopeng, untuk diperkosa tetapi mangsa memberitahu sedang datang bulan dan ia kemudian mendorong suspek meliwat mangsa.
Suspek turut melakukan percubaan sama pada 11 September lalu dengan mangsa yang menaiki motosikal bersama kakaknya mengalami masalah tayar pecah dan suspek mengaku sebagai mekanik meminta mangsa menaiki motosikalnya untuk mengambil tayar baru di sebuah bengkel di Taman Tasek Batu Gajah.
“Bagaimanapun, mangsa terselamat kerana berjaya melarikan diri dengan melompat daripada motosikal suspek seterusnya melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran,” katanya.
Menurutnya, suspek kini direman sehingga 5 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, 376/511 dan 377C Kanun Keseksaan. - 30/9/13
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.