Remaja 14 Tahun Mengandung Diperkosa Abang Angkat Berusia 53 Tahun
‘53 lawan 14’
[HM] Hulu Selangor: Padah melakukan hubungan seks dengan adik angkat, seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan selepas remaja perempuan terbabit membuat laporan polis.
Perbuatan keji itu terbongkar selepas gadis berusia 14 tahun itu dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengadu sakit perut dan disahkan mengandung dua bulan, 9 September lalu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat pelajar tingkatan tiga terbabit pada hari sama sebelum siasatan dilakukan dan suspek ditahan di Serendah, di sini, Sabtu lalu.
Sumber berkata, mangsa pada mulanya enggan mendedahkan status lelaki memperkosanya kerana dipercayai takut keselamatannya terancam, namun selepas dipujuk, mangsa mengakui diperkosa abang angkatnya itu pada Jun lalu.
“Mangsa mendakwa dibawa ke sebuah premis perniagaan di Ulu Yam Lama sebelum diperkosa.
“Selepas dua bulan kejadian itu, mangsa sering mengadu tidak sihat. Namun, pada 9 September lalu, mangsa mengadu sakit perut dan dibawa ibunya ke hospital sebelum disahkan mengandung,” katanya.
Katanya, ibu mangsa yang terkejut mendengar laporan perubatan itu memaksa mangsa menceritakan kejadian sebelum membawa mangsa membuat laporan polis.
Menurut sumber, hasil laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum seorang pemandu berusia 53 tahun yang didakwa abang angkat kepada mangsa ditahan polis di Serendah untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu suspek kini direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -17/9/13
P/s: Abang angkat berusia 53 tahun? Gila? Abang angkat boleh jadi datuk angkat!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.