Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label penjajahan. Papar semua catatan

, , ,

Rabu, 25 September 2013

Mat Taib: Jangan Guna Media Putar Belit Isu Chin Peng



[TMI] Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.

“Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun.

“Jangan gunakan Utusan dan TV3 untuk seleweng fakta menakut-nakutkan rakyat dengan memutar-belit serangan komunis yang dipimpin Chin Peng. Ini tidak betul. Jangan selewengkan fakta,” katanya Muhammad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam, Selangor semalam.

Bekas Naib Presiden Umno itu turut mengecam pemimpin BN yang memberi tanggapan negatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi pada masa sama menjalin hubungan dengan China yang menyalurkan dana kepada PKM.

“Mereka hormat dan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Parti Komunis dari China yang beri duit pada Chin Peng. Kerajaan tidak beri pendedahan sebenar kepada masyarakat.

“Datuk Seri Najib Razak sendiri pun pergi ke China berpelukan dengan pemimpin di sana. Mereka berbincang dan adakan hubungan persefahaman.

“Saya nasihatkan masyarakat jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis," katanya.

Beliau berkata, kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang.

Muhammad berkata, kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat dijalankan kerana dasar kerajaan ‘talam dua muka’ mengaku anti komunis tetapi mengadakan hubungan diplomasi dengan negara China yang terbukti sejak pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein dengan menjalin hubungan diplomasi bersama Mao Zedong dan Zhou En Lai dari China.

“Pada pandangan saya Chin Peng tetap dianggap musuh kerana banyak mengorbankan anggota keselamatan negara tetapi hakikatnya ialah askar Jepun yang lebih banyak membunuh orang Melayu,” katanya.

Muhammad atau terkenal dengan nama timangan Mat Taib menyertai PAS dua hari selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya 2013 lalu.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital Antarabangsa Bunrungad, Thailand setelah lama bertarung melawan penyakit barah.

Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924.

Hujung minggu lalu bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu sebuah stesen radio tempatan Malaysia akan jadi bahan tertawa sekiranya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu masuk ke dalam negara. - 25 September, 2013.



,

Rabu, 18 September 2013

[Gambar] Siapa Tokoh Melayu yang Menjalani Latihan Tentera Jepun? Bapa Siapa?

(Biography of Tan Sri Samad Idris, hlm 327)
Biarlah gambar berbicara.

Namun mengikut sejarah dan cerita lisan, Jepun merupakan penjajah yang paling ganas pernah berkuasa di tanah tumpah darah kita ini. Rasanya semua orang tahu tentang kekejaman, keganasan, dan kebiadapan mereka. Itulah yang digambarkan dalam buku sejarah.

Kalau menonton filem Melayu lama, orang yang berkhidmat dengan Jepun ini (digelar tali barut) dilabelkan cukup teruk dan negatif berbanding dengan orang yang berkhidmat dengan Inggeris yang adakalanya diangkat dan dipuja sebagai tokoh. Hakikatnya, di Malaysia penjajah ini dilabel mengikut situasi dan kepentingan politik. Ada masanya penjajah dikecam seteruk-teruknya, ada masa penjajah dipuja setinggi-tingginya. 


P/s: Anda bayangkan jika tokoh di atas bapa kepada Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim. Saya jamin 15 tahun cerita ini akan menjadi tajuk utama media perdana negara. Mereka akan dikecam sebagai tali barut penjajah dan segala macam kejian dan makian. Namun, realitinya, tokoh di atas bukan bapa kepada Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim.

Sumber gambar: Anak Sungai Derhaka.






, , ,

Selasa, 12 Jun 2012

Dato' Onn Perisik British? Sultan Johor Raja Pertama Sain Malayan Union?...



Kredit paparan skrin: Manjung Mari

P/s; Tidaklah mahu saya menambah atau memberikan komen tentang perkara di atas. Untuk pengetahuan anda, Zaharin juga sebelum ini mendedahkan 2000 anggota polis menyamar sebagai peserta Bersih 3.0 di dinding FBnya. Sehingga kini, tiada siasatan dibuat terhadap kenyataannya itu.



,

Ahad, 26 Februari 2012

Dalam Situasi PENJAJAHAN, Ada Istilah "Penjajahan Tidak Sepenuhnya"?



Agak melucukan apabila ada pihak-pihak tertentu, misalnya dalam laporan di atas, cuba "menyedapkan" hati orang lain atau pun diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit dan sukar diterima akal.

Kata profesor dalam laporan media di atas, Malaysia tidak dijajah sepenuhnya dengan alasan raja pada waktu itu ada peranan dalam hal ehwal agama dan adat istiadat dan menjadi ahli mesyuarat. Profesor yang mengeluarkan kenyataan ini buat-buat lupa bahawa kuasa pemerintahan pada waktu itu dipegang sepenuhnya oleh penjajah. Siapa berkuasa membuat keputusan walaupun ketika itu raja dijemput sebagai ahli mesyuarat?

Hasil bumi kita diangkut sehingga kontang, anak Tanah Melayu pada waktu itu dibunuh, dirogol, diaibkan, atau dipenjarakan, raja dan pembesar pula dihina dan kuasa mereka dirampas. Jika tidak masakan ada penentangan terhadap penjajah hasil pakatan raja dan pembesar, misalnya penentangan seperti yang berlaku di Pasir Salak berpunca daripada campur tangan British dan rampasan kuasa mengutip cukai dan pendapatan negeri daripada tangan raja dan pembesar.

Rakyat Malaysia yang mengikuti silibus pembelajaran Sejarah sejak dahulu hingga kini cukup sedar tentang hal ini. Namun, profesor seperti dipetik oleh BH di atas mencari alasan untuk menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sepenuhnya. Walhal dalam situasi penjajahan, tidak pernah ada istilah penjajahan separuh, suku, tiga per empat, dan sebagainya. Apabila kedaulatan negara dicabuli, kuasa pemerintah dirampas, hasil bumi dirompak maka penjajahan tetap penjajahan.

Apabila profesor ini mengatakan bahawa raja pada waktu penjajahan hanya mempunyai peranan dalam soal agama Islam dan adat istiadat, cuba fikirkan peranan raja-raja pada zaman sekarang?

Fikir...! -DCM


P/s: TM ulas secara spontan sahaja. Jika mahu maklumat lanjut, jangan malas membaca.






, , ,

Selasa, 11 Oktober 2011

Apabila Tokoh Sejarah Flip Flop: Penjajahan TETAP Berlaku


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Okt — Ahli Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, penjajahan tetap telah berlaku di Tanah Melayu walaupun kehadiran kuasa penjajahan adalah melalui perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja Melayu sejak Perjanjian Pangkor pada 1874, yang terpaksa menerima nasihat British dalam pelbagai bidang pentadbiran.

Sebelum ini beliau dan beberapa profesor didakwa mengeluarkan pandangan bahawa negara ini sebenarnya tidak dijajah, sebaliknya menjadi wilayah naungan British.

Dalam kenyataan terkini, Zainal berkata, perjuangan kemerdekaan bukan sekadar mengembalikan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan mengiktiraf tuntutan rakyat seluruhnya dari dominasi kolonialisme British bahkan menentang ancaman keganasan, penindasan dan kekejaman daripada gerakan penderhakaan Parti Komunis Malaya (PKM) dengan penentangan militan dan bersenjata mereka di Tanah Melayu.

Pendirian itu dikeluarkan susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu bahawa Malaysia pernah dijajah — respons yang bercanggah dengan penegasan beberapa profesor bulan lalu bahawa negara hanya menjadi naungan British.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan pendirian tersebut sekali gus menafikan pandangan MPN bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.

“Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah,” kata beliau.

Tambah beliau, “kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun, takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. (Selama) 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya.”

Pun begitu, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim tetap mempertahankan pendirian bahawa Malaysia tidak pernah dijajah sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu seperti “orang kebanyakan yang tidak faham undang-undang.”

Kata Khoo, hanya negeri-negeri Selat yang pernah menjadi tanah jajahan British sementara negeri-negeri Melayu yang lain telah berada di bawah naungan British.

Sebelum ini, Zainal menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk “penjajahan”.

Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.

Dalam penjelasan terperinci menerusi satu e-emel, Zainal memberitahu The Malaysian Insider bahawa, status negeri-negeri Melayu sebagai negeri-negeri naungan terutama Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu dan tidak sama kedudukannya dengan tanah jajahan seperti Singapura, India, Burma, Rhodesia atau Kwazulu di Afrika, apalagi jika dibanding dengan Kanada dan Australia.

“Namun, persaingan hebat bangsa-bangsa Eropah merebut tanah jajahan di seluruh dunia mendorong berlakunya kolonialisme di Tanah Melayu,” kata beliau dalam respons kepada The Malaysian Insider.

Ahli akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini menambah, penjajahan membawa kesan-kesan yang berlainan di antara negeri-negeri Melayu, namun terdapat pemeliharaan sistem kerajaan Melayu, adat Melayu dan agama Islam melalui Durbar atau Mesyuarat Raja-raja meskipun Raja-raja Melayu hanya merupakan pemerintah pada nama dan tidak dinasihati mahupun dirundingi dalam hal-hal pentadbiran dan hubungan luar.

Menurut pegawai British R.O. Winstedt, jelas Zainal, kedaulatan raja Melayu masih berterusan dengan kuasa pengampunan di tangan mereka.

“Dalam keadaan inilah, maka British terpaksa memaksakan penghapusan kedaulatan raja itu walaupun sekadar ‘legal fiction’ tatkala menubuhkan Malayan Union,” kata beliau lagi.

Zainal seterusnya menjelaskan bahawa penjajahan yang semakin menular dan mendalam di tangan pentadbiran British selepas penubuhan Negeri-negeri Bersekutu pada 1896 maka raja-raja Melayu yang tidak setuju berbuat demikian dan kekal sebagai Negeri-negeri Tidak Bersekutu.

“Namun, Raja-raja Melayu sedar akan kehilangan kuasa itu dan menuntut dikembalikan kuasa kerajaan Melayu pada dekad 1920-an melalui proses terkenal sebagai pemencaran yang cuba memujuk Negeri-negeri Tidak Bersekutu masuk ke dalam Persekutuan Negeri-negeri Melayu.

“Proses itu gagal dengan penentangan pegawai British dan para pedagang British dan China,” katanya.

Jelas Zainal, selepas Perang Dunia II, British berusaha menjadikan seluruh Tanah Melayu sebagai “koloni” melalui rancangan Malayan Union 1946 atas alasan kecekapan pengurusan, kuasa pemerintahan langsung Malayan Union ialah oleh seorang gabenor.

Rancangan itu ditentang hebat sepenuhnya oleh seluruh orang Melayu kerana menghapuskan kedaulatan Melayu dan menyamaratakan status kerakyatan semua penduduk Tanah Melayu.

Rancangan itu telah gagal dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948 yang menyatukan semua negeri kecuali Singapura.

“Sejak awal kurun ke-20 orang Melayu telah amat sedar akan kesan buruk penjajahan terutama dengan imigrasi melimpah pendatang asing yang menjadi kaya-raya di Tanah Melayu.

“Dengan demikian muncul nasionalisme Melayu yang kemudian para pejuangnya berusaha menuntut kemerdekaan melalui Indonesia Raya sebelum Perang Dunia II,” tambah beliau.

Zainal juga berkata, pada zaman penentangan Malayan Union, pelbagai pertubuhan nasionalis Melayu bersatu di bawah Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pekembar yang kemudian menjadi Umno tetapi mereka berpecah kembali kerana perbezaan matlamat perjuangan itu.

“Selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, yang tidak disetujui oleh bukan Melayu dan segolongan kecil Melayu, maka telah muncul pula ancaman baru terhadap kerajaan oleh PKM terdiri daripada orang China komunis yang menggunakan taktik keganasan dan penindasan orang awam serta pemusnahan harta-benda dan telah disertai oleh segolongan nasionalis Melayu dalam Rejimen Ke-10 untuk menentang atas nama MNLA (Malayan National Liberation Army), sayap ketenteraan PKM.

“Maka perjuangan kemerdekaan yang berlaku pada masa itu tergendala oleh perisytiharan darurat British yang tidak disokong oleh sebahagian besar penduduk China kerana konskripsi sehingga ada yang pulang ke negeri China.

“Namun ancaman militan komunis yang ingin menubuhkan republik komunis di Tanah Melayu itu juga menjadi pendorong untuk British menerima tuntutan Umno (bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai parti Perikatan) bagi membentuk kerajaan sendiri selepas pilihan raya persekutuan pada 1955,” katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri, maka tuntutan kemerdekaan sepenuhnya oleh rakyat Tanah Melayu berlangsung melalui rundingan di London.

“Pada 1957, British menandatangani perjanjian dengan Majlis Raja-raja Melayu selaras dengan perjanjian asal kedudukan mereka di Tanah Melayu dan kemerdekaan sepenuhnya terlaksana melalui demokrasi dengan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.



, , ,

Isnin, 5 September 2011

[Video-Wajib Tonton] Apa Persepsi Anda Apabila Menonton Filem Bukit Kepong Selepas Ini? Jawapan Mat Sabu terhadap Fitnah UMCO & Geng


Saban tahun setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, filem Bukit Kepong adalah antara filem wajib tayang yang disiarkan di kaca televisyen. Jalan cerita yang digarap oleh TS Jins Shamsuddin berjaya menyentuh hati dan perasaan orang Melayu. Filem itu juga menyemarakkan rasa benci rakyat terhadap komunis. Namun benarkah itu yang berlaku? Walhal pendedahan hari ini jelas menunjukkan bahawa serangan itu disasarkan kepada polis yang berkhidmat dengan British, bukan PDRM dan peristiwa itu berlaku pada tahun 1950. Operasi itu pula diketuai oleh Mat Indera, pejuang kemerdekaan negara.

Tidak mengapalah! Waktu itu, kita masih jahil tentang sejarah sebenar Bukit Kepong. Waktu itu rujukan kita hanya teks sejarah yang ditulis oleh sejarawan UMCO. Kita selama ini dibutakan oleh sejarah dan propaganda UMCO. Alhamdulilah, hari ini tembelang dan penipuan sejarah kemerdekaan negara kian terbongkar.

Itu pendapat saya, anda?

Mat Indera diapit oleh polis upahan British. Siapa yang anda sokong? Pejuang kemerdekaan atau tali barut British?
Jenazah Tuk Janggut dikawal oleh soldadu Melayu upahan British. Siapa yang anda sokong?


Sedutan filem Bukit Kepong:


Jawapan Mat Sabu:




P/s: Bagi orang yang masih mahu mempertahankan sejarah garapan UMCO, silakan!



, , ,

Rabu, 31 Ogos 2011

Siapa Mat Indera? Apa Implikasi Pendedahan Kisahnya dan Serangan UMCO & Utusex terhadap Mat Sabu?


UMCO ternyata silap besar kerana memperbesarkan isu Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong yang diselitkan dalam ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, namun dilaporkan oleh Utusex pada 27 Ogos lalu. Jika tarikh ceramah pun sudah salah, apatah lagi laporan yang ditulis oleh akhbar itu. Mat Sabu dilabel seolah-olah menyokong komunis dan tidak menghormati polis-polis British yang terkorban semasa peristiwa itu.

Saya tidak mahu menulis panjang, maklumlah hari ini baru hari raya kedua.

Siapa Mat Indera yang menyerang rumah pasung British? Kisahnya ada disiarkan di Berita Harian. Jangan terkejut, walaupun dilabelkan sebagai pengganas oleh British kerana menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong, orang yang mengenalinya menganggap beliau sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Tidak jelas? Baca di sini.

Dalam berita di atas, Mat Indera Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang mengangkat senjata menentang British. Mat Indera ditangkap selepas British mengugut beberapa penduduk kampung yang rapat dengannya.

Apa implikasi isu ini kepada UMCO dan masyarakat? Sebelum melihatnya dengan mendalam. Cuba lihat fakta Peristiwa Bukit Kepong. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 dan JELAS bahawa semasa kejadian negara kita masih BELUM MERDEKA. Tanah Melayu pada waktu itu dijajah oleh BRITISH. Seperti yang dibangkitkan oleh TT, mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung itu ialah orang yang berkhidmat dengan penjajah British, bukannya polis diraja Malaysia. Persoalan yang wajib kita fikirkan, adakah mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung Bukit Kepong itu akan diberi penghormatan yang sama jika mereka berkhidmat di bawah pemerintahan Jepun? Jawab!!!

Fakta ini sebenarnya dikaburkan oleh buku sejarah kita dan sudah tentu filem Bukit Kepong yang acap kali disiarkan ketika negara menyambut Hari Kebangsaan. Sehingga kontroversi ini, saya yakin banyak orang yang tidak sedar akan fakta itu. Banyak yang menganggap perisitiwa itu berlaku selepas negara merdeka. Jika selepas negara merdeka, maka tindakan Mat Indera itu sewajarnya dipersoal dan dikecam kerana beliau menentang polis yang berkhidmat dengan YDP Agong. Tuntasnya, sesiapa pun yang berjuang menentang penjajah sebelum 31 Ogos 1957 adalah pejuang kemerdekaan negara termasuklah individu yang dilabel UMCO sebagai pengganas.

Dengan pendedahan ini, banyak orang yang mula membaca untuk mendapatkan info yang tepat dan jelas. Selepas pendedahan isu ini, banyak orang mula mempersoal: Mengapa berkhidmat atau menjadi tali barut penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dilabel sebagai PENGKHIANAT, KEJI, dll, tetapi mereka yang berkhidmat dengan penjajah British tidak dikenakan label yang sama?

Jawapannya, sila lihat sejarah, cuba lihat pekerjaan dan hubungan pembesar UMCO dengan British. Rata-rata mereka berkhidmat sebagai pegawai dalam sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.  Malah banyak juga pemimpin UMCO yang mempunyai hubungan yang baik dengan British.  Jika berkhidmat dengan Jepun dihina, mengapa dengan British tidak dilabel begitu? Walhal dari segi kekejaman, kerakusan, kesialan, kekeparatan, TIADA beza antara Jepun, Belanda, Portugis, dan British!!!- DCM



P/s: Selepas ini mungkin banyak orang akan mempertikaikan penyiaran filem Bukit Kepong menjelang Hari Kebangsaan!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH