[Video] Hasan Ali Tayang 3 Klip Video Didakwa Pengakuan Individu Murtadkan Orang Islam
Isu murtad ini bukan isu baru. Sejak awal tahun 1990-an lagi kita sering mendengar pengakuan bekas imam, individu yang mendakwa direkrut menjadi penyebar agama lain. Pengakuan mereka dimuatkan dalam CD atau disiarkan di laman web, majalah, dan akhbar tabloid. Isu ini juga pernah hangat diperkatakan sebelum disensasikan oleh HA semula. Malah Mufti Perak pernah mendakwa ratusan ribu orang Islam diancam gejala murtad yang dikaitkan dengan pengruh agama tertentu. Jabatan agama juga berkemungkinan mempunyai maklumat lanjut tentang hal ini hasil pendedahan bekas murtad yang kembali ke pangkal jalan. Yang peliknya, walaupun didedahkan oleh mufti mesra UMNO dan mungkin mempunyai maklumat penting daripada bekas murtad, namun apa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan UMNO sehingga sekarang masih ada pihak yang mendakwa gejala murtad kian parah?
Murtad bukan sahaja berlaku di Selangor, malah dengar khabar wabak ini lebih parah di Sabah dan di Sarawak. Walaupun hanya 1 kes, gejala murtad tetap sesuatu yang perlu ditangani dengan serius. Cuma yang kita tidak setuju apabila perkara ini dijadikan modal politik untuk kepentingan diri dan periuk nasi individu dan parti politik. Contohnya, mengapa UMNO terpekik terlolong meluahkan rasa bimbang kononnya penularan wabak murtad kian berleluasa sedangkan lebih 54 tahun kuasa di tangan mereka? Isu murtad ini perlu ditangani oleh kerajaan pusat (UMNO) yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dan sebagainya. Mengapa perlu menghentam parti politik tertentu atau kerajaan negeri tertentu yang mempunyai kuasa yang terbatas?
Jika kerajaan secara serius mahu menangani masalah ini, maka segeralah menguatkuasakan undang-undang pencegahan murtad dan mengambil tindakan lain yang bersesuaian. Berdasarkan laporan akhbar, ada beberapa negeri masih belum mewartakan undang-undang pencegahan ini. Jika HA ikhlas memperjuangkan isu ini, caranya bukan dengan mensensasikan di media sehingga mencetuskan kebimbangan penganut agama lain atau menyerang bekas parti politik atau kerajaan negeri yang pernah menjadi majikannya suatu ketika dahulu, tetapi mengesa kerajaan pusat (UMNO) yang memiliki kuasa untuk menangani isu ini secara proaktif dan hikmah.
Dalam kalut-kalut kita memperkatakan isu murtad, kita perlu sedar bahawa murtad bukan hanya berlaku apabila orang Islam menganut agama lain atau terpengaruh oleh agama lain, tetapi boleh juga berlaku dengan menolak hukum dan perkara-perkara yang terkandung dalam al-Quran. Bayangkan berapa banyak orang di Malaysia boleh jatuh murtad apabila menolak atau memperlekeh hudud dan sebagainya.
Adakah video ini yang dimaksukan oleh Hasan Ali? Klik sini.
Berita Berkaitan:
[BH] PETALING JAYA: Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini dengan menayangkan video selama 16 minit kepada media membabitkan pengakuan dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.
Beliau berkata, menerusi gerakan Unit Selamatkan Akidah (USA) pengakuan secara sukarela dua individu terbabit berjaya dirakam dan dipaparkan menerusi versi video di kediamannya, sebentar tadi.
"Video pengakuan dua individu terbabit dirakam dalam tiga versi iaitu 16 minit, 42 minit dan versi yang tidak disunting itu satu jam 30 minit," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
Susulan tayangan video terbabit, pihak media dilarang merakam visual, audio dan imej yang disiarkan bagi menjamin keasliannya serta menghormati hak individu terbabit.
Berdasarkan pemerhatian Berita Harian Online, video yang dihoskan Dr Hasan sendiri menampilkan seorang lelaki berusia 27 tahun memceritakan pengalamannya apabila dikristiankan.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.