Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Ahmad Awang. Papar semua catatan

, , , ,

Rabu, 9 September 2015

Ghairahnya Mahu Runtuhkan Rumahtangga Orang




Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga bagi calon-calon PAS dalam pilihan raya umum yang lalu adalah suatu yang misteri.

Pimpinan pusat PAS berkali-kali menafikan wujudnya baiah tersebut sejak 2009 lagi.

Terbaru tiga hari yang lalu setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS Datuk Nik Zawawi Salleh menegaskan bahawa mereka tidak pernah meluluskan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga itu.

Ini bererti PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU sekiranya benar baiah tersebut di kenakan ke atas wakil-wakil rakyat PAS di negeri tersebut.

Ini bermakna baiah sumpah baiah taklik talaq tiga tidak diperakui oleh ulama PAS sendiri.

Dan dengan sendirinya tindakan PAS Kelantan itu adalah bukti tidak walaknya mereka kepada kepimpinan ulama.

Maka tidaklah sepatutnya isu tersebut dibangkitkan oleh pimpinan PAS Kelantan khasnya apatah lagi pimpinan Pusat PAS amnya.

Kesungguhan sesetengah pemimpin PAS yang begitu ghairah mahu meruntuhkan rumahtangga di kalangan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menimbulkan kehairanan besar di kalangan masyarakat umum.

Seolah-olah mahu dipisahkan semua wakil-wakil rakyat ini dengan pasangan masing-masing tanpa sedikit pun ingin melihat hujah dan pandangan ahli fekah yang memberi jalan keluar kepada persoalan hukum menghiasi dada-dada media.

Tidaklah dinafikan adanya pendapat ahli fekah yang menghukumkan jatuh talaq dengan sumpah taklik oleh suami terhadap isterinya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan sifat taklik dalam baiah politik seperti yang dilakukan oleh PAS.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang bersungguh-sungguh ini seakan-akan mahu membalas dendam dan ‘gembira’ melihat rumahtangga sahabat yang dahulunya berjuang dalam PAS, runtuh dan musnah.

Seakan-akan tiada ruang untuk hujah menyelamatkan rumahtangga ini dikedepankan.

Islam diwajahkan dengan pandangan yang cukup jelek seolah-olah politik kepartian Islam ini kerjanya mencerai-berai rumahtangga orang semata-mata dengan cuba menjadikan perjuangan politik Islam sebagai alasan untuk mewajarkannya.

Institusi keluarga

Institusi keluarga merupakan entiti penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara, bahkan terhormat dan mulia kedudukannya di sisi Islam.

Melindungi keluarga termasuk dalam kategori melindungi kehormatan dan zuriat keturunan yang merupakan salah satu daripada maqasid (tujuan-tujuan) syariah yang lima perkara.

Jelas bahawa keutuhan integriti keluarga merupakan sesuatu yang dilindungi dalam syariat Islam.

Walaupun perceraian antara suami isteri dibolehkan dalam Islam tapi itu adalah perkara yang hanya wajar dilakukan dalam suasana yang amat mendesak dan tidak ada jalan keluar yang lain untuk mengatasi masalah rumahtangga.

Bahkan dalam masalah perbuatan ilaa’ atau bersumpah tidak menyetubuhi isteri dalam tempoh lebih empat bulan pun jelas kesukaan Allah terhadap pernikahan berbanding penceraian.

Allah S.W.T berfirman (Al-Baqarah, 226-227):

“...kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Dan pada waktu mereka berniat memilih talak, maka Allah berfirman:

“Dan jika mereka berazam (untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin menyebut dalam Durus wa Fatawa Haramul Makki:

“Ini menunjukkan bahawa Allah tidak suka terhadap orang yang memilih jalan talak daripada kembali menyambung tali pernikahan.”

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap orang yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus adalah mempermain-mainkan kitab Allah.

“An-Nasai meriwayatkan dari Mahmud bin Labid: Bahawa ada seorang memberitahu kepada Rasulullah bahawa ada orang yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus. Baginda bangkit dengan berang seraya berkata: Apakah ada yang berani mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih hidup di kalangan kamu? Kemudian seorang bangun dan berkata di hadapan Rasulullah: Biar aku bunuh dia wahai Rasulullah?”

Walaupun akhirnya sahabat itu tidak dibenarkan meneruskan hasratnya untuk membunuh pihak yang menjatuhkan talak, peristiwa ini menunjukkan bahawa soal hubungan suami isteri dan keluarga sesuatu yang tidak wajar dihubungkaitkan dengan sebarang kepentingan politik kepartian.

Ini demi menjaga keutuhan dan nama baik keluarga itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 89:

“Allah tidak menghukum kamu lantaran sumpah-sumpah yang kamu lafazkan secara tidak sengaja, tetapi Dia menghukum kamu lantaran sumpah yang kamu sengajakan. Bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.

"Sesiapa yang tidak berupaya untuk melunaskan denda tersebut, maka dia hendaklah berpuasa selama tiga hari. Ini sebagai denda penebus sumpah kamu apabila kamu terlanjur bersumpah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila bersumpah. Demikianlah Allah menerangkan titah perintah-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.”

Umat Islam dituntut agar berhati-hati berkaitan dengan sumpah ini dan tidak bermudah-mudah mengheret institusi dan kehormatan keluarga dalam pertarungan politik kepartian.

Maksud firman-Nya: “Jagalah dan berhati-hatilah terhadap amalan sumpah di kalangan kamu.”

Dengan perkataan lain, jangan mempermudah dan memperbanyak sumpah dalam budaya hidup kamu.

Dalam sumpah laknat, rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya, sesuai dengan perutusan Islam itu sebagai Rahmat untuk seluruh alam.

Bermohon istighfarlah dengan Allah.

Sungguhpun mungkin si pelafaz sumpah telah memohon kecelakaan dan laknat terhadap dirinya, namun Allah bukan Tuhan yang suka-suka hendak menurunkan laknat kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengetahui bahawa sumpah itu bukanlah niat sebenar bagi calon itu melainkan hanyalah tatacara yang dipaksakan ke atasnya oleh partinya yang mahu memastikan calon itu patuh kepada parti berkenaan dan tidak melompat kepada parti lawan (Umno-BN).

Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang sama sekali tidak tunduk kepada kebencian dan kegeraman manusia pendendam yang mendoakan keburukan kepada orang yang hanya berbeza pendapat atau yang memasuki wadah politik Islam yang lain.

Apatah lagi si pelafaz sumpah berkenaan masih komited terhadap perjuangan Islam dengan wadah yang baru, bukanya melompat kepada parti lawan yang di maksudkan ketika melafazkan sumpah baiah dahulunya.

Realiti kerosakan masyarakat

Realitinya ketika ini, memang terdapat kerosakan masyarakat yang parah; rasuah dibudayakan demi memenangi tampuk kuasa dan pilihan raya.

Malah ada kerajaan yang sedia berkuasa di sesebuah negara lumrah membeli calon dan pemimpin dengan mengajukan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Sehingga – dengan sebab itu – ada parti politik yang terlanjur melibatkan institusi keluarga untuk menjamin kesungguhan dan integriti calon mereka; agar tidak mudah dipujuk dan dibeli.

Mereka mengadakan semacam sumpah hingga mentaklikkan cerai isteri; baik satu atau tiga sekali gus dengan tindakan politik tertentu oleh penutur sumpah itu sendiri.

Amalan politik mempertaruhkan rumahtangga calon sememangnya tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.

Ia merupakan ciri warisan masyarakat jahiliah.

Kerana itu PAS sendiri melakukannya dalam keadaan misteri dan menyembunyikan amalan yang boleh mengaibkan imej parti.

- AHMAD AWANG penasihat umum AMANAH.


, , , , ,

Sabtu, 20 Jun 2015

Ahmad Awang Pertimbang Saman Hadi Kerana Dakwaan Calon DAP


Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS. 

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider. 

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi. 

Menjelang pemilihan pada muktamar tahunan ke-61 parti itu di Kuala Selangor, Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui video mendakwa, pertandingan itu antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS. 

"Boleh pilihlah antara yang DAP hendak atau yang kita (PAS) hendak,"katanya dalam rakaman video yang disebarkan secara meluas melalui media sosial khasnya di kalangan perwakilan muktamar itu. 

Semasa pemilihan pula, 'cai' atau senarai calon kumpulan pro beliau disebarkan di kalangan perwakilan yang sedang berbaris untuk mengundi. 

Dalam pemilihan itu, kumpulan pro-Hadi menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding. 

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam cai pro-Hadi itu, memenangi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, namun meletakkan jawatan kira-kira seminggu selepas itu. 

Selain Ahmad, bekas bendahari dan juga pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi juga turut mengkaji mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuat fitnah terhadapnya. 

Asmuni, seorang peguam dan pernah mewakili Hadi dalam kes saman RM2 juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi menyatakan perkara ini melalui satu posting dalam Facebook beliau sebaik sahaja selesai muktamar PAS tersebut. -The Malaysian Insider/20/6/15


,

Rabu, 10 Jun 2015

Ustaz Ahmad Awang Rancang Pertemuan Penyandang yang Kalah


Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS minggu lalu.

Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.

“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.

“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.

"Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad mencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Beliau tewas di tangan penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Calon golongan ulama menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

Timbalan baru kepada Hadi adalah Tuan Ibrahim Tuan Man memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden - Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - tersingkir dan digantikan dengan Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Ab Samad.

Sementara itu, Ahmad berkata beliau menolak untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) walaupun ditawarkan jawatan tertinggi.

“PasMa elok jadi NGO saja, saya tidak boleh komen mengenai ini, saya tidak akan sertai PasMa,” katanya. -Malaysia Kini/10/6/15


, , ,

Ahad, 31 Mei 2015

Ustaz Ahmad Awang: Serang Peribadi Bukti Habis Modal


Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.


"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi. 

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserangoleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberikebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.


"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah," katanya.

Justeru itu, bekas naib presiden Umno itu berkata lagi, menjelang muktamar PAS ke-61, beliau berharap agar parti itu tidak akan menyingkirkan golongan profesional.

Ini kerana, sekiranya PAS mengambil pendirian untuk menolak golongan profesional, dikhuatiri ia akan menjadikan parti itu lemah dan golongan tersebut tawar hati untuk menyertai PAS selepas ini.

"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.

"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara," katanya lagi. - Malaysia Kini/31/5/15


,

Khamis, 28 Mei 2015

Calon Presiden PAS: Perkasakan Pakatan Rakyat


Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahlinya yang mempunyai pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu perlu dilakukan memandang ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang presiden parti bagi memastikan semua ahli bersatu.


"Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan.

"Itu tugas dan kewajipan presiden," katanya yang turut berharap supaya tiada perpecahan ahli PAS selepas muktamar pada awal Jun depan.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Hadi dalam pemilihan PAS kali ke-61 di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Yang berikut sedutan temu bual Ahmad bersama Malaysiakini.

Selepas tahun 1956 - selepas 13 tahun, kenapa baru sekarang ustaz bertanding jawatan presiden parti. Selama ini jawatan itu menang tanpa bertanding. Apa yang menyebabkan ustaz memutuskan untuk bertanding jawatan itu?

Bila kata mencabar, saya tak ambil pengertian "mencabar" presiden. Cuma saya menganggap saya ambil tanggungjawab memenuhi tuntutan atau permintaan daripada sebahagian ahli parti yang mencalonkan saya untuk jawatan tersebut. Dan dalam PAS, memang kita parti yang amalkan sistem demokrasi dan dalam perlembagaan, kita diberi hak kepada setiap ahli untuk dicalonkan apa jua jawatan dalam parti. Dari jawatan presiden sampailah ke peringkat ahli jawatankuasa.

Soal sebelum ini tak ada mana-mana pihak yang dicalonkan untuk mengisi jawatan itu, itu bergantung pada keadaan parti setiap masa. Mungkin disebabkan parti sekarang melihat jawatan presiden perlu ada calon lain. Calon presiden sekarang adalah golongan yang dilihat sebagai golongan agamawan atau ulama dan (calon) yang lain saya lihat tak ada persediaan (untuk bertanding), jadi saya menyahut dan hormati kehendak sebahagian mereka (ahli).

Jadi kecenderungan ramai mahu saya dicalonkan. Dan apabila saya fikir dan timbang serta hormati kehendak ahli, berdasarkan perlembagaan parti dan dari segi hukum agama pun tak jadi kesalahan jika seseorang bersedia untuk dicalonkan bagi parti gerakan Islam.

Ini bukan perlawanan nak tentang satu sama lain tapi ini satu pertandingan dan persaingan yang sihat dan sebagai persaingan idea, pemikiran untuk dilihat oleh perwakilan. Mereka boleh memilih bagi menentukan sama ada sesuai atau tidak menerajui PAS sekarang yang dilhat sebagai pertubuhan bukan hanya sebuah parti seperti zaman 30-an dulu yang macam kampungan. Kerana dalam PAS sekarang ada pelbagai ahli dari latar belakang berbeza. Jadi saya sahut cabaran untuk bersetuju menerima pencalonan ini setelah berfikir amat dalam.

Ustaz dianggap memecah tradisi parti?

Saya menghormati beliau (Hadi) dan kalau jumpa pun saya panggil dengan panggilan mesra iaitu 'ayah chik'. Itu menunjukkan kemesraan kami. Walaupun lima tahun sejak kebelakangan ini jarang bersama. Dan saya rasa tak timbul (pecah tradisi), saya tetap hormati dia sebagai rakan, sahabat dan juga salah seorang naib presiden Persatuan Ulama Sedunia. Saya pula ada menubuhkan cawangan Persatuan Ulama Sedunia dan dengan sendiri dalam konteks hubungan Persatuan Ulama Sedunia pun kami bersama.

Dulu walau ada konflik dalaman parti, jawatan presiden tetap tidak dicabar. Adakah masalah yang melanda PAS sekarang begitu kronik sehingga ahli meminta ustaz bertanding?
Amalan demokrasi itu satu perkara. Macam kita lihat tadi, barangkali PAS dalam suasana politik hari ini berada dalam politik negara dan parti nasional kerana duduk di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan saingan kepada BN. Jadi perkara mutakhir ini mungkin dirasakan sebahagian ahli untuk melihat persaingan di kalangan pimpinan dalam konteks kepimpinan iaitu pelaksanaan tanggungjawab dalam parti supaya lebih komprehensif yang menunjukkan kepada amalan kebijaksanaan dalam kepimpinan. Mungkin mereka kini nak lihat sesuatu yang lebih baik. Bukan bermakna sekarang tak baik.

PAS kini dilihat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ahli PAS yang pro-ulama dan profesional. Ustaz yang mana satu?

Pada saya PAS hanya satu kelompok kumpulan sahaja iaitu ahli Parti Islam Se-Malaysia. Saya akui ahli mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang profesional, berpendidikan dan pelbagai arah pemikiran. Tapi kita melihat kepelbagaian pemikiran, pandangan, sudut pandang berbeza dalam parti itu sebagai satu perkara yang baik. Dan apabila diurus, dengan kepelbagaian itu capai objektif yang komprehensif dan keputusan bersama dapat diperolehi.

Berbeza pendapat, pandangan ini kepelbagaian yang cantik tapi perlu diolah dan diselaraskan sehingga lahir satu kesepakatan. Dalam Islam, ia mengaturkan prinsip dalam jamaah berdasarkan kepada permesyuaratan.

Jadi ustaz tak meletakkan diri ustaz di mana-mana pihak?

Saya kira yang memberi gelaran pro-ulama dan sebagainya ini, pada saya ia masalah yang mesti kita perbetulkan dan selaraskan. Dan dalam PAS pun ada perlembagaan parti dan menjadi tugas pemimpin untuk menyatupadukan ahli dengan segala usaha dan ikhtiar dan menjadikan parti yang didukung ini, ahlinya bersatu dengan pendapat yang berbeza. Dan akhirnya, pemikiran yang terbaik itu akan dipilih untuk dijadikan keputusan bersama.

Berdasarkan pemilihan kawasan, Hadi dilihat mempunyai peluang dan kelebihan yang lebih besar. Mungkin ustaz ada strategi ustaz untuk berkempen memenangi jawatan ini?

Soal berkempen tak timbul. Tetapi bila ahli calonkan saya, saya setuju dan oleh itu saya kena berusaha. Mereka yang calonkan saya juga kena usaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Dalam pertandingan ada menang dan kalah. Kalau masuk untuk main-main dan tak nak menang, saya pun tak menerima pencalonan ini. Tapi saya melihat, kita berusaha dan ikhtiar dan ahli perlu beri dukungan. Dengan ikhtiar ini, insya-Allah boleh capai kemenangan.Semua itu kita serahkan pada perwakilan. Ini usaha kita. Ia bukan tak boleh dicapai. Kita percaya dengan keyakinan itu, kita serahkan dan dalam berusaha, kita juga perlu beri maklumat yang diharapkan sampai kepada perwakilan.

Adakah ustaz meletakkan peratusan keyakinan untuk menang pada pemilihan kali ini?

Soal yang penting ialah usaha dan ikhtiar dan ia meyakinkan saya boleh capai kemenangan. Serah pada perwakilan. Benda ini bukan perkara yang tak boleh dicapai dan dari situ datang peratusannya.

Apa ustaz harapkan apabila menjadi presiden? Dan apakah perkara pertama ustaz akan lakukan sekiranya menang jawatan ini?

Pertama sekali ialah perkukuhkan dan perbaiki parti serta menyatupadukan sebahagian aliran-aliran yang telah membawa kepada seolah-olah tak boleh ada kebersamaan. Saya balik pada teras asal. PAS yang ada ini sudah baik dah, tetapi baiki berasaskan prinsip dan perlembagaan PAS. Itu tugas dan kewajipan presiden. Dan perkasakan Pakatan Rakyat. Tetapi sebelum ke sana, saya nak perkasakan jamaah dulu. Bagaimana cara nak laksanakannya, bagi saya menang dulu.



Saya tak mahu melihat yang kalah (dalam pemilihan) nanti diasingkan. Dan saya selalu mengetengahkan bahawa yang kalah jangan tubuh parti atau kumpulan lain. Saya percaya semua ahli PAS sayang parti seperti saya. Saya tak mahu terus ada perpecahan dalam PAS selepas muktamar. Usaha ini boleh dilaksanakan. Tambahan pula Majlis Syura ini terdiri daripada ulama dan mereka beri nasihat untuk membimbing agar jangan berlaku perselisihan faham pada jamaah.

Jika ustaz kalah, adakah tetap akan meneruskan visi ini?

Insya-Allah. Saya bersama sahabat saya pun, tujuan kita dalam kedudukan PAS adalah untuk terus maju ke hadapan bersama Pakatan dan slogan "PAS For All" kita nak terus terbina. (PAS) bukan hanya untuk Melayu dan ahli PAS sahaja.

Dalam erti kata lain, adakah presiden sekarang gagal untuk menyatupadukan dan kukuhkan parti?

Yang itu saya punya visi. Yang orang itu, dia punya visi dia. Kena tanya dia. -Malaysia Kini/27/5/15


, ,

Selasa, 26 Mei 2015

Idea Kerajaan Perpaduan Tidak Pernah Dipersetujui - Ustaz Ahmad Awang


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang menafikan bahawa idea kerajaan perpaduan (UG) pernah dipersetujui selepas krisis politik yang menyumbang kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Menurutnya, perkara itu hanya dimaklumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tiada sebarang keputusan yang dibuat memandangkan Mursyidul Amnya ketika itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Sebenarnya makna UG ialah semua parti bergabung dan menjadi kerajaan. Tapi idea itu hanya dilontarkan begitu sahaja dan tak ada satu keputusan," kata Ahmad ketika diwawancaraMalaysiakini.

"(Bagaimanapun), akhirnya timbul bahawa (UG) itu di definisikan kepada rundingan antara PAS dan Umno dan ia ditentang keras oleh Nik Aziz. Jadi UG tak jadi dilaksana," katanya yang menjadi pesuruhjaya negeri itu pada ketika itu.

Ahmad yang akan mencabar Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti bulan depan berkata, idea kerajaan perpaduan tersebut juga tidak mendapat sambutan daripada mana-mana parti.

Malah pada masa yang sama, Ahmad itu berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melobi beberapa ahli parlimen Sabah supaya menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, rancangan untuk menggulingkan kerajaan BN pada 16 September 2008 itu juga tidak berjaya, kata Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS .

"Benda itu semua gagal," katanya lagi.

Ditolak ahli

Ditanya sama ada Muktamar PAS kali ke-61 menjadi penentu pembentukkan kerajaan perpaduan, tokoh agama dari Gunung Semanggol, Perak itu berkata perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ia ditolak oleh ahli parti.

"Setakat saya melihat, Pakatan Rakyat yang menjadi keputusan parti sejak muktamar sebelum ini.

"Belum ada mana-mana pihak pun khasnya Majlis Syura mengeluarkan pendapat atau berbincang supaya mengkaji agar PAS meninggalkan Pakatan. Tak pernah timbul.

"Jadi status quonya ialah PAS tetap dalam Pakatan dan tak timbul isu kerajaan perpaduan. Itu pastinya bercanggah dengan pendirian majoriti ahli PAS," kata Ahmad.

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' pada Selasa, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak dan mendakwa dipersetujui Anwar dan Nik Aziz. 

Presiden PAS itu berkata pada masa itu, BN cuba nak pancing wakil rakyat PAS dan menegaskan parti itu tidak akan mengulangi sejarah untuk menyertai BN.

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Anwar dan Nik Aziz. Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya." kata Hadi.

Bagaimanapun, kenyataan Hadi itu dinafi sekeras-kerasnyaoleh PKR apabila parti itu berkata, Anwar atau mana-mana pemimpinnya tidak pernah bersetuju dengan idea untuk bergabung dengan Umno untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan. -Malaysia Kini/26/5/15


,

Muktamar PAS: Apabila Bulan Tidak Terus Mengambang



PAS diberi amaran kalah pada pilihan raya umum akan datang sekiranya masih mengekalkan kepimpinan sedia ada, kata calon presiden parti Islam itu Ahmad Awang.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, perkara itu dijangka akan terjadi sekiranya kepimpinan sedia ada terpilih semula dan pihak yang kalah diketepikan pada pemilihan ke-61 awal bulan depan.

"Kalau mereka ini yang terpilih, (kalau) mengenepikan mereka yang kalah, saya percaya PAS tak boleh pergi ke depan. PAS kalau tidak ke belakang, hanya kekal di situ sahaja.

“Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang (pilihan raya), silap-silap Kelantan pun terbang," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Ahmad berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan PAS Jun depan di Kuala Selangor.

Hadi pertama kali dicabar sepanjang 13 tahun kepimpinannya.

Ini dipercayai susulan kenyataan dan tindakannya yang didakwa tidak menguntungkan Pakatan Rakyat.

Yang berikut sedutan temu bual Ahmad bersama Malaysiakini.

Malaysiakini: Bagaimana ustaz lihat pencapaian Hadi sepanjang memimpin PAS berbanding allahyarham (presiden sebelumnya) Datuk Fadzil Noor?

Ahmad: Pencapaian Hadi berdasarkan pencapaian terdahulu. Kita tak boleh nak letak bersendirian. Masa ustaz Fadzil Noor, dia meluaskan ruang dan tidak hanya terhad kepada golongan ulama atau orang yang berlatar belakang agama sahaja tetapi golongan profesional turut menyertai PAS dan ia berjaya.

Pencapaian yang dicapai Fadzil disambung terus oleh Hadi selama lebih satu dekad. Semasa zaman almarhum, lahir Barisan Alternatif dan DAP tinggalkan Barisan Alternatif kerana menerima kekalahan besar pada 1999 kerana bersama PAS.

Tapi pada 2008, keputusan PRU12 membawa balik DAP bersama PKR dan PAS dan wujudnya Pakatan Rakyat di mana presiden ketiga-tiga parti adalah pimpinannya.

Pencapaian ini sambungan almarhum dan diperkuatkan pada zaman presiden sekarang. Cuma mutakhir ini ada masalah dalam konteks hubungan ketiga-tiga parti khasnya antara PAS dan DAP dan mungkin PKR juga.

Tetapi PAS tetap mendukung atau berpendirian untuk bersama Pakatan sebab kalaulah tak bersama Pakatan, seolah-olah PAS kebelakang dan menjadi parti yang berkisar bukan sahaja pada orang Melayu tetapi hanya kepada Pantai Timur sahaja.

Dengan slogan "PAS For All" (PAS untuk Semua), jadi kita tetap untuk meneruskan usaha ke arah menyiapkan PAS di peringkat nasional dan antarabangsa dan saya ada keyakinan itu. Semua (presiden) mempunyai kelebihan masing-masing di setiap zaman mereka.

Mungkin keadaan sekarang, anjakan oleh pihak dan sebahagian ahli untuk memperluaskan lagi usaha supaya (PAS) tidak balik ke belakang.

Andai kalah pada pemilihan kali ini, akan sertai parti lain? 

Kalau saya sendiri saya tak sedia menyertai parti lain dan saya tak mahu mereka (penyokong) ke parti lain.

Kalau mereka ini yang terpilih, mengenepikan mereka yang kalah, saya percaya PAS tidak akan boleh pergi ke depan. Kalau tak terbelakang akan kekal di situ. Jadi banyak perkara tak boleh dilaksanakan menjelang PRU14.

Kalau begitu keadaannya, saya tak nampak PAS boleh menang. Silap-silap Kelantan terbang. Maknanya, ahli akan menilai, (kalau) macam ini teruk (parti), mereka akan bangkit semula supaya tidak ambil pimpinan tadi kerana majoriti tidak bersedia dengan golongan yang mengasingkan kumpulan yang seolah-olah tak memihak pada mereka.

Sekiranya ustaz kalah, adakah akan tamat hubungan PAS dan Pakatan? 

Tak semestinya. Mungkin ada pemimpin lain yang kuat untuk bersama Pakatan. Mungkin boleh diteruskan usaha itu dan mungkin memakan masa untuk perbaiki keadaan itu. Kalau yang nombor satu tak dapat bersama dengan orang lain pun, payah juga.

Mungkin lepas muktmar, kalau betul saya kalah, mudah-mudahan tidak, tapi dapat 40 atau 45 peratus sahaja undi, ini juga satu mesej yang boleh menjadi peringatan kepada presiden yang menang.

Tentu dia akan baiki apakah sebab orang tidak boleh menerima kedudukan yang sedia ada. Maknanya, ini sebagai wake up call. Sebabnya sudah teruji berdasarkan peratusan itu dan ia juga satu kejayaan pada saya.

Ustaz bersedia untuk berdebat dengan Hadi? 

Oleh kerana Harakah Bazaar bawah organ parti dan saya pernah cakap sebelum ini bahawa organ parti tak boleh digunakan oleh mana-mana calon untuk nyatakan sikap dan pendirian mereka untuk berkempen.

Sekarang ini, bila dah digunakan oleh Harakah, sepatutnya saya pun diberi peluang juga. Tapi saya belum berhubung lagi dengan mereka. Saya akan cuba hubungi tapi kalau (mereka) tak bagi tak apalah.

Ahmad diwawancara oleh Al-Abror Mohd Yusuf dan Zulaikha Zulkifli.

,

Selasa, 19 Mei 2015

Ustaz Ahmad Awang: Mengapa Saya Cabar Presiden PAS?



Ketika kenyataan rasmi ini ditulis, saya baru sahaja selesai mengikuti program Global Convention Of Scholars For Palestine yang berlangsung di Beirut selama seminggu bermula 16 Mei lalu.

Mudah-mudahan kenyataan ringkas ini mampu menjawab persoalan rakan-rakan dalam PAS dan rakyat umumnya berhubung sebab dan tujuan saya menerima pencalonan untuk bertanding presiden PAS sesi 2015-2017.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang dipandu perlembagaan, telah menetapkan dalam Kaedah 4.8.6, Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2014), bahawa “Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan sahaja yang layak bertanding di dalam pemilihan kecuali bagi kawasan yang mempunyai kurang daripada lima (5) cawangan dan negeri yang mempunyai kurang daripada 5 kawasan di mana satu (1) pencalonan sahaja sudah memadai bagi Kawasan dan Negeri tersebut”.

Justeru penerimaan pencalonan ini secara asasnya kerana diizinkan bahkan diraikan dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Bahkan jika sahabat-sahabat lama PAS masih ingat, pertandingan seumpama ini pernah berlaku antara Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad sekitar tahun 1956.

Menariknya pertandingan ketika itu menatijahkan kesan yang baik kepada jemaah dan meningkatkan ukhuwah dan mahabah sesama anggota PAS.

Rentetan sejarah positif berikut, saya dengan penuh takzim menggagaskan faktor-faktor utama yang mendorong saya bertanding:

(1) Saya berhasrat - tentunya dengan dokongan semua - ingin mempererat ukhuwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah. 

Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu "Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing".

PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff “kal bunyanum marsus”, iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain.

Setiap ahli keluarga PAS perlu menginsafi bahawa 'binaan' PAS ini tidak dibina dengan hamparan merah. Perit dan jerih silih berganti.

Maka sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan 'binaan' ini terus utuh demi memikul amanah siasah dan dakwah di bumi Malaysia ini.

Dengan kesatuan ukhuwah ini juga, seluruh saf jemaah dapat memberi fokus untuk menunaikan amanah pentadbiran bagi negeri yang telah PAS menangi seterusnya berusaha memenangi negeri-negeri yang masih belum lagi kita menangi.

Amanah yang dipundakkan di bahu PAS hakikatnya terlalu berat. Hampir mustahil amanah ini dapat dilunaskan jika ahli dan pimpinan di setiap peringkat tidak fokus dan tidak bersatu.

(2) Meraikan perbezaan pandangan lantas mengurusnya dengan hikmah dan bijaksana. 

Sebagai sebuah gerakan Islam yang cukup berpengalaman, dan memiliki bilangan ahli yang mencecah jutaan, bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan?

Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulama. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen 'anti itu' dan 'anti ini'.

Keadaan ini sesuai sepertimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradhawi, "Perbezaan pendapat itu tidaklah berbahaya, khususnya dalam soal furuk sebahagian usul yang bukan asas. Akan tetapi yang berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita!"

Setiap sosok tubuh ahli PAS itu adalah rahmat yang Allah kurniakan kepada PAS. Maka terpulang kepada kepimpinan sam aada untuk bersyukur atau mensia-siakan peluang yang Allah berikan.

(3) Terus mempersada PAS di arena nasional. 

PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun di seluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 ADUN inilah yang akan menjadi ‘qudwah’ atau contoh panduan kepada rakyat.

PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan ahli Parlimen dan ADUN PAS.

Wakil-wakil rakyat inilah yang perlu sentiasa aktif membincangkan polisi-polisi di peringkat nasional dan negeri, mencadangkan pembaharuan kepada Kerajaan, dan perlu bersikap akomodatif kepada tuntutan rakyat.

Selain mengoptimumkan peranan wakil-wakil rakyat PAS, PAS mempunyai ramai lagi tokoh berketerampilan yang boleh dikehadapankan.

Lihat saja sejarah, terlalu ramai pemimpin PAS yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan rakyat. Saya percaya inilah harapan rakyat terhadap PAS.

Rakyat mahu melihat kepimpinan PAS terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan isu-isu mereka.

(4) Terus aktif berpartisipasi dalam isu-isu internasional. 

Pengalaman 17 tahun sebagai Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cukup mendedahkan saya betapa PAS perlu menjadi pendukung kuat kepada agenda pembangunan Islam sejagat.

PAS merupakan antara gerakan yang terkehadapan dalam mengetengahkan Islam di lapangan demokrasi.

Oleh itu saya berhasrat untuk memastikan PAS akan terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman PAS untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

Hari ini dunia Islam berhadapan dengan rencam global yang sangat mencabar. Serangan terhadap Islam datang dari segenap penjuru.

Wujud kempen halus yang cuba melabelkan Islam sebagai antidemokrasi dan prokeganasan.

Bahkan terkini, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak penguasa Mesir keatas Dr Muhammad Morsi, rakan-rakan seangkatan beliau dan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi juga sudah cukup memperlihatkan kebangkitan Islam dalam pentas politik antarabangsa perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi.

Maka kehadiran PAS di arena antarabangsa itu sendiri sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada seluruh tohmahan negatif ini.

Selama 61 tahun di lapangan demokrasi, PAS terus konsisten mengetengahkan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan ummah.

Akhirnya, saya melihat bahawa teras kekuatan PAS selama ini ialah ahli yang bersatu padu, mengutamakan perjuangan lebih daripada kepentingan diri dan keluarga serta hala tuju dan matlamat yang jelas sama ada di dunia mahupun akhirat.

Ketika ketiga-tiga ini kembali menyatu dan kukuh, saya yakin dan percaya PAS tidak hanya akan hadir sebagai tiang seri kekuatan Pakatan Rakyat bahkan lebih jauh mampu membuktikan kepada dunia bahawa PAS mampu melaksanakan sebaiknya amanah kepimpinan.

Ini sebagaimana yang disebut Al-Mawardi, "Iqamatiddin wa siayatud dunya bih", membangunkan agama Allah dan mentadbir dunia dengannya. - AHMAD AWANG calon presiden PAS.

, ,

Isnin, 27 April 2015

PAS Berpecah Selepas ‘Ulama Muda’ Mahu Kuasai Parti - Bekas Naib Presiden PAS



Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang mengatakan kemunculan kumpulan ulama muda bercita-cita tinggi dan mahu menguasai sepenuhnya parti Islam itu sebagai punca kepada kemelut yang melanda pada ketika ini.

Ahmad yang sudah mendapat cukup pencalonan untuk melawan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, kumpulan tersebut merasakan mereka sepatutnya menguasai parti selepas berada dalam keadaan kukuh hasil kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP.

"Jadi maknanya, punca kepada perkara ini antaranya ada golongan terbaru ini (ulama muda), kerana mereka sekarang merasakan mereka yang sepatutnya patut menguasai parti sebab PAS sudah ke depan dan berada di persada politik tanah air," katanya dalam satu forum yang diadakan di Ampang, Selangor malam tadi. Beliau turut merasmikan buku "Melakar Agenda", tulisan Dr Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir dalam forum tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib.

Menurut Ahmad, kumpulan ini juga menentang kuat kerjasama PAS dengan PR kerana mereka mungkin tidak sedar kejayaan parti sebenarnya hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Mereka ini mendapat nikmat hasil kemenangan Pakatan tapi bagi saya mereka ini terlupa kemenangan ini sebab ada Pakatan," katanya.

Memberikan contoh kemenangan PAS di Selangor, Ahmad berkata mustahil untuk parti Islam itu menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika tanpa kerjasama PR.

"Kalau PAS sahaja bertanding secara sendirian saya tidak percaya PAS boleh dapat 15 DUN di Selangor ini," katanya.

Beliau juga mengkritik kumpulan ulama muda ini yang disifatkannya lupa daratan kerana tanpa PR, kejayaan PAS tidak mungkin akan berjaya seperti sekarang.

"Kalau masa tidak ada peluang menang dahulu, ustaz-ustaz ini kalau ditawar jadi calon pun, belum pasti sanggup bertanding.

"Sekarang ini, masing-masing nak jadi calon pasal nikmat, berebut nak pegang jawatan di peringkat kawasan dan negeri," katanya.

Ahmad juga mempersoalkan kumpulan ulama muda kerana mudah memberi label seperti liberal atau sekular kepada individu tertentu walhal mereka tidak pernah memahami istilah pengorbanan yang terpaksa dihadapi pemimpin PAS sebelum dapat mengecap kejayaan sekarang ini.

"Orang-orang ini tidak pernah berasa susah, bila mereka balik sudah lihat semua sudah mudah dan bercahaya, orang dahulu seperti Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ), Dr Hatta (Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli), Saari Sungib (Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang), mereka ini semua masuk penjara," katanya.

Sebelum ini, Ahmad juga pernah membangkitkan mengenai serangan ke atas Mohamad yang dibuat melalui baju-T dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

Ahmad juga menegaskan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya, Hadi.

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.

PAS pada ketika ini dilanda kemelut dalaman akibat perbezaan pendapat sama ada mahu bersama atau meninggalkan PR. Selain itu, presiden PAS sering kali melakukan tindakan yang menentang parti PR seperti DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil DUN Kajang.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (kiri), Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib (kanan) ketika pelancaran buku ‘Melakar Agenda’ di Ampang, Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang (kiri), Dr Mujahid Yusof Rawa (tengah) Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib (kanan) ketika pelancaran buku ‘Melakar Agenda’ di Ampang, Selangor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 27 April, 2015.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS terutama Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam PR.

Ahmad masih belum membuat keputusan untuk melawan Hadi, tetapi sekiranya berlaku pertandingan beliau mengharapkan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Ahmad juga dilihat sebagai seorang tokoh ulama yang perlu diketengahkan. – Md Izwan/The Malaysian Insider/27 April, 2015.

, ,

Selasa, 14 April 2015

Kemelut dalam PAS Bukan Perkara Kecil, Ahmad Awang Bantah Hadi



Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.

"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera.

"Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS," kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa “permainan politik” yang berlaku dalam parti itu sekarang.

Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.

Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS.

"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.

Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.

"Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya," kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.

"Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.

Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.

"Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka.”

Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.

Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini. Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden.

Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) – PAS, DAP dan PKR.

Antaranya ialah langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang yang berkaitan.

Kemelut itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar, tetapi tidak dipersetujui PAS, terutamanya Hadi, walaupun PKR dan DAP setuju hanya satu nama harus dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Keadaan menjadi bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan meminda Enakmen Jenayah Syariah II negeri itu, dalam usaha membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, disusuli tindakan Hadi membelakangkan PR dengan memohon membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat, bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965.

Tahun lepas, akibat keadaan yang tidak stabil dalam PAS itu, beberapa ahli parti Islam itu memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan mengukuhkan hubungan dalam pakatan pembangkang. –  The Malaysian Insider/14 April, 2015.



Kredit TB




, ,

Pemilihan PAS: 'Tiada makna cabar Hadi kalau kempen kotor' - Ustaz Ahmad Awang


Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara.

Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini.


"Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah.

“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu.

Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS.

Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan.

Ahmad (atas), bekas naib presiden yang tidak mempertahankan jawatan sebelum ini dilihat antara alternatif terbaik bagi kumpulan yang kritikal terhadap Hadi.

Masalah pimpinan Majlis Syura

Beliau meraih populariti di kalangan kumpulan pro-Pakatan Rakyat dalam PAS.

Sementara itu, ulama disegani dan veteran PAS itu antaranya mendakwa berlaku amalan fitnah, tuduh menuduh dan gelar menggelar antara pemimpin parti Islam itu.


Lebih jauh lagi, Ahmad mendakwa kepimpinan tertinggi PAS di negeri-negeri dan Majlis Syura Ulama secara terang-terang "menyalah guna kedudukan" untuk meraih sokongan kepada calon proulama.

“Jika terus berlaku, ia akan membawa perpecahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Ahmad yang pernah terlibat dalam pentadbiran kerajaan terkenal sebagai tokoh ulama PAS berpendidikan Timur Tengah yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat sewaktu krisis Perak 2009.

Beliau, ketika itu pemimpin PAS negeri, tegas menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno yang antaranya turut digerakkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ketika itu.

Walaupun pernah bersara daripada politik sebelum ini, penyokongnya kini melihat beliau alternatif kepada Hadi yang sedang berdepan krisis keyakinan susulan tindak tanduknya tidak menguntungkan Pakatan akhir-akhir ini.

Nizar mangsa di Perak


Sementara itu, mengulas lebih lanjut budaya tidak sihat dalam kempen pemilihan PAS, Ahmad membangkitkan kes di Kampar dan Tambun apabila pemimpin pro-Pakatan tewas dalam pemilihan kawasan.

Ahmad mendakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (kanan) antara yang menjadi mangsa fitnah dengan digelar "tali barut DAP" melalui sebaran risalah kempen.

Akibatnya, kata Ahmad, Nizar tewas dalam pemilihan yang dipertua kawasan kepada ketua urusan ulama tempat itu.

Ahmad juga membangkitkan sikap memihak kepimpinan Majlis Syura Ulama khususnya mursyidul Am yang baru Datuk Dr Haron Din yang terang-terang mahu Hadi dikekalkan sebagai presiden.


"Dia (Haron) perlu berlaku adil, menasihat supaya perwakilan menjaga adab. Isytihar suruh pertahan presiden, orang lain tak boleh. Kita tidak mahu mursyidul am masuk campur.

"Jangan salah guna kuasa, ia boleh menjatuhkan imej parti dan menambahkan lagi imej buruk pimpinan khususnya ulama," katanya.

Bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) itu juga berkata kecenderungan menggunakan kedudukan juga dilakukan oleh beberapa pesuruhjaya PAS negeri dan dan anggota Majlis Syura.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada jawatankuasa pemilihan PAS berhubung dakwaan itu. - Abdul Rahim Sabri/Malaysia Kini/14/4/15


,

Rabu, 1 Julai 2009

PERIHAL HARUSSANI ZAKARIA



Tajuk di atas dipetik dari artikel majalah Milenia Muslim (MM) Bil. 82 keluaran bulan Mei lepas. Ia merupakan tajuk Fokus keluaran berkenaan yang ditulis oleh editor majalah berkenaan, Zulkafly Baharuddin, hasil temubual beliau dengan Dato' Seri (kini Tan Sri) Harussani Zakaria (TSHZ). Di antara lain, kandungan artikel tersebut dipetik:


"Sekembalinya ke Ipoh, Dato' Seri Harussani menemui Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad berkata beliau tidak akan mahu bekerjasama dengan mereka yang zalim. Bagaimana beliau boleh menganggap sedemikian walhal mereka yang beliau tuduh zalim itu adalah orang Melayu beragama Islam tetapi Ustaz Ahmad lebih bekerjasama dengan orang kafir.


Hasil dari keengganan Ustaz Ahmad adalah senario politik di Perak hari ini. Ikuti luahan pandangan beliau, terhadap beberapa peristiwa yang berlaku di Perak hari ini ..."


Saya tidak berhajat dalam posting ini menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan oleh TSHZ dalam majalah berkenaan kerana jawapan saya mengenainya akan disiarkan oleh majalah MM dalam keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya. Memang saya tidak berpuashati atas kelewatan menyiarkannya, walhal Datuk Hj Mohamad Nakhaie Hj Ahmad, penaung majalah berkenaan bersetuju temubual dengan saya itu akan disiarkan dalam keluaran Jun atau Julai. Tunggulah jawapan dan pandangan saya mengenai luahan TSHZ nanti.

Apa yang saya nak tulis di sini adalah mengenai cerita Harussani di sebalik peristiwa masa lalu di antara saya dengan beliau. Di sini suka saya nyatakan di antara saya dan TSHZ tidak ada sebarang masalah peribadi. Hubungan baik kami tidak pernah terganggu dengan perbezaan pendapat dan fahaman politik. Saya sejak dari kolej sudah menjadi pendokong PAS walaupun saya belum menjadi ahli. Kami sering berbeza pendapat mengenai isu-isu semasa samada berkaitan politik, hukum-hakam, undang-undang dan sebagainya. Tetapi adakalanya pula kami sependapat dan sependirian dalam isu-isu seperti gejala murtad, gejala sosial dan keruntuhan akhlak, isu kumpulan anti-hadith, isu pendidikan Islam dan sebagainya.

Latarbelakang Peribadi
Mengenai latarbelakang peribadi, kami kebetulan sama-sama berasal dari daerah Kerian, Perak. Saya dilahirkan di Simpang Ampat Semanggol, manakala TSHZ berasal dari Jalan Baru, Parit Buntar. Perbezaan usia kami juga tidak jauh, umur saya 73 manakala Harussani 70. Seperti kebanyakan penduduk Kerian, kami berasal dari rumpun keturunan Banjar (Al-Banjari). Dalam kad pengenalan sebelum merdeka dahulu tertulis di dalam bahasa Inggeris "Malay Banjarese". Dahulunya keturunan Banjar sangat kuat berpegang kepada agama dan ramai yang menjadi ulama'.

Kami mula berkenalan semasa sama-sama menuntut di Kolej Islam Malaya Klang, Selangor. TSHZ adalah penuntut junior saya, kerana beliau memasuki kolej pada 1960 manakala saya sudah berada di tahun akhir dan menamatkan pengajian pada tahun akademik 1961. Setelah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah, saya balik ke tanah air bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Ketika itu saya mendapat tahu TSHZ baru saja berpindah ke Pulau Pinang menjawat jawatan Kadhi Besar negeri itu. Sebelum itu beliau bertugas di Bukit Aman dengan PDRM (jawatan beliau saya tidak tahu).

Semasa beliau menjadi Kadhi Besar Pulau Pinang (1966-1984?), beliau aktif berceramah dakwah di Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak. Seingat saya, ketika itu kami belum berbeza pendapat secara yang ketara mengenai isu-isu semasa. Saya masih ingat beliau pernah berkata: "Kita berdua ni sama dianggap sebagai pembangkang kerana pendapat kita yang tegas mengenai isu-isu umat Islam." Waktu itu saya duduk dalam kereta yang beliau memandunya untuk kami pergi ke satu tempat di Pulau Pinang. Saya ketika itu bertugas sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, Bahagian Agama JPM (kini JAKIM).

Berbeza Pendapat
Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian TSHZ berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:

* Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.

* Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon TSHZ dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.

* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.

* Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada TSHZ ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, TSHZ sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.

* Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Benzantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009.

Demikianlah di antara cerita di sebalik peristiwa Harussani dengan saya. Ada lagi beberapa contoh peristiwa perbezaan pendapat di antara kami berdua, namun perkara yang paling penting membezakan Ahmad Awang dan Harussani ialah pegangan dan fahaman politik kami masing-masing. Saya tidak pernah menyembunyikan pegangan politik Islam saya semenjak belum menjadi ahli PAS lagi. Semasa saya memegang jawatan Pegawai Kerajaan tidak pernah saya menyembunyikan pegangan saya. Manakala Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayunya. Saya katakan politik Melayu bukan politik Islam. Walaupun beliau sering membangkitkan isu Islam, tetapi dasarnya adalah Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO.

Contoh paling jelas apabila beliau yang mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi begitu bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan UMNO menubuhkan kerajaan Melayu di Perak sebaik sahaja UMNO/BN gagal membentuk kerajaan selepas keputusan PRU Ke-12 diumumkan sepenuhnya menjelang jam 12 malam 8 Mac 2008. Atas arahan Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Ketua Perhubungan UMNO Perak (waktu itu), beliau bersusah payah pada malam itu ketika hujan lebat bertolak dengan kereta ke Kota Bharu menemui Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pada esok paginya pula menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi untuk tujuan mendapat persetujuan mereka. Tapi kedua-duanya menolak dengan mudah dan memberikan alasan tertentu. Sekembalinya Harussani ke Ipoh, beliau menghubungi saya melalui telefon (bukan berjumpa seperti yang ditulis dalam artikel majalah MM berkenaan). Saya menolak tawaran UMNO yang dibawa oleh Harussani dengan memberikan alasan dan hujah yang beliau tidak dapat menyanggahnya. Ikutilah penjelasan saya dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos akan datang seperti yang dijanjikan penerbitnya.

Dari cerita di sebalik peristiwa yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tan Sri/Dato' Seri Hj Harussani Zakaria adalah seorang mufti yang berpolitik dan parti yang didokongnya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenal dalam bahasa Inggerisnya dengan United Malay National Organisation (UMNO).

SUMBER: USTAZ AHMAD AWANG

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH