[Video&Gambar] Pasukan Pembela Siber Pak Menteri Mula Bertindak & Robengah "Mengaku" Tidak Diperkosa Pak Menteri
Dalam kes membabitkan Pak Menteri, jurublog pro-UMCO yang bersimpati dengan Pak Menteri berkenaan memulakan langkah untuk membelanya. Mereka menuduh dua jurublog elit, iaitu Rocky dan BigDog yang mendedahkan hal ini mempunyai agenda tertentu terhadap Pak Menteri berkenaan. Tulisan mereka turut "mengutuk" dan "menyindir" dua orang jurublog elit tersebut, malah sudah wujud "banner" yang mempermainkan kedua-dua jurublog itu. Ada sesetengah jurublog yang seolah-olah mengishytiharkan perang terhadap kedua-dua blog elit tersebut.
Walhal kedua-dua blog elit itu tidak menuduh atau menyiar nama Pak Menteri berkenaan dalam kiriman mereka. Cuba baca kiriman pertama mereka tentang hal ini. Dalam kiriman tersebut, kedua-dua blog menimbulkan persoalan, dengan harapan persoalan itu akan disiasat oleh pihak polis. Kedua-dua blog itu menulis berdasarkan pendedahan Wikileaks dan dokumen yang dikatakan dikeluarkan oleh Migrant Care.
Blog-blog pro-PR juga menulis artikel di blog masing-masing berpandukan dokumen terbabit. Hal ini sekaligus menolak dakwaan bahawa blog-blog yang menyentuh isu ini mereka-reka cerita atau membuat tuduhan liar seperti yang terkandung dalam kenyataan media menteri tersebut. Malah setahu saya, blog yang mula-mula mengaitkan nama Pak Menteri berkenaan secara jelas dengan kes ini ialah MT. Selepas itu, barulah blog-blog lain mengaitkan secara langsung nama Pak Menteri berkenaan dengan kes tersebut.
Tiada siapa pun yang menuduh Pak Menteri berkenaan merogol amahnya secara melulu. Jurublog dan pemimpin pembangkang mempersoalkan kesahihan kes itu dan meminta Pak Menteri berkenaan menafikan tuduhan itu. Hasilnya, selepas dua minggu mendiamkan diri, Pak Menteri berkenaan menafikan tuduhan itu dan menganggap pendedahan itu hanya bermotif politik, berniat jahat, berisi tuduhan liar, dan sebagainya. Penafian semata-mata tidak mencukupi kerana lazimnya orang yang bersalah pasti akan menafikan kesalahannya. Justeru semua pihak meminta pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dan sehingga kini tiada tindakan serius yang diambil.
Timbul persoalan di sini:
* Mengapa Pak Menteri berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Migrant Care yang dikatakan mengeluarkan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah?
* Mengapa Pak Menteri berkenaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Robengah?
* Mengapa Pak Menteri berkenaan mengambil masa dua minggu untuk menafikan tuduhan itu sedangkan beliau mengambil tindakan pantas untuk menyaman Rocky dalam satu tulisan yang mengaitkan anak lelakinya dengan geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara?
* Mengapa Pak Lah yang dikatakan mengetahui kes ini masih belum menafikan dakwaan bahawa beliau menyembunyikan hal ini?
* Mengapa pihak polis masih lagi belum menjalankan siasatan mendalam?
* Mengapa SKMM masih belum menyiasat kes ini seperti yang ditimbulkan oleh Rocky?
Antara persoalan yang dikemukakan oleh jurublog pro-UMCO termasuklah:
* Mengapa Robengah menunggu 5 bulan sebelum mendedahkan hal itu kepada Migrant Care? Dalam hal ini, Robengah mungkin masih dalam keadaan trauma dan merasa malu untuk mendedahkannya. Robengah mungkin tidak "setabah" Saiful Liwat. Hal ini turut didedahkan dalam dokumen tersebut yang menyatakan bahawa Robengah tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana hal itu akan mendatangkan aib kepada keluarganya.
*Mengapa Husam yang mungkin mengetahui hal ini tidak mendedahkan hal ini? Yang ini, Datuk Husam perlu perjelaskan sendiri.
Sekumpulan jurublog pro-UMCO telah mengunjungi Pak Menteri berkenaan di kediamannya. Misi mereka ialah membersihkan nama dan membela Pak Menteri berkenaan. Macam tidak percaya, Pak Menteri berkenaan kini menggunakan blog untuk membersihkan namanya. Adakah ini salah satu strategi yang difikirkan oleh Pak Menteri berkenaan selama dua minggu mendiamkan diri? Saya petik sedikit:
Ikuti temubual ekslusif yang berjaya kami lakukan bersama Sumati di kediaman DS Dr Rais semalam. Temubual ekslusif ini disaksikan oleh beberapa bloggers termasuklah RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET), Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat dan saya sendiri, Cucu Tok Selampit. Sahabat kami, Minaq Jinggo ditugaskan untuk merakamkan keterangan yang diambil dari rakan sebilik Robengah selama 10 tahun, Sumati.
Walaupun kami bloggers seperti nama di atas kerap berselisih pandangan mengenai sesuatu isu, sering bertelagah dan bertengkar sehinggakan pernah tidak bertegur sapa selama beberapa ketika, dalam isu DS Dr Rais Yatim difitnah dengan tuduhan mengaibkan iaitu memperkosa orang gajinya sendiri, kami membuang perbezaan di antara kami demi membersihkan nama seorang Menteri Kabinet yang cuba dijatuhkan oleh pihak-pihak tertantu.
Selain menyiarkan luahan hati Rais dan isteri, kumpulan jurublog itu juga menyiarkan berita yang menyiarkan kenyataan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat dan pengakuan Robengah yang mendakwa dirinya tidak pernah diperkosa (bersumberkan DetikNews, malah Astro Awani turut memetik berita di portal tersebut). Saya petik perenggan berkenaan:
Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerjaya Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada.
"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur dalam rilis ke detikcom, Jumat (7/1/2011).
Kumpulan jurublog ini turut menyiarkan temubual eksklusif dengan pembantu rumah yang dikatakan rakan sebilik Robengah semasa berkhidmat di rumah Pak Menteri berkenaan:
| Sumati |
Adakah dengan menyiarkan video ini, tuduhan terhadap Pak Menteri berkenaan boleh didiamkan begitu sahaja? Adakah petikan daripada DetikNews itu sudah memadai untuk membersihkan nama Pak Menteri berkenaan dan membakulsampahkan laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa pihak? Orang mungkin akan mempersoal bahawa Sumati mungkin sudah diminta bercakap bohong. Kenyataan Robengah di Detik News itu mungkin direkayasa dan sebagainya. Justeru, penyiaran video dan laporan berita di portal itu bukanlah jalan terbaik untuk membersihkan nama Pak Menteri berkenaan.
Jika benar Robengah tidak pernah diperkosa oleh Pak Menteri berkenaan , maka pihak media seharusnya menemu bual bekas amah tersebut (tidak perlu malu jika tidak diperkosa) dan siarkan pengakuannya di media. Malah, pihak polis perlu menemu bual bekas amah itu untuk melengkapkan siasatan mereka. Selain itu, Robengah perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan dokumen yang mendakwa bahawa dia telah diperkosa oleh Pak Menteri berkenaan kerana dokumen itu turut mengaibkan dirinya.
Akhirnya, semua pihak yang prihatin berharap pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya dan memastikan pihak yang teraniaya terbela. Jika Pak Menteri berkenaan tidak melakukannya, maka ambillah tindakan terhadap pihak yang menulis dokumen yang mengaitkan beliau dengan tuduhan ini. Orang tertanya-tanya tentang sebab Pak Menteri berkenaan masih tidak bertindak balas terhadap Migrant Care yang didakwa mengeluarkan dokumen yang menjadi punca dakwaan rogol tersebut. Setidak-tidaknya, Pak Menteri berkenaan perlu meminta Migrant Care meminta maaf secara terbuka atau menarik semula dokumen tersebut.
Tidak perlulah meluahkan isi hati dalam blog-blog tertentu atau memuat naik video pengakuan orang tertentu kerana tindakan itu bukanlah cara untuk membersihkan namanya. Sebagai menteri yang berlatarbelakangkan undang-undang Pak Menteri berkenaan seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membersihkan namanya daripada tuduhan itu.



Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.