Najib dan Taib Mahmud Guna Khidmat Jurublog Pro-Israel & Hina Nabi/Islam?
Caleb Howe |
Selepas beberapa portal berita dan blog memperkatakan penglibatan jurblog pro-Israel dengan Najib dan Taib Mahmud, Keadilan Daily hari ini melaporkan hal yang sama.
Menurut portal itu, belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan jurublog Amerika pro-Israel.
Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat jurublog yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.
Lebih memalukan, salah seorang jurublog itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.
“Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti.
Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis “Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol”.
Howe dan jurblog lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.
Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika ‘Red State’ dan ‘New Ledger’ dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.
Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino ‘Red State’, juga pembantu akaun Twitter ‘Malaysia Matters’ yang berkait dengan laman sesawang Malaysia Matters - satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.
Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.
Armsrong, yang juga profesional ‘jurublog upahan’, ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan - beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.
Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro-Israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan akan rakyat Palestin dan isu kapal Flotilla yang diserang tentera Israel.
Di blog Pulakdah ada disiarkan artikel terjemahan dari MC yang memaparkan isu ini dengan lebih terperinci. Sila klik di sini.
P/s:Dahulu APCO, kini jurblog pro-Israel yang menghina nabi dan Islam!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.