Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 16 Julai 2011

Berita Susulan Gadis Dikerat dan Dibakar. Jaga Didakwa


Saya petik:
Jaga ada 8 rekod jenayah disyaki kerat, bakar gadis rayu kepada isteri

[BH] JOHOR BAHRU: "Tolonglah selamatkan saya!" Itu rayuan pengawal keselamatan yang semalam didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang gadis, Nurrahayu Qomarodin, 16 (atas), yang mayatnya dijumpai dikerat dan dibakar dalam kejadian di Masai, dekat sini 18 Jun lalu.

D Kalaiselvan, 46, didengar berkata demikian dalam bahasa Tamil kepada isterinya ketika dia yang dikawal anggota polis dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding. 

Lelaki itu yang mempunyai lapan rekod jenayah dituduh membunuh Nurrahayu di ladang sawit Sungai Masai dekat Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Kalaiselvan bertugas di pos pengawal sebuah tapak binaan kira-kira 500 meter dari rumah kongsi dihuni bapa Nurrahayu, Qomarddin Bajuri, 50, yang selalu menghantar makanan kepada lelaki itu di tempat dia bertugas.

Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan mengangguk tanda faham pertuduhan terhadapnya yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.

Mahkamah menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes terbabit sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI) dan laporan DNA dari Jabatan Kimia.

Tertuduh memakai kemeja warna biru muda serta berseluar pendek hitam paras lutut, tidak diwakili peguam manakala keluarga mangsa melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi pihak mereka. Isteri Kalaiselvan turut hadir sendirian di mahkamah.

Nurrahayu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti hilang selepas dihantar pulang rakan lelakinya kira-kira jam 2 pagi pada 18 Jun lalu dan diturunkan di tapak pembinaan berhampiran kongsi tempat ibu bapanya mengusahakan warung.

Polis yang menerima laporan kehilangan gadis itu kemudian menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram pada 3 Julai lalu sebelum mengesahkan ia milik mangsa. 
[Kosmo] JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan semalam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Nur Rahayu Qomarodin yang mayatnya ditemui dibakar di ladang kelapa sawit Sungai Masai 18 Jun lalu. D. Kalaiselvan, 46, bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.

Kalaiselvan bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaik mendengar pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Rahayu, 16, di ladang yang terletak di Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini di antara pukul 2.30 hingga 2.50 pagi pada 18 Jun lalu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Keluarga mangsa turut melantik peguam, Khairul Azwad Sariman sebagai pemerhati bagi kes tersebut. Hafizah Johor menetapkan 20 September depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes. Pada 5 Julai lalu, Kosmo! melaporkan, Nur Rahayu yang dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu ditemui dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini.

Mayat Nur Rahayu dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan di tanah perkuburan tersebut yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti. Rumah mangsa pula terletak di Bandar Sri Alam, Masai iaitu kira-kira 40 kilometer dari lokasi mayat Nur Rahayu ditemui. Ketika ditemui, mayat anak pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH