Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 19 Julai 2011

Perogol Menangis Teresak-esak. Mengapa? Baca!


Pandai pula pakai kopiah!

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang remaja menangis teresak-esak sejurus mengetahui bapanya gagal menjelaskan wang jaminan sejumlah RM8,000 yang ditawarkan hakim selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, 18, dari kampung Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu tidak dapat menahan sebak selepas dimaklumkan bapanya yang hadir semasa pertuduhan, gagal menjelaskan jumlah wang jaminan ditawarkan kerana tidak cukup wang.

Bapanya yang bekerja sendiri difahamkan hanya mempunyai sebanyak RM2,000 dan meminta diberikan masa untuk mencari wang bagi mencukupkan jumlah yang ditawarkan oleh hakim Azman Mustapha.

Sebelum itu, tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah mengaku bersalah dengan sengaja merogol teman wanitanya, gadis di bawah umur pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebat.

Bagaimanapun, hakim Azman menetapkan 12 September depan sebagai tarikh keputusan kes untuk menunggu laporan akhlak tertuduh memandangkan ketika kejadian, dia masih di bawah umur.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Zulfazliah Mahmud.

Mengikut fakta kes, tertuduh pada 19 Disember hingga 20 Disember tahun lalu diantara jam 11 malam hingga 2 petang bertempat di sebuah rumah di Jalan Haji Salim, kampung Pengkalan Maras, Kuala Terengganu dengan sengaja melakukan rogol terhadap mangsa yang juga teman wanitanya berumur 16 tahun.

Kejadian bermula pada 19 Disember, kira-kira jam 7.30 petang, apabila mangsa keluar bersama tertuduh yang dikenali Akim untuk pergi ke rumah sepupu tertuduh di kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Setelah sampai di rumah terbabit, tertuduh telah mengajak mangsa masuk ke dalam rumah sepupunya itu dan pada 20 Disember, kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa bersama tertuduh telah tidur bersama di dalam bilik di rumah berkenaan.

Semasa berada di dalam bilik itu, tertuduh telah meraba dan mencium bahagian anggota badan mangsa.

Selepas itu, kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa telah mandi bersama tertuduh di dalam bilik mandi di rumah itu dan ketika itulah, mangsa telah dirogol tertuduh.


Perbuatan tertuduh terbongkar setelah mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya selepas didesak, sejurus keluarganya ternampak mangsa pulang ke rumah bersama tertuduh pada hari sama kira-kira jam 12 tengah hari.

P/s: Ingat remaja di atas teresak-esak menangis kerana INSAF akan perbuatan merogol teman wanitanya , rupa-rupanya dia menangis kerana  bapanya tidak cukup wang untuk menjaminnya keluar sementara menunggu perbicaraan.

Saya tidak ada rasa belas kasihan terhadap orang macam ini! Orang seperti ini perlu dikenakan tindakan yang paling keras.

  1. Demi ALLAH

    Tauhid adalah tauhid. Seorang bertauhid dengan yang Haq sangat faham akan hakikat tauhid itu. Mereka tidak sesekali bermusuhan, berbunuhan sesama sendiri, berlaku zalim, aniaya atau bermaksiat kepada Allah SWT. Mereka tidak menyalahgunakan kekuasaan dan kedudukkan bila mereka ada kuasa. Mereka memahami natijah dan tujuan serta hakikat setiap kejadian ciptaan Allah SWT.

    Sebagai pengajaran bersama, orang yang memiliki kuasa tetapi tidak tuntas pengajian tauhidnya, hakikatnya langsung tidak layak memegang kuasa. Mereka ini akan berlaku zalim pada makhluk Allah yang lain malah pada diri sendiri, samada mereka dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

    Demi ALLAH

    gravatar Comment by Nama Bertanpa @ Rabu, Julai 20, 2011 1:56:00 PG      
  2. saya setuju.. Itu balasan d dunia.. kalau d akhirat lebih2 lagi.. :)

    gravatar Comment by Putra @ Rabu, Julai 20, 2011 8:30:00 PG      
  3. dulu seorang athlet yang kononnya mengharumkan nama negara terlibat kes rogol,telah di maafkan.undang2 gila di amalkan di Malaysia.

    Ya Allah kami belepas diri dari thagut dengan tidak mengundi mereka yang gila.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Julai 20, 2011 5:07:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH