[Kemas Kini] Memalukan...KDN Tapis Majalah "The Economist" kerana BERSIH 2.0
Saya petik:
[MK] Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist dirosakkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
"The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan pada berita BERSIH oleh Kementerian Dalam Negeri," kata anggota parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.
Menurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen marker kekal.
Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.
Antara ayat yang dihitamkan termasuklah:
- 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
- 'Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
- 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
P/s:
Kata kuncinya, JIKA BENAR KDN menghitamkan artikel di The Economist...
maka tindakan tersebut sangat mengejutkan dan sudah tentunya amat memalukan negara. Tidak pernah berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi, pihak yang berkaitan menyaring/menghitamkan berita yang disiarkan oleh sesebuah majalah hanya kerana melindungi dakwaan salah laku kerajaan dan polis. Tindakan mengharamkan sesebuah majalah atau buku pun diambil jika kandungannya memaparkan/menerbitkan teks berunsur lucah, menyentuh sensitiviti agama atau kaum, dan sebagainya bukannya kerana mengkritik tindakan agensi kerajaan.
Kata kuncinya, JIKA BENAR KDN menghitamkan artikel di The Economist...
maka tindakan tersebut sangat mengejutkan dan sudah tentunya amat memalukan negara. Tidak pernah berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi, pihak yang berkaitan menyaring/menghitamkan berita yang disiarkan oleh sesebuah majalah hanya kerana melindungi dakwaan salah laku kerajaan dan polis. Tindakan mengharamkan sesebuah majalah atau buku pun diambil jika kandungannya memaparkan/menerbitkan teks berunsur lucah, menyentuh sensitiviti agama atau kaum, dan sebagainya bukannya kerana mengkritik tindakan agensi kerajaan.
Dahulu, majalah luar negara kadang kala disaring kerana menyiarkan gambar yang memaparkan imej keterlaluan. Tindakan itu pun jarang-jarang dilakukan selepas majalah-majalah ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Tidak pernah pula, setahu DCM, pihak berkuasa menghitamkan berita yang memerihal salah laku kerajaan dan pihak polis dalam sesuatu hal. Apa yang dilakukan oleh Regim BN ini mungkin sama teruknya atau lebih teruk lagi seperti yang dilakukan di China atau di Korea Utara!
Persoalannya: jika benar laporan di The Economist itu tidak benar, mengapa kerajaan tidak menyaman majalah itu? Tindakan menghitamkan teks dan bukannya mengambil tindakan undang-undang terhadap majalah itu membuktikan apa-apa yang ditulis benar dan cuba disembunyikan daripada rakyat. Biarpun begitu, tindakan itu sebenarnya tidak langsung menjejaskan sumber maklumat rakyat yang mahu mencari kebenaran!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.