Padah DUAKAN Suami
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Angkara cinta lama kembali bertaut, seorang wanita sanggup memfitnah suaminya sebagai penyebab dia menghidap HIV ketika membuat tuntutan fasakh (bercerai) di mahkamah syariah.
Semuanya bermula apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan bertemu semula bekas teman lelakinya menerusi laman sosial facebook dan kembali menjalin hubungan.
Bagi menguatkan hujah tuntutan fasakhnya, dia mereka cerita kononnya si suami menyebarkan HIV kepadanya.
Bagaimanapun, alasan itu umpama ‘senjata makan tuan’ apabila pemeriksaan perubatan mendapati si suami yang berusia 27 tahun itu bebas daripada sebarang penyakit berbahaya, sekali gus membawa kepada pembongkaran wanita terbabit dijangkiti HIV kerana melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya...
Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suami wanita terbabit merujuk kepada SukaGuam minggu lalu bagi mendapatkan pembelaan selepas difitnah isterinya....
P/s: Allah Maha Besar!
P/s: Allah Maha Besar!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.