Ladang Ganja Terbesar di Mexico (Mungkin Dunia)
Askar-askar Mexico menemukan ladang ganja terbesar di Mexico dengan keluasan seluas 120 hektar di gurun Baja California 250 kilometer dari Tijuana, kata Jabatan Pertahanan semalam.
Ladang itu adalah empat kali lebih besar daripada ladang yang direkodkan sebelum ini. Ladang tersebut ditemukan oleh pihak berkuasa di sebuah ladang di negeri Chihuahua, Mexico pada 1984.
Pokok-pokok ganja itu disembunyikan daripada penglihatan mata kasar dengan jaring besar berwarna hijau yang diletakkan di atas kawasan tanaman berkenaan selain dilengkapi tandas dan sistem pengairan.
Ladang itu ditemukan apabila askar-askar tiba di kawasan tersebut. Semasa pemeriksaan, ribuan pokok ganja tersebut berketinggian mencecah 2.28 meter.
Kira-kira-kira 60 orang yang pekerja di ladang tersebut bertindak melarikan diri apabila askar-askar itu tiba. .
Seorang pegawai tentera, Jeneral Alfonso Duarte berkata, ladang itu boleh menghasilkan kira-kira 120 tan ganja dengan nilai AS$160 juta (RM481 juta).
P/s: WOW!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.