Najib: Polis guna tindakan ‘ringan’ surai perhimpunan Bersih
[TMI] KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.
“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.
“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” katanya.
Najib juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk “mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik.”
Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari.
P/s: Selamat menggebang, tetapi ingat 1dunia tidak membaca UTUSEX, TV3 dan RTM!
tengkorak bapak kamu polis mengambil tindakkan ringan, ada yang mati, patah anggota, berlumuran darah masih ringan lagi? Agaknya yang berat itu gunakan C4, macam tindakkan keatas Altantuya.
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Julai 15, 2011 8:54:00 PG