Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 18 Julai 2011

Kedah Cuba Kurangkan Maksiat, Melaka Galakkan Program Maksiat



Saya petik:
[MK] Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

rustam ali silat group bersih 4Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.
Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

NONESementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.


P/s: Soal ini bukan soal Muslim atau bukan Muslim, bukan soal Melayu, bukan soal Cina-India. Soal ini soal sesuatu yang menyokong kebaikan. Pusat-pusat hiburan ini membawa budaya yang kurang sihat dalam kehidupan, baik untuk orang Islam, mahupun untuk orang bukan Islam. Oleh itu, lebih baiklah tempat-tempat yang mempromosikan budaya kuning ini dikurangkan atau masa operasinya dihadkan.

Dalam hal ini jelas menunjukkan sikap hipokrisi UMCO. Apabila isu berkaitan dnegan negeri PR, mereka sanggup berarak dengan membawa kepala lembu atau sepanduk yang mempersenda perkataan "takbir".  Walhal Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan PR ini telah wujud sejak zaman pemerintahan UMCO, malah MCA yang yang menjadi sekutu UMCO turut menyokong penggubalan enakmen ini dahulu.






  1. dah 3 tahun perintah Kedah...ingat lagi dulu pasai rumah babi kat Aloq Staq laa ni pasai rumah hiburan pulak...kena sergah sikit dengan DAP dan sekutunya habih semua kecut teloq lepas tu nak salahkan UMNO....partai PAS apa ni..!
    kalau hampa kata UMNO tu jahil, hampa tunjukan laa yang PAS itu lebih baik dari UMNO...ini tidak, ada masaalah je cari jalan untuk menyalahkan orang lain...kondem itu..kondem ini..penyeselesaian tak buat pun.
    sama juga hal ini kat ceramah dan tazkirah...!

    Kembalilah PAS pada perjuangan sebuah negara Islam. penyokong-pengundi PAS mengharapkan yang ini bukannya bersekongkol dengan DAP dan sekutunya yang anti-Islam.

    gravatar Comment by tungkaran hati.blogspot @ Isnin, Julai 18, 2011 5:26:00 PTG      
  2. Salam,

    Sanggah DAP itu bukan kerana anti-Islam, tetapi kerana mahu menjaga undi bukan Islam. Kelonggaran yang dibuat kerajaan negeri pun masih boleh diterima akal, hanya bukan Islam dibenarkan memasuki premis hiburan pada bulan ramadan. Kira oklah. Kalau nak ikut UMCO, tidak pernah terlintas untuk menguatkuasakan undang2 yang digubal oleh mereka. Malah judi disokong, MCA dibenarkan menhina Islam sewaktu prk di Johor..etc

    Pas masih lagi bependirian yang sama, lebih anda menyeru UMCO membubarkan parti mereka dan menyokong PAS dan tidak bersekongkol dengan MCA yang terbukti telah menghina Islam

    gravatar Comment by Unknown @ Isnin, Julai 18, 2011 5:38:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH