Lathhefa Dakwa Imigresen Arah Peguam Tandatangan Dokumen BM, Tengking Pengarah Suaram
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar semula peguam hak asasi manusia dari Perancis, Wiliam Bourdon tanpa sebarang sebab membuktikan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana peguam itu dijadualkan berada di Malaysia untuk membongkar skandal komisyen kapal selam membabitkan RM540 juta dan kaitannya dengan misteri pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Lathhefa Koya berkata, kerajaan Malaysia juga bertindak zalim apabila menghantar Bourdon pulang ke negara asalnya tanpa sebarang sebab munasabah.
“Apakah kerajaan Malaysia tak sedar bahawa tindakan yang dibuat membuktikan sikap zalim mereka? Malaysia tak ubah seperti negara dunia ketiga yang sering guna alasan yang tak masuk akal kerana takut,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau berkata demikian dalam reaksinya berhubung tindakan Jabatan Imigresen menahan Bourdon di Pusat Tahanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari tadi.
Peguam lantikan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu ditahan pegawai imigresen ketika pesawat yang dinaikinya tiba di KLIA dari Pulau Pinang, selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Suaram di Bayan Baru malam tadi.
Bourdoun sepatutnya hadir pada majlis yang sama di Dewan Sivik Petaling Jaya malam ini dan Ipoh pada 23 Julai.
Namun ketika tiba di KLIA, beliau ditahan lebih lima jam tanpa diberikan sebarang akses bertemu peguam. Berikutan itu, Bourdon yang dijadual pulang semula ke Paris pada Ahad ini akan menaiki pesawat pulang jam 11.30 malam ini.
Dalam pada itu, Latheefa berkata Bourdon memberitahunya yang dia diarahkan untuk menandatangani satu dokumen dalam bahasa Malaysia, namun enggan berbuat demikian.
“Ini satu penghinaan dan melanggar hak asasi seorang manusia. Kita tak tahu apakah dokumen yang diarah untuk ditandatangani oleh William.
“Seseorang itu mempunyai hak untuk tahu kandungan dan sebab sebelum menandatangai apa-apa dokumen. Setiap negara perlu menghormati hak-hak ini,” jelas Latheefa.
Beliau turut kesal dengan sikap pegawai Imigresen yang menengking dan menghalang pengarah Suaram), Cythia Gabriel yang mahu bertemu peguam itu.
Sementara itu jurucakap Lawyer For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri yang dihubungi berkata, Jabatan Imigresen menghantar William kembali ke negaranya dengan menggunakan Akta Imigresen.
Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan berbincang bersama Suaram untuk memikirkan tindakan lanjut berhubung tindakan Jabatan Imigresen.
P/s: Kalau tidak bersalah mengapa halau peguam? AMAT MEMALUKAN!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.