Rompak Nenek, Penganggur Kena Jel dan Sebat
SHAMSUL KAHAR (kiri) dan Mohd Ikhwan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dijatuhi hukuman, semalam. |
Saya petik:
Penganggur mengaku dipengaruhi pil kuda
[BH] KOTA BHARU: Seorang cucu yang merompak barangan kemas neneknya Jun lalu dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam.
Perbuatan cucu terbabit terkandung dalam fakta kes dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari sebelum Shamsul Kahar Mohamad, 30, dan Mohd Ikhwan Abdullah, 30, masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Ketika mengemukakan rayuan di hadapan Hakim Irwan Suainbon, Shamsul Kahar mengaku diri dipengaruhi pil kuda ketika merompak neneknya, selain tidak tidur selama seminggu.
Shamsul Kahar dan Mohd Ikhwan didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas Rokiah Boto, 78, dengan mengambil seutas rantai tangan dan gelang emas, bernilai RM6,000.
Kedua-duanya yang juga penganggur dituduh melakukan perbuatan itu di Taman Binjai Manis, Ketereh, dekat sini, pada jam 1 tengah hari 28 Jun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Mohd Ikhwan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan kerana mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk pernah dipenjara enam bulan dan setahun.
Terdahulu, Asmah meminta mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana perbuatan itu membabitkan seorang cucu yang merompak neneknya sehingga mengalami sakit badan akibat perbuatan itu.
Katanya, tertuduh pertama yang juga cucu mangsa bersama rakannya masuk ke rumah sebelum meminta minuman dan ketika mangsa ke dapur, tertuduh kedua mengikutnya dengan berpura-pura bertanyakan bilik air.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.