Mangsa Rogol 10 Jantan Lahanat Bukan Rakyat Tempatan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan Abdullah berkata, wanita terbabit yang bekerja sebagai pencuci rumah kini masih dalam keadaan trauma dan sedang menjalani rawatan.
Harian Metro dalam muka depannya kelmarin melaporkan seorang wanita ‘diculik’ dua lelaki warga Myanmar ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa kemudian dibawa ke sebuah flat berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu. Mangsa kemudian diikat dan dirogol secara bergilir-gilir dan dilepaskan kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa rakannya membuat laporan di Balai Polis Puchong.
Berdasarkan laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 30-an di flat berkenaan, Ahad lalu.
Adnan berkata, polis kini memburu tiga lagi rakan suspek dan masih menjalankan siasatan bagi mencari rakaman video perbuatan keji 10 suspek terbabit berikutan dakwaan mangsa yang mengatakan beberapa suspek turut merakamkan perbuatan itu dengan telefon bimbit.
“Kita belum menemui rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit milik tiga suspek yang ditahan kerana telefon bimbit yang dimiliki mereka adalah model lama dan tidak mempunyai aplikasi rakaman video,” katanya.
Undang2 melindungi semua yg berada dibumi Malaysia ni. Tak kira pendatang atau warganegara - semua berhak dan dilindungi undang2. Penjenayah mesti dihukum dengan setimpal.
Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Oktober 11, 2012 11:46:00 PGKalau tiada tindakan drastik dari pihak berwajib mungkin orang terdekat kita, rakan atau jiran kita pula akan menjadi mangsa seterusnya.
MerakLangit