Lelaki Ditetak, Dibelasah Terpaksa Pula Tonton Teman Wanita Dirogol
Diperlaku Seperti Binatang
[BH] Kuala Lumpur: Seorang lelaki kelihatan sebak ketika menceritakan teman
wanitanya dirogol di depannya oleh seorang pengecat kereta dalam
kejadian di sekitar Kepong, empat tahun lalu.
Lelaki itu berusia 27 tahun memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathy Suppiah semalam, beliau kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya.
Lelaki itu berusia 27 tahun memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, S M Komathy Suppiah semalam, beliau kini sudah berkahwin dengan teman wanitanya.
Katanya, beliau diperlakukan seperti binatang termasuk kepalanya ditetak menggunakan parang.
Hilang punca pendapatan
“Saya pohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh. Saya hilang punca pendapatan. Ketika kejadian rompakan itu saya turut ditendang, dipukul dan ditetak menggunakan parang, malah kami berdua malu apabila kejadian itu dirakamkan tertuduh dan rakannya. Ia masih segar dalam ingatan kami, ” katanya.
Katanya, ketika kejadian itu beliau memujuk tertuduh mengambil barangan miliknya dan melepaskan mereka, tetapi tertuduh bersama tiga rakannya terus memukulnya sehingga menerima empat jahitan akibat tetakan di kepala.
Mangsa rogol yang hadir dalam pakaian berpurdah hitam memberitahu, beliau memakai hijab untuk menjaga maruah diri malah kejadian itu memberi kesan kepada rumah tangga sehingga mengalami trauma untuk bersama dengan suaminya.
Alami tekanan dan malu berjumpa orang
“Saya mengalami tekanan dan malu untuk berdepan dengan semua orang. Kenapa saya tidak dibunuh saja daripada diperlakukan sedemikian rupa. Saya takut malah masih ketakutan untuk pergi ke Kuala Lumpur selepas pertama kali menjejakkan kaki ke kota raya pada hari kejadian untuk bekerja,” katanya.
Pasangan suami isteri dipanggil hakim untuk memberitahu kesan kejadian rompakan itu sebelum memutuskan tertuduh B Puvaneswaran, 23, dihukum penjara 16 tahun dan 20 sebatan.
Tertuduh dituduh melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata terhadap pasangan itu di sebuah kawasan sekitar Kepong di sini, jam 2.30 pagi, pada 25 September 2008.
Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan itu bersama tiga lelaki yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan dengan mengambil wang tunai RM190, dua telefon bimbit dan kamera milik pasangan itu dengan bersenjatakan parang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
P/s: Lahanat!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.