Gadis Ukraine Ubah Diri Jadi Karakter Animasi Jepun
Anastasiya |
[HM] KIEV: Dengan mata besar dan berkaca, rambut ungu serta gaya menggoda
ketika bergambar, gadis ini seolah-olah menjelma dari sebuah filem
animasi Jepun.
Peminat kartun animasi komputer, Anastasiya Shpagina telah mengubah
dirinya menjadi karakter kartun, lengkap dengan pinggang yang ramping
dan rambut berwarna terang serta mulut bermuncung.
Gadis Ukraine berusia 19 tahun itu memperoleh inspirasi gaya itu daripada kartun dan animasi komputer yang mempunyai ramai pengikut di Jepun.
Malah, Anastasiya juga kini menggunakan nama Jepun, Fukkacumi.
Karakter animasi sering mempunyai mata besar dan kepala yang lebih besar berbanding dengan tubuh mereka.
Anastasiya yang hanya setinggi 159 sentimeter dilapor melangsingkan badannya kepada hanya 38 kilogram dalam usaha untuk menjadikan dirinya karakter animasi hidup.
Selain itu, dia turut menghabiskan masa 30 minit sehari untuk mengenakan mekap pada setiap matanya.
Anastasiya dijangka akan bertindak lebih jauh untuk mendapatkan wajah yang diinginkannya.
Ada laporan mendakwa dia merancang menjalani pembedahan mata untuk membolehkan dia kelihatan lebih mirip dengan idola kartunnya.
Gadis itu yang mempunyai lebih 10,000 peminat dalam Facebook, juga memuatnaikkan video menerusi YouTube, menunjukkan bagaimana dia bermekap.
Satu klip video yang menunjukkan dia bersolek ditonton sebanyak lebih 150,000 kali.
Bagaimanapun, Anastasiya bukan gadis pertama menggunakan gaya yang diperoleh daripada dunia fantasi.
Dakota Rose atau Kota Koto dari Amerika Syarikat digelar ‘Barbie hidup’ kerana matanya yang besar dan tubuhnya yang genit.
Langkahnya memuatnaikkan bimbingan fesyen dan kecantikan menerusi YouTube ditonton oleh pengunjung dari seluruh dunia. - DM
P/s: Macam-macam. Mahu tengok gambar lain? Sila google di internet.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.