Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Isnin, 5 Mei 2014

"Raja Sodomi" Didakwa Liwat 50 Budak



Foto: Merdeka.com

[HM] Pihak berkuasa bandar ini, polis serta Jawatankuasa Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mula melakukan siasatan kemungkinan suspek pedofilia Andri Sobaro atau Emon meliwat lebih 50 kanak-kanak.

Polis Sukabumi di Jawa Barat menahan Andri Jumaat lalu selepas menerima aduan daripada ibu bapa seorang kanak-kanak.

“Setakat ini, 51 orang tampil mendakwa menjadi mangsanya,” kata Ketua Polis Sukabumi Hari Santoso.

Andri, 24, didakwa menawarkan mangsa sebanyak Rp50,000 (RM14) sebelum membawa mereka ke tempat sunyi untuk diperkosa.

“Dia mengumpan mangsa dengan wang atau pakaian,” kata Hari.

Lelaki itu, katanya, dipercayai memperkosa 55 kanak-kanak dan kebanyakannya tinggal di kawasan kediamannya.

“Dia mula melakukan jenayah itu sejak Januari lalu dan menyasarkan budak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun.

“Kami akan terus menyiasat latar belakangnya.

Siasatan awal menunjukkan dia menyedari sepenuhnya tindakannya ketika melakukan jenayah itu.

Dia tidak mengalami masalah mental,” kata Hari.

Hari percaya lebih ramai mangsa akan tampil.

Suspek berkenaan akan didakwa mencabuli Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Sehingga semalam, 21 kanak-kanak sudah disoal dan diperiksa oleh polis dan doktor.

Sementara itu, Setiausaha KPAI Erlinda berkata, Andri mengaku meliwat seorang kanak-kanak sebanyak tujuh kali. - 5/5/14

Lanjut di sini.


Berkaitan:

51 Budak Mangsa Cabul

[HM] Sukabumi: Polis Sukabumi semalam berkata, seramai 51 kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki tempatan dan tidak menolak kemungkinan jumlah itu akan bertambah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Sukabumi, Sulaeman berkata, polis masih menunggu laporan perubatan bagi mengesahkan jumlah mangsa berkenaan.

“Setakat ini polis belum dapat mengesahkan sebarang angka kerana tidak semua ibu bapa mangsa membuat laporan kepada polis,” katanya.

Menurut media, kejadian berlaku sejak Disember 2013 dan suspek dikenali sebagai Nanang Sobari, 24.

Sumber polis berkata, Nanang pekerja swasta dan menjadikan kolam renang di Santa Lio di Gedung Panjang sebagai tempatnya memuaskan nafsu.

Kepada penyiasat, Nanang mendakwa dia pernah diliwat di sebuah kolam renang awam ketika kanak-kanak.

Sulaeman berkata, mangsa kerakusan nafsu Nanang berusia antara lapan hingga 13 tahun.

Katanya, polis turut mengambil keterangan daripada Jabatan Pendidikan Sukabumi.

Sementara itu, satu daripada keluarga mangsa mengakui mengetahui kes menimpa anaknya selepas kejadian heboh diperkatakan penduduk tempatan.

“Semua kanak-kanak yang menjadi mangsanya adalah mereka yang tinggal di kawasan yang sama dengan suspek,” katanya. - Agensi/4/5/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH