Punca Wanita Solat di Tepi Jejambat...
Wanita Tanpa Pengenalan Diri Ditemui Bersolat Atas Jejambat
[AA] KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.
Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.
Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. -17/5/14
Berkaitan:
Alamat Mimpi
[HM] “Saya mendapat alamat daripada mimpi yang meminta saya bersolat dan membaca al-Quran di sini.” Itulah pengakuan seorang wanita warga Indonesia, Anita Shiar, 27, yang ditemui dalam keadaan memakai telekung dan duduk di atas sejadah sambil memegang al-Quran di atas jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, semalam.
Wanita itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kepada anggota polis trafik pada jam 1.30 petang yang kebetulan meronda di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka ke Jalan Istana.
Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Katanya, wanita itu sudah disoal siasat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, gambar wanita terbabit tersebar di laman sosial sehingga menjadi viral dan menyebabkan orang ramai tertanya-tanya mengapa dia berbuat demikian. -18/5/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.